Terkini
  • Terkini

    Ahad, 21 Disember 2008

    MENTADAK DALAM KEBUN

    Pada suatu hari, di dalam sebuah kebun pokok berangan.Ada seekor riang-riang lapar yang sedang menghisap sap (jus) pokok berangan. Sambil menghisap dengan lahapnya ia tidak sedar ada seekor mentadak sedang memerhatikannya dari belakang.Sudah lama mentadak (belalang kacung) memerhatikan. Riang-riang tidak sedar. Ia pun mengatur langkah, memasang kaki kuda-kuda. Siap siaga hendak menerkam riang-riang.

    Ia tidak sedar, ada seekor burung pula yang sedang mengintipnya dari jauh.Burung merenung lama menanti masa yang baik untuk menyambar mentadak.

    Ia tidak sedar aku (Si Main) sedang memerhatikannya dari bawah pokok dengan Lastik dan seketul batu di tanganku. Sedia untuk melastik kepada burung.
    Sedang aku sibuk memberikan tumpuan tiba-tiba datang tuan kebun. Dia sergah aku dan aku pun lari. Dia sangka aku hendak mencuri buah berangannya. Aku pun, turut tidak sedar tuan kebun itu sedang memerhatikan aku.

    Pengajaran : Manusia sering kurang waspada ketika ia sedang menumpu pada sesuatu.Beringat. Beringat ialah satu kualiti yang ada pada Hang Tuah yang sering disebut-sebut dalam Hikayat Hang Tuah. Beringat telah menjadikan Hang Tuah seorang yang hebat dan berjaya. Beringat telah berkali-kali menggagalkan rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah. Tapi, dua kali juga Hang Tuah difitnah dalam hikayat itu walaupun dia beringat.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: MENTADAK DALAM KEBUN Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top