Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 20 Disember 2008

    MEMPROMOSIKAN myPUNANG 3

    sumbangan ALIHAN

    How atau bagaimana meng-implementasi apa yang saya katakan sebelum ini. Memang kitani perlu ada strategi-strategi yang tertentu. Tetapi keseluruhannya atau ‘broad strategy’ dibahagi kepada 3 bahagian iaitu:
    (1) Memperkenalkan Punang & Produknya
    (2) Persediaan & infrastrukturnya
    (3) Realtime

    Memperkenalkan Punang dengan Produknya bukan hanya melalui lamanweb ini tetapi termasuk memohon pertolongan Tourism Malaysia jika kitani sudah betul betul bersedia. Tourism Malaysia akan mengeluarkan pamplet dan brocur percuma di setiap pintu masuk pelancung termasuk KK & Labuan. Tetapi setakat ini biarlah laman ini menjadi rujukan. Kalau ada rezeki orang kitani, alhamdullilah dan kalau tiada, kitapun tidak rugi.

    Yang maha penting ialah persediaan & infrastruksturnya. Permulaannya kita tidak perlu ada bot besar atau jenis catamaran, tidak perlu pelabuhan, tidak perlu ada yatch. Pelancung bukannya datang mendadak. Jika pelancung datang sesiapa yang ada perahu boleh bawa tetapi dengan syarat Pakej & Caj yang seragam. Kita bukan buat sepenuh masa. Contohnya, sepasang pelancung dari Korea membuat booking melalui ‘digital Tourist Information Centre’. Kita akan beritahu si Bujang (pemandu Pelancung) untuk bersedia pada hari yang dijanjikan dan seterusnya. Talipon bimbitkan ada!!

    Aktiviti Realtime tertaklut kepada pakej yang dipilih pelancung. Contohnya,

    1. Pakej 1 - River Cruise (2 jam)
    • Dari Long Jetty, Sungai Sibaha, Mulam, Kuala Siang-Siang dan balik menyusur pantai.
    • Termasuk sightseeing Bangkatan, Ular bangkita Tidur Siang, Kayu Bakau, Fish feeding (sangkar)
    • Naik & bertiti di Rimba Bakau.

    2. Pakej 2 - River Cruise (1 Jam)
    • Dari Long Jetty, ke Sungai Sualai.
    • Termasuk sightseeing Bangkatan, Ular bangkita Tidur Siang, Kayu Bakau, Fish feeding (sangkar)
    • Naik & bertiti di Rimba Bakau.


    3. Pakej 3 - Night River Cruise (1 Jam)
    • Sepanjang Sungai Punang menyaksikan keindahan kulimpapat

    4. Pakej 4 – Bay Cruise
    • Long Jetty to Labik- Labik and Return

    5. Pakej 5 – Takat (Coral)
    • Termasuk Scuba-Diving


    6. Pakej 6
    a. Mengurit, main kikik (tertakluk pada musim)
    b. Melihat proses Tahai, Merepair pukat & Rambat

    Ingat, kita bawa pelancung secara sambilan masa kerana kita ada kerja lain untuk diuruskan…….
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    9 KOMEN:

    1. askum kitani harus memikirkan dulu keadaan anak kpg kitani, utk mempromosikan kpg 1langkah yg baik dan bijak. Tp pendidikan anak kpg buat msa ni agak ketinggalan d bandingkan dgn kpg yg lain d lawas. Lg pun msa ni pendidikan amat penting utk msa hadapan

      BalasPadam
    2. bukan x menyokong psal promosi kpg, tp keadaan kpg msa ni harus dperbaiki lah. Dr segi anak belia ktani boleh tahan jua, psal plancung kan bjamur x mustahil. Tp salah2 anak2 kpg yg belimpang mauk tia, ada tah hisap gam, main katam. X jua bisai urg dtg meliat keadaan mcm ani, urg main katam msa ni x lg peduli hari apa. Kebiasaan nya hari urg kawin sj, msa ni hari biasa pun main. Seharusnya pemimpin kpg btindak gejala ini menular, bukan kan menyalahkan sesiapa. Tp utk pengetahuan kitani bersama demi kpg kitani jua

      BalasPadam
    3. Banar jua tu ah...basar masalah sosial atu,bejudi jua lagi..baik tah fikirkan hal ani.

      BalasPadam
    4. Terima Kasih Tanpa Nama,

      Sedih saya BUKAN HANYA mengenai gam tetapi Lamanweb ini sudah berhasil membuat orang kitani meluahkan sesuatu dan berkongsi pendapat. Inilah yg kita mahukan. Lambat laun minda kita akan lebih terbuka disebabkan bercambahnya forum begini.

      Dalam rencana seterusnya saya akan menjawab pendapat dan kemelut ini agar semua boleh membaca. Mungkin malam ani.

      BalasPadam
    5. 1.Judi - Main Katam
      2.Dadah - Menghisap Gam
      3.Arak - Meminum minuman keras
      - ini lah masalah anak2 kpg kitani.

      BalasPadam
    6. ok tu geng patutnya kita urg membuat blog ani utk meningkatkan taraf kehidupan urg kpg, bukan sj dr segi ekonomi tp dr semua segi. ada sj blog ani terus2 tah kan membuat promosi kpg tp x meliat keadaan kpg yg jauh ketinggalan dr kpg lain. kitani liat sj keputusan kanak2 upsr tahun 6 alum batah ani, ada anak kpg kitani dpt 5a 4a 6a. ada pun anak cpuri bukan asal kpg punang, bukan kan memperkecilkan psl promosi kpg la. tp penting nya ilmu atau pendidikan kpd anak2 kpg

      BalasPadam
    7. Kepada Tanpa Nama semua,

      Terima kasih atas maklum balas anda semua. Apa yang bisdikita katakan semuanya betul dan bermakna. Doa-doakan agar ramai orang kitani yang membaca lamanweb ini. Kehadiran form begini dengan sendirinya mempromosi Punang sebagai kampung yang maju setapak kehadapan. Kami bangga dgn prihatin anda terhadap masalah kampung kitani.

      Selamat berinteraksi.

      BalasPadam
    8. tahniah kepada masyarakat punang yang celik IT teruskan berusaha.

      BalasPadam
    9. bagus lang blog ani..ada jua rupanya urang punang ani celik it..ingatkan nada tah suda..skrg ani bkn saja main katam jadi isu..urang tua2 tah diliat main katam,bapaku sendiri pun ada ku teliat main..ditagur inda merati, apa jua asilnya main judi ani baik pertingkat kan diri untuk masa dapan anak2 dan kampung lagi bagus..atutah banyak urang muda dipunang ani menggangur lapas atu kawin nada tah insentif dalam diri..renung2 kan la

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: MEMPROMOSIKAN myPUNANG 3 Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top