Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 19 Disember 2008

    MEMPROMOSIKAN myPUNANG 2

    [Gambar 1] Akar Rimba Bakau
    [Gambar 2] Bangkatan (Monyet Belanda)

    Bukan niatku pada satu hari nanti pelancung akan balimpangan macam sotong bajamur di Pantai Punang. Jauh sekali menjadikan Punang sebagai tempat tersiratnya maksiat. Tetapi mengapa inda di ‘jual’ potensi kampung katani atu yang sudah pasti ada nilai wang. Saya cadangkan tagline promosi kita berbunyi: “YOU SEE, YOU FEEL, YOU TELL” atau dalam BMnya “Anda tengok, Anda Rasa, Anda Beritakan”.

    Tagline ini merangkumi semua aspek iaitu pelancong akan melihat (You SEE) alam semula jadi, Ular Bangkita tidur siang, Ambok & Bangkatan, Process menTahai, Perahu Punang Gemilang, Kulimpapat dan sebagainya.

    Pelancong boleh merasa (You FEEL) macamana naik dan berjalan di hutan bakau, mandi manda di pantai, memancing, mengikuti process menyalai, ikut memukat atau menimpah ikan Pari, main kuit dan sebagainya.

    Pelancung pasti akan memberitahu (You TELL) rakan-rakan tentang pengalamannya berada di Punang apabila balik nanti. Maka menitilah tentang keindahan Punang dari bibir ke bibir.

    “Ah.. banyak bakunyanyang Aji ani. Bangkatan atu inda ya tahan-tahan menunggu pelancung”. Soal ada inda ada Bangkatan bukan isu utama. Pelancong lebih tahu dari kitani. Mereka tahu kitani bukan berada di dalam Zoo. Mereka akan kata “Today No luck” kalau ambok, Bangkatan atau Ular Bangkita semua batapok. Saya pasti pelancung tidak akan memaksa pemandu pelancung jadi Bangkatan.

    Memang kita tidak ada aktiviti mengurit atau main kikik tiap hari!! Tapi apa salahnya kita adakan programkan main kikik dan mengurit semasa air tohor sahaja contohnya bulan Jun. Kalau pelancung datang bulan May, merekapun faham.

    Pelancung lebih pintar dan lebih toleransi. Kalau kitani tidak boleh tawarkan perkara atau aktiviti yang bermusin, perkara kekal seperti paya bakau, pantai, ombak dan sungai masih ada. Sekurang-kurangnya diaorang siok bercampur gaul dengan orang kampong.

    Saya bagi contoh macamana mempromosikan Telaga Putih @ Telaga Ujung Bukit sebagai produk pelancungan dan ada nilai tambah kepada kampung kitani. Kita minta Tuan DO untuk membuat Papan Tanda yang mengatakan tentang sejarah dan fungsi telaga itu kepada orang kampung terutama sekali semasa kemarau.Kedua, buat tempat jalan kaki yang selesa dan pelihara kebersihan dan semak samun disekeliling supaya manis dipandang. Saya tidak tahu siapa empunya tanah, tapi kalau kerajaan yang empunya, kita minta supaya dikeliling nya kita convert kepada Taman Budaya yang mengandungi Pentas Udara, Tempat Riadah dengan lanskap yang cantik.

    Dan ramai orang kitani inda tahu yang telaga itu adalah sumber MINERAL WATER yang asli. Melangkah setapak kehadapan, mengapa tidak dibotolkan secara manual dan dikomersialkan Kita perlu mesin hanya untuk 'penutup' saja (separa manual) yang inda mahal.

    Pendek kata; Telaga Ujung Bukit ini boleh kitani promosikan ayingnya, sejarahnya dan alam sekelilingnya. Malah kiat boleh majukan ianya sebagai pusat raidah, pusat seni, pusat budaya atau industri kotej.

    Akan saya sambung lagi.......

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Salam Haji N,

      Minta tolong ulaskan pada rancana seterusnya macamana kita boleh beroperasi secara permulaan. Contohnya, ada pelancong datang pada hari terdekat ini.

      Harap segerakan.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: MEMPROMOSIKAN myPUNANG 2 Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top