Terkini
  • Terkini

    Ahad, 30 November 2008

    AMALAN BERSYUKUR

    Syukur adalah salah satu sifat Mahmudah (terpuji). Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara sebagai tanda terima kasih di atas nikmat daripada Allah SWT. Syukur boleh dibuktikan dengan perkataan iaitu mengucap Alhamdulillah, dengan perbuatan iaitu dengan melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dan bersyukur juga boleh dibuktikan dengan melakukan amal ibadah sama ada yang wajib mahu pun yang sunat.

    Jika kita bersyukur di atas rahmat Ilahi, kita haruslah sebenar-benarnya mengakui bahawa jika nikmat itu tidak diberikan, kita akan menghadapi masalah dan kesukaran. Justeru itu, kita amat memerlukan nikmat dari Allah, tanpanya kita menderita.

    Kita juga hendaklah sentiasa menghargai segala nikmat itu dan merendahkan diri kerana kedudukan kita dengan Allah begitu lemah dan kerdil. Apa yang penting, sebagai tanda syukur di atas nikmat yang diterima, kita mestilah membelanjakan ke jalan yang baik dan diredaiNya.

    Apabila kita menjadi orang yang bersyukur beberapa kebaikan akan kita peroleh, antaranya nikmat daripada Allah akan diterima, malah dilipatgandakan. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud “Dan ingatlah, sesungguhnya jika kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmat kepadamu, dan jika kamu kufur, ingatlah azabku amat keras”.

    Orang yang sentiasa bersyukur juga akan mendapat perlindungan daripada Allah. Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, “Tiga perkara siapa yang memilikinya, akan berada di bawah perlindungan dan rahmat Allah, iaitu apabila diberi nikmat ia bersyukur, apabila ia berkuasa membalasnya, ia memaafkan dan apabila ia marah dia dapat menahannya”.

    Di antara tanda kita bersyukur lagi ialah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, berzakat, menunaikan ibadat haji, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, berusaha meninggikan taraf hidup diri dan keluarga dan pelbagai lagi amalan yang digalakkan di dalam Islam. Jauhi sifat pemalas, berputus asa, dengki dan khianat dan merasai cukup dengan apa yang ada kerana sifat seumpama itu amat dibenci oleh Allah SWT.

    Justeru itu, marilah kita mempertingkatkan sedekah kita dan amalan lain seperti membantu fakir miskin dan anak-anak yatim sebagai lambang kesyukuran kita kepada Allah SWT. Kita juga harus menjaga dan mengekalkan nilai sebuah keamanan di negara Malaysia tercinta ini.

    Bersyukurlah kepada Allah kerana kita peroleh ketenangan dan keberkatan dariNya selama ini. Semoga hidup kita terus dipelihara di dunia dan akhirat.
    Dipetik dari Berita Harian

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Tanpa Nama3/2/09 8:03 PTG

      Tekanang jua ku kan kisah piasau Mulah Mamud yang selalu dicuri. Jangan lupa dengan " Awangku Jenal"( Daulu ianya masih sihat macam orang biasa) atutah geng kami. Tapi kami akan betapuk bila diarik oleh orang tua-tuan " Siapa mencuri piasau atu ah...)apa lagi belusiran bah barang lupak betapuk. Bila orang inda meliat, balik lagi. Ada tukang naik tu. Kalau inda pandai tepaksa pakai "tali sigagit" baru tah dapat. Atu kisah piasau.

      Kisah jambu kerasik ada jua. Macam orang kebuluran dua tiga taun inda makan. Maunjar sampai ke kubur, nampak batu misan tungkal.

      Buah pius-pius dimakan jua tu. Kanak-kanak karang ani nama buah atu pun inda mesai mendangar. Kalau kan makan santul muda, matan atau pitabu bejalan ke Sualai. Atu tah antara kisah-kisah jaman dulu. Tapi seribu rahmat di sebalik atu, kami inda tau apa syabu, dadah ( dadah tahai tau pulang)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: AMALAN BERSYUKUR Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top