Terkini
  • Terkini

    Khamis, 18 Disember 2008

    MEMPROMOSIKAN myPUNANG 1

    Tuan-Tuan sekalian, Alang alang bakalang mata, saya bertujuan mempromosikan Kpg Punang sebagai sebauh kampung yang unik dan ada nilai untuk dikunjungi. Bisdikita akan bertanya "Gila pakah Haji Nazir ani, apa yang kita ada untuk ditawarkan kepada orang lain". Marilah kitani sama sama membuka mata dan bekerjasama dengan saya untuk menjayakan promosi ini. Marilah kita melihat lebih besar daripada saiz Punang itu sendiri dan pandang lebih jauh melintasi Pulau Labuan.

    Sasaran promosi kitani bukanlah orang tempatan tetapi lebih kepada orang luar dan apabila orang England membaca laman ini mereka akan terpanggil untuk datang. Selain Bahasa Melayu, saya akan menulis promosi dalam Bahasa Inggeris.

    Kita ada hutan bakau, ada Bangkatan, ada Sungai, ada kulimpapat, ada pantai dan ada ikan. Ikan TAHAI tidak perlu dipromosi. Contohnya, saya akan promosi ikan badukang bukan sebagai makanan..tetapi sebagai memberi 'thrill' kepada orang yang tidak pernah memancing. Kita bawa pelancung memancing ikan badukang kerana ianya pancingan yang 'Sure Catch'. Kita akan namakan "Stripe Fish Fishing Thriller". Dengan menyediakan umpan dan perahu atau Jambatan kita akan caj mereka satu jam RM5.00.

    "Makin belajar jauh, makin tia lului Aji Nazir atu" mungkin ada yang merintih sebegini. Dengan adanya kayu bakau, Bangkatan bersantai atau Ular Bangkita dibuai angin, kita boleh tawarkan RIVER CRUISE kepada orang putih, bermula dari Punang Long Jetty melalui pintasan Sungai Sibaha ke Mulam ke Sungau Siang-Siang dan balik melalui Laut menyusur pantai dengan caj RM100 per 2 jam satu trip. Kayu bakau memang biasa kepada kitani tapi satu keunikan kepada orang Putih atau orang Jepun atau orang Korea.

    Pada malamnya, kita tawarkan mereka melihat kulimpapat dengan caj RM30 satu jam satu trip atas Promosi NIGHT RIVER CRUISE. Mungkin bisdikita berkata " orang putih gila nganya akan meliat kulimpapat". Benar orang putih atau orang Jepun memang gila. Mereka 'gilakan' meliat benda-benda yang inda pernah mereka tengok.

    Apakan perkakas kitani? Inda perlu persedian rapi. Pada permulaan biarlah dengan perahu fibreglass yang muat 3-4 orang dengan injin 15 kuda. Pelancong akan membuat tempahan 24 jam sebelum datang melalui digital "TOURIST INFORMATION CENTRE" dalam laman ini. Mereka perlu emel atau talipon dan kitani aturkan TOURIST GUIDE atau yang ampunay bot.

    "Angan-angan Haji Nazir ani!!" kita mesti bermula dengan angan-angan. Maksudku kitani bukan mengharapkan tiap-tiap hari ada pelancung tapi kalau ada 3 orang pelancong yang datang dalam setahun setelah membaca laman ani, kita sudah bersyukur.

    InsyaAllah akan saya sambung komentar ani...... semantara itu sila kumpulkan data-data tentang Kampung Punang untuk tujuan ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. Alangkah baiknya jika ada lagi anak jati Punang yang berfikiran jauh spt Hj Nazir ini.Anak Kampung spt ini lah yg dikatakan 'Tidak Lupakan Kampung' ,walau beliau jauh diperantauan dan sentiasa terikat sibuk dgn kerjaya namun masih ada usaha/masa untuk mengetengahkan kampung di persada antara bangsa.Mungkin bagi org Punang perkara ini terlalu besar..namun percaya lah,jika kitani semua bersatu hati serta berusaha keras apa yg di perkatakan Hj Nazir ini tidak mustahil.Saya amat bersetuju dgn apa yang diperkatakan Hj,memang telah lama saya perhati Punang merupakan sebuah kampung yg indah dan berpotensi dlm bidang pelancungan.Selain dari sebuah kampung nelayan,dgn pantai landai nya yg indah,Punang juga mempunyai hutan Bakau yg kaya dgn flora dan fauna serta hidupan liar yg amat digemari oleh para pelancung.Selain dari semua itu Punang juga mempunyai 'Coral' (Takat) yg amat cantik bersesuaian utk aktiviti 'Diving' dan 'Snorkeling'.Marilah semua anak jati Punang kita belajar dari dari Anak2 Jati Kelantan,mereka walau jauh diperantauan namun mereka bersatu hati utk memajukan negeri mereka.Dengan kepakaran dan kelebihan masing2 anak2 jati Punang Insya Allah akan dpt memajukan Punang dalam pelbagai bidang..(Bahrin Redzuan)

      BalasPadam
    2. Saya pun bersetuju dengan apa yang diangan-angankan Hj. Nazir atu.Walaupun Hj. Nazir hanya sekali-sekala balik kampung, namun hatinya sentiasa di Punang. Atu tah yang kitani banggakan orang sepertinya atu.Tentang promosi Punang memanglah kitani alu-alukan, lebih-lebih lagi peluang untuk orang-orang Kampung untuk menambah pendapatan.
      Kalau biskita ingat lagi permainan zaman kanak-kanak kitani dulu kalau dapat dipromosi untuk anak-anak baru supaya mereka akan kenal dengan permainan seperti main kuit,main talang,main teng,main belon,main gasing,main guli buih,main kupin, main johan.Cuma yang tinggal karang ani main kikik(layang-layang)saja lagi.Atu pun sudah canggih(benang bebeli di kedai yang sudah sedia belahan), mana ada mcm kitani dulu, betutuk belahan.Atu tah yang kitani perlu ketengahkan kalau ada keramaian, cuba-cuba bawakan permainan seperti ani.(Marajeh AD)

      BalasPadam
    3. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada ABR & AMAD atas sokongan kepada saranan saya. Sokongan begini akan lebih memberi motivasi kepada saya untuk mencapai matlamat begini. Saya juga tertarik dengan nama-nama permainan yang disebut oleh Sdr AMAD. Semantara itu saya syorkan Sdr AMAD mulaikan dgn mencatit tentang permainan tadi. Ianya berguna untuk laman ini.

      Sekian Terima Kasih- Hj Nazir

      BalasPadam
    4. Banarkan tu??? Bisaikan tu???? siyok kan tu??? Bah cuba tah buat??? Yang panting cuba try daulu nya urang punang!!
      BANAR TU EH! ATU BISAI BANAR TU JI! ANDANG TAH TANTU SIYOK! sebatah-batah ani kadikami dari berunai ani pun inda tefikir kan mambuat macam atu..kadiaku masa meyikut bisbapa memukat disungai berunai atu, jarang jua kan meliyat kulimpapat malam ani..banar bah! sabab aku memukat siang ari sudah..heheee..camatu jua kalau meyikut mambintur katam(kalau udah membintur atu memang katam yang kan dibintur..!) jarang kan tejumpa kulimpapat ani bah.mata antu yang basar2 atu pun indada(cabul tiya nah..!)Tapi MEMANG ku sukung 100% cadangan atu.walau jauh hantap adri berunai, tapi cakap atu sama..!! Kalau urang putih sama jipun atau bis si ZIDANE atu betanya di mana Punang ani, ehhhh jawap tia ampir berunai..NAH tu nyangku..tesabut tia berunai..tesimbit jua sedikit. JADI ku sukung banar cadangan dan rancangan mu atu Aji.Semoga Allah mengizinkan nya..aminn.

      BalasPadam
    5. Sdra Pari,

      Kalau bisdikita org Barunai inda pernah terfikir apa orang Punang tengah fikir, maka itu bukan salah kami. Nasihat saya, teruskan membaca laman ini agar minda kita sama sama terbuka.

      Kedua, Navigator untuk pelancung datang ke Punang tidak semestinya berpandukan Barunai. KK dan Labuanpun sudah memadai. Kedua duanya destinasi popular walaupun punya berlainan tarikan.

      Ketiga, Kalau saya kata 'orang England' tidak semestinya mereka berada di England. Tiap tahun ribuan orang putih/England yang melancung ke KK. Mereka inilah sasaran kami.

      Walaubagaimanpun, saya ucapkan terima Kasih atas feedback anda.

      Selamat berinteraksi.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: MEMPROMOSIKAN myPUNANG 1 Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top