Terkini
  • Terkini

    Isnin, 15 Disember 2008

    Spesis Ketingkang

    ‘Ketingkang’ merupakan sejenis species dalam golongan udang.Dalam bahasa saintefik nya ialah ‘Penaeus indicus’.Species udang ini lebih dikenali oleh penduduk kitani dengan gelaran ‘ketingkang’.

    Habitat ‘ketingkang’ ini hidup dikawasan paya bakau serta dikawasan pasir hitam berlumpur.Ianya adalah sejenis species yang tinggal didalam lobang dikawasan paya bakau dan kawasan pokok nipah.

    Sejak akhir-akhir ini species ini jarang-jarang ditemui mungkin disebabkan pencemaran dan sebagainya.Namun pada suatu ketika dahulu ketingkang ini amat digemari oleh penduduk Punang kerana udang jenis ini jauh lebih sedap (manis) jika dibandingkan dengan udang laut yang lain.

    Bagi penduduk Punang zaman dahulu mereka memang mahir mencari ‘ketingkang’ ini.Mereka tahu musim species ini berkeliaran keluar dari lobang nya.Kebiasaan nya ‘ketingkang’ ini keluar apabila hujan berterusan dari malam hingga ke pagi.Pada musim tengkujuh seperti ini orang-orang kampung akan beramai-ramai turun ke pantai sejak awal pagi lagi untuk menangkap ‘ketingkang’ ini.Aktiviti ini seperti sebuah pesta di pantai,mereka tidak menghiraukan keadaan cuaca yang sejuk serta hujan renyai.Penulis sendiri pernah ikut serta dalam aktiviti menangkap ‘ketingkang’ ini pada zaman kanak-kanak lagi.Keseronokan nya memang tidak dapat dinafikan.Kemanisan isi ketingkang ini hingga menjilat jari….
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Spesis Ketingkang Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top