Terkini
  • Terkini

    Selasa, 30 Disember 2008

    PENTINGNYA MEMBACA

    "Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya." [al-'Alaq 96: 3-5]

    Pena dan penulisan terus menjadi medium penyebaran ilmu zaman berzaman. Penerbitan buku, akhbar dan majalah memainkan peranan yang besar dalam konteks ini.
    Akan tetapi, sejajar dengan perkembangan pengetahuan dan kemahiran manusia, akhirnya wasilah berhubung sesama mereka mencapai kemuncaknya apabila tiada lagi sempadan yang membataskan. Segalanya terpulang kepada sejauh mana kitani mahu menggunakannya.
    Suatu ketika, telefon awam menjadi sesuatu yang amat diperlukan di sebuah kampung. Sesiapa yang rumahnya dikurniakan pemasangan telefon awam berdekatan, secara rasminya terlantiklah ia sebagai operator perhubungan buat jiran tetangga. Mengangkat telefon awam yang berdering, adalah suatu pemandangan biasa.

    Kepantasan perkembangan teknologi maklumat menjadikan kaedah manusia berinteraksi semakin canggih.
    Ia bukan sahaja membabitkan soal komunikasi, malah penyebaran ilmu pengetahuan juga menjadi semakin hebat… tiada batasan.

    Pena dan penulisan bukan lagi pena bulu ayam, atau kertas, tetapi berpindah kepada peralatan menulis secanggih komputer berkuasa tinggi, dan hasil tulisan di blog yang mencecah jutaan di seluruh dunia. Apa sahaja yang ditulis hatta dari sebuah bilik yang paling tersorok di hujung dunia sekali pun, boleh dibaca di mana sahaja, tersebar luas tanpa sempadan.

    Dengan segala kecanggihan ini marilah kitani sama-sama mengambil manfaatnya.Begitu mudah nya untuk kitani menggali segala ilmu pengetahuan yang pelbagai dewasa ini.Walau kitani berada diceruk kampung atau dimana sekalipun,tidak ada alasan lagi untuk kitani ketinggalan dalam menggali ilmu pengetahuan.Yang penting kitani hendaklah rajin MEMBACA.Percaya lah dengan rajin nya membaca sesebuah masyarakat itu akan lebih bijak dan berpengetahuan.Dan masyarakat bijak dan luas pengetahuannya akan lebih maju dalam segala bidang.Insya Allah.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: PENTINGNYA MEMBACA Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top