Terkini
  • Terkini

    Ahad, 30 November 2008

    Nostalgia Hari Raya tahun 60an



    Teringat kembali hari raya semasa kami masih kecil iatu kira-kira 40 tahun yang lalu. Ketika itu Masjid Punang terletak ditengah ‘laman’ diantara bangunan Kastam lama dan Rumah Allahyarham Enot (semoga roh beliau dicucuri rahmat).

    Entah bila Masjid itu dibina, saya tidak berapa pasti. Tapi yang pasti semua struktur Masjid diperbuat daripada kayu termasuk bertiangkan kayu belian.

    Pada malam-malam bulan Puasa, semua aktiviti dan 'happenings' berlaku disekitarnya masjid. Sementara orang tua sembahyang tarawih dan bertadarus hingga jauh malam, kami kanak-kanak riuh rendah bermain belusiran. Ada yang bermain bunga api dan hebatnya ada yang membakar badil.

    Aku masih ingat suara nyaring dan merdu Ngian Bakar dan rakan-rakan membaca AlQuran dan menghabiskan satu juzuk satu malam. Kami hanya pandai sebut "... innawamingkum takabal yaaa karimmm..."

    Hiburan belum ada, malah istilah ‘TV’pun belum ada. Perkataan “Talibisen” hanya singgah ditelingga kami sekitar awal tahun 70an dan TV warna pancaran RTB mulai kami lihat sekitar 1973.

    Masjid diterangi oleh ‘lampung ges’ atau ‘ lampu pump’ manakala cucul samada diperbuat daripada buluh, tin-susu atau lilin yang dibeli dari kedai si Kohin atau siPit.

    Aku dan kawan-kawan yang sebaya tidak pernah kenal apa sembahyang tarawih, jauh sekali sembahyang witir. Sembahyang Jumaat sekali sekala. Sembahyang waktu inda pernah ada. Pada masa itu, aku beranggapan ugama seolah-olah hanya untuk orang tua sahaja walaupun kami sudah diajar alif-ba-ta.

    Berlainan dengan suasana sekarang, kami bersuka ria dangan berpakaian daif sekali, kadang kadang tiada berbaju dan hanya berseluar cilarut bagalang-gatah. Dalam kesejukan angin malam kami gunakan kain pelikat sebagai baju. Sebaik pulang ke rumah indung akan berlatir mengenai kain kami berbau peluh dan kadang-kadang berbau tahi ayam. Berpasir memang lumrah.

    Kanak-kanak seperti kami tidak tahu erti miskin dan susah. Kamu tahu nasi dan lauk tentu ada. Gulayan tidak perlu. Makan daging karabau hanya apabila ada majlis kahwin. Itupun jarang sekali. Kadang-kadang satu tahun tidak ada majlis perkahwinan. Makan ambuyat apabila Haji Monir dan Usop datang dari Sundar.

    Pada hari raya belum pasti ada kesempatan makan daging tapi ada segelintir penduduk menyembelih ayam belaan sendiri tetapi untuk santapan keluarga sahaja.

    Menjelang hari takbirlah paling bahagia bagi semua orang bukan kerana baju baru tapi kerana berkesempatan menikmati beraneka jenis makan yang di hidang di masjid. Tiap jiran-jiran akan membawa makanan masing-masing dan sebaik selesai sembahyang sunat Raya seluruh jemaah akan makan beramai-ramai.

    Seleasi makan, semua jemaah akan beredar terus ke tempat perkuburan untuk mengerjakan tugas masing-masing terhadap ahli keluarga yang telah meninggal.

    Bagi kanak-kanak seperti kami – suasana kuburan pada masa ini adalah seperti pesta. Apa tidaknya, di sinilah rezeki akan mendatang. Fokus paling utama ialah kubur Si Ombong yang kononya karamat. Ketika itu segelintir orang mempercayai dengan ‘bersedekah’ di kubur ini, diantaranya boleh menambah rezeki dan memberi kesihatan.

    Orang yang ‘berniat’ akan menabur ‘usin pacah’ dan kanak-kanak yang berada disitu akan merungkup dan mengutip duit ‘sedekah’. Kadang-kadang duit tersebut tidak sempat sampai ke permukaan tanah.

    Sekarang alhamdillillah, amalan ini sudah pupus atas kesedaran kita. Saya adalah antara orang yang pernah menyembunyikan atau membuang nisannya setelah menyedari kubur ini mengundang syirik. Na’uzubillah!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. Salam saudaraku Penulis 'NOSTALGIA HARI RAYA'...Setelah habis membaca tulisan saudara terasa basah mata ku..pilu dan sayu rasa hatiku membaca rentetan nostalgia kehidupan di kampung kesayangan kitani..apa yang saudara tulis benar2 kisah nyata senario kampung kitani 'lagi daulu'.Kalau nak di ikutkan rasa hati masa ani jua ku kan mulih ke punang...terasa rindu ku pada kampung/penduduk kitani.Syabas saudara,saudara adalah 'anak Punang' jati yang baik,saya sanjung tinggi hati budi saudara kerana masih mengingati segalanya tentang punang termasuk insan2 kampung kitani.saya bangga dengan saudara,walau saudara telah berjaya dlm kerjaya dan kehidupan..saudara tetap ingat semuanya..lebih indah lagi saudara telah berjaya membawa 'Punang dan sejarah nya' ke alam Maya.Syabas!!!

      BalasPadam
    2. Tahun bila kah masjid punang ada di kawasan tapak rumah si Liau Kamseh atu Achun? kau udah 'idup' kah masa atu? aku cuma ingat disana masjid lama atu. Dinding nya kajang kah kadboard? inda berapa ingat lagi? tapi atu lah, kenangan lama mengusik sanubari. Kan kembali ke zaman atu memang inda dapat lagi. Hanya mengenang saja nostalgia silam. Sekarang kitani pandang kehadapan, walaupun belum pasti. Dan kita tinggalkan masa daulu yang sudah berlalu dan inda kan 'kembali' lagi dan jadi sejarah tu. KATA ahlul bait; MASA YANG ADA PADA KITA HANYA 3. PERTAMA HARI SEMALAM. KEDUA HARI ESOK. DAN KETIGA HARI INI. Hari semalam sudah indada tu. Jangan diharap akan kembali. hari esok belum TAU, ada kah inda. Dan hari ini tantu ada. Jadi 'hari ini' saja kitani dapat; makan, minum, mandi, main kikik, main kuit, mengancau, mengambur,..jadi kitani gunakan dengan sebaiknya masa ini..ATU TIYA. Wasalam.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Nostalgia Hari Raya tahun 60an Rating: 5 Reviewed By: PUNANG.COM
    Scroll to Top