Terkini
  • Terkini

    Rabu, 3 Disember 2008

    Beramu memucang-mucang

    “ASalammualaikum..kedaku ani di wakil kan uleh Tangah Dulah,kedia memuhunkan bisdikita esuk pagi Memucang kan teratak nya.”

    Demikian lah bunyi yang selalu kita dengar pada zaman dulu sekitar tahun 60an-70an di kampung kitani apabila hendak bergotong-royong membuat 'anjung tambahan' ( Teratak ) di kala hendak mengadakan kenduri kahwin.Anjung tambahan ini di bina adalah untuk menempatkan para tetamu yang datang pada hari kenduri kahwin nanti.(Tempat baidang)



    Disamping itu ‘teratak’ (anjung tambahan) ini digunakan juga untuk tempat melakukan kerja-kerja penyediaan bahan makanan untuk kenduri tersebut.Contoh nya untuk tempat kaum wanita membuat ‘kelupis’ dan 'mengarap daging'.Sudah menjadi kebiasan di kala itu,seminggu sebelum majlis persandingan ‘teratak’ tersebut akan sentiasa di kunjungi anak-anak muda pada sebelah malam untuk bermain terup dan lotto.Anak-anak muda ini juga akan di jamu dengan minuman kopi,teh dan kuih muih tradisional.Suasana amat meriah dalam tempoh seminggu sebelum majlis persandingan tersebut.Adalah amat memalukan bagi keluarga pengantin jika ‘teratak’ tersebut sunyi sepanjang tempuh tersebut.

    Kebiasaan nya ‘memucang’ ini bermula pada awal pagi,yang mana orang-orang kampung masing-masing akan datang dengan membawa kapak dan tukul.Mereka akan di jamu dahulu dengan sarapan pagi sebelum bertolak untuk ‘Beramu’ ( ke hutan bakau ). Suasana amat riuh di sulami dengan senda gurau di kala menaiki perahu untuk pergi ke hutan bakau bagi mendapatkan kayu untuk 'teratak’ dan juga kayu api. Setelah pergi ‘beramu’ dalam tempuh dua atau tiga jam,mereka ini akan datang dengan perahu penuh muatan dengan kayu bakau.Maka bermula lah acara mendirikan ‘teratak’ dan membelah kayu untuk di jadikan kayu api.Acara ‘memucang’ ini meriah dan menyeronokkan kerana sambil melakukan kerja mereka tak henti henti bergurau senda.Keakraban serta silaturrahim dikalangan penduduk amat jelas.

    Setelah ‘teratak’ siap dibina ( Beratap kan kanvas ),kayu api pun telah siap di belah dan tersusun rapi,maka tiba lah masa untuk menjamu selera makan tengahari.Masing-masing berselera,mungkin kerana banyak memerah tenaga semasa ‘beramu’ dan ‘memucang’ tadi.Setelah pekena sebatang rokok baru lah masing-masing bersurai untuk balik ke rumah masing-masing.

    Berbeza dengan majlis perkahwinan dikampung kitani zaman ini.Acara memucang ini walaupun di teruskan namun tidak serupa suasana nya macam dulu.Ini kerana acara ‘beramu’ sudah tiada.’Teratak’ yang diperbuat dari kayu bakau telah diganti dengan kanopi ( camp ) pasang siap.Kayu api juga telah diganti dengan tong gas silinder.Begitulah perbezaan nya antara zaman dulu dan sekarang dalam persediaan majlis perkahwinan masyarakat kitani di kampung.’Beramu Memucang-mucang’ hanya tinggal menjadi kenangan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Beramu memucang-mucang Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top