Terkini
  • Terkini

    Ahad, 21 Disember 2008

    SILIMBADA - ILMU@PELAJARAN

    Siapa yang tidak sedih memikirkan anak-anak merempat di kampong sendiri. Jika anda berasal dari kampong yang sama, anda pasti sedih. Tetapi perlukah kita sentiasa bersedih berpanjangan tanpa memikirkan sesuatu, baik strategi memulih atau strategi mencegah. Isu yang hangat dibangkitkan ialah masalah social dan pembelajaran. Saya dan semua kitani setuju pendapat bahwa ilmu@pelajaran adalah amat penting kearah merobah sesuatu masyarakat.

    Tetapi persoalan utama, adakah kita perlu menunggu ramai yang berpelajaran dan hapusnya masalah sosial BARU TAH kitani nak memikirkan soal pembangunan lain. Mengapa tidak dibuat serentak agar kita berdiri sama tinggi dan berlari sejajar dengan orang lain. Kalau ada sesiapa yang mengatakan kita tidak boleh buat serentak, maka sama sama kita membuka minda kita sekarang.

    Tujuh tahun yang lalu, saya pernah berjumpa seorang cikgu kelahiran Punang dan mencadangkan kepadanya supaya dikumpul SEMUA cikgu kelahiran Punang dan bermaufakat memajukan anak-anak kita. Saya syorkan mereka mencari strategi dan aktiviti yang terbaik terutama sekali semasa cuti pertengahan sekolah. Antara cadangan saya ialah workshop menjawab soalan dan kursus motivasi untuk D6, T3 dan T5. Saya juga berjanji untuk menghulurkan ongkos semua aktiviti ini. Jangan kita pandang rendah terhadap workshop dan motivasi. Ianya sungguh berkesan di tempat lain.

    Memandangkan memajukan kampung kitani adalah tanggung jawab semua, SEKARANG mari kitani mohon dari kumpulan-kumpulam berikut:

    • Cikgu-cikgu kelahiran Kampung kitani agar mereka tampilkan idea-idea untuk memajukan anak-anak kitani. Tolong emel Plan Tindakan 2009 kepada saya ke pgabs.secretary@gmail.com selewat-lewatnya 31 Januari 2009.

    • Personaliti dan businessman yang ada usin untuk memberi sumbangan kearah membantu aktiviti yang disyorkan oleh cikgu-cikgu.


    Kitani sudah tiada masa untuk mencari alasan mengapa anak-anak kitani tercicir. Kita sudah kehabisan masa untuk menuduh siapa dan mengapa. Tiada masa untuk mendengar kata-kata negatif atau tabiat pesimistik. Sekarang mari kita bergerak. Saya bersedia untuk jadi TIDAK popular kalau kata-kata saya ini berbentuk cabaran.

    Esok…. Rencana tentang Masalah sosial & Merobah Minda
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    8 KOMEN:

    1. Assalamualaikum,,satu cadangan yang bagus Bos.Bah mana tia 'SI Tanpa Nama's..' atu..hulurkan tiya idea mu ah.Jangan tah pandai 'bekunyanyang' nganya,tapi inda 'begarak-garak'.Bantu tiya kalau banar kau prihatin kan masalah Punang atu. Kalau "usin' inda kau sanggup inda hal,IDEA pun jadi lah.PERTAMA-TAMA yang ku syorkan arah mu ialah 'bawa anak-anak' kitani atu ke masjid.Jangan nganya ari JUMAAT, tapi setiap waktu yang 5 atu.Dakwah ani inda boleh beranti walau sesaatpun..OK tu saraana ku arah kamu 'si tanpa nama'..WASALAM

      BalasPadam
    2. Sebagai orang luar saya amat bersetuju dengan pendapat penulis ini. Bernas lagi berpandangan jauh. Mengapa berhenti mempromosi disebabkan oleh masalah? Semua kampung di dunia ini mempunyai masalah. Wahai penulis, teruskan usaha agar bangsamu berubah. Walaubagaimanapun... galakan maklum balas.

      Salam dari Kuala Lumpur
      Anis

      BalasPadam
    3. Salam Anis,

      Terima kasih atas dorongan anda. Kata-kata anda akan lebih menturbo-charged lagi semangat saya berjuang untuk kampung saya. Kami lebih memerlukan pandangan pihak ketiga seperti anda.

      Teruskan memberi komen.
      Nazir

      BalasPadam
    4. Salam,

      Sebak hati saya membaca catatan dan semangat saudara penulis punang.com ini.

      Andai saya selalu ke Lawas pada masa cuti sekolah, mau juga saya menyumbang sekiranya tidak mampu uang cuma idea yang bernas pun cukuplah...

      Apa pun saya mendoakan kejayaan anda mentarbiah anak-anak bangsa anda.

      Siapa yang tidak kesal melihat anak bangsanya tidak berubah mengikut arus zaman. Hanya saja mereka yang berpendidikan tinggi dan berakhlak mulai bisa membuka jalan kepada permasalahan2 ini.

      Saya hanya mengemukakan pandangan.

      BalasPadam
    5. Satu pandangan yang bernas dari Armiza Nila,tak payah la susah dtng ke Lawas,idea dari jauh pun cukup ba tu....

      BalasPadam
    6. Di buat sekali serentak. Boleh kan tu? Tacicir tia yang ada masalah atu. Macamana. Cakap tanggungjawab bersama ani batingalan tia. Binggung ku eh.

      BalasPadam
    7. Sejak Nabi Adam, Allah SWT sudah menurunkan syariat atau agama dan pendidikan kepada melaluiNya. Adam berkata; “Hanya kami berdua sahaja di dunia, kepada siapakah syariat ditujukan dan kami kepada siapa akan diajar syariat?”

      Sekarang 6 billion manusia ole itu pendidikan, syariat, ekonomi,promosi tidak harus berhenti malah di tambah dan dipercepatkan.

      BalasPadam
    8. Brader Tanpa Nama @Disember 23,

      Macam ani lah. Tiap individu ada masalah, tiap famili ada masalah, tiap kampung ada masalah, tiap daerah ada masalah dan tiap negara ada masalah. Kalau nak tunggu masalah selesai, bila masa kita nak memikirkan peningkatan hidup. Contohnya seorg ahli keluarga X hisap ganja. Adakah keluarga X menunggu dia kembali normal baru nak memulakan bisnes sedangkan peluang terbuka luas. Lambat cerita laaa brader. Mengapa tidak tingkatkan ekonomi sekali gus merawat keadaan. Kan peningkatan ekonomi itu kosep MERAWAT. InsyaAllah kita teruskan...Salam hormat dari Saya

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: SILIMBADA - ILMU@PELAJARAN Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top