Terkini
  • Terkini

    Selasa, 23 Disember 2008

    PEREMPUAN YANG BERAKHLAK MULIA

    Memilih perempuan yang berakhlak mulia sebagai calon isteri adalah satu perkara yang amat penting dan besar faedahnya daripada bersabar dengan perempuan yang buruk akhlaknya.

    Mengapa penting memilih perempuan yang berakhlak? Kepentingannya cukup besar sekali iaitu untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga dan mencorak anak-anak dengan keindahan akhlak mulia . Seorang isteri yang berakhlak dapat melaksanakan kewajipannya dan menunaikan hak-hak suaminya dengan sempurna. Terutamanya dia tahu cara bermuamalah dan memberi layanan yang baik kepada suami. Banyak sekali ungkapan-ungkapan para sasterawan arab berkaitan dengan sifat perempuan yang tidak berakhlak yang tidak layak dikahwini. Cara muamalah dengan suami mereka amat teruk sekali. Setiap lelaki perlulah berhati-hati dan bijak meneliti sifat wanita agar mereka bukanlah daripada golongan-golongan yang dilarang untuk dikahwini.

    Awfa bin Darham telah berkata : Wanita itu ada empat jenis : ada di antara mereka itu bersifat :-

    ma’ma’ iaitu memiliki segala persyaratan.
    mamna’ iaitu lebih banyak memberikan mudharat berbanding manfaat.
    masda’ iaitu lebih banyak mengacaukan fikiran lelaki berbanding menenangkannya.
    Perempuan yang bersifat seperti air hujan yang jatuh di sebuah tempat lalu ia menjadi tempat pengembalaan.

    Demikianlah diterangkan kategori-kategori akhlak wanita . Akhlak perempuan merupakan sebahagian daripada ketaatannya terhadap agama dan suaminya. Ianya bersumberkan ilmu dan pengetahuan. Maka pilihlah perempuan yang berakhlak mulia. Dia pandai mengawal emosi apabila berlaku tekanan di dalam dirinya. Emosi seorang wanita mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan. Kerana itulah tindakan wanita itu mudah termakan godaan syaitan tanpa berfikir panjang. Umar bin al-Khattab ada mengatakan :-

    Sesungguhnya perempuan diciptakan bagi kita seperti syaitan.
    Kita memohon perlindungan daripada kejahatan syaitan.

    Di dalam al-Quran dan hadis banyak menceritakan sifat-sifat isteri yang mempunyai akhlak yang terpuji, antaranya ialah:-

    Rasulullah SAW bersabda : Mahukah kamu kuberitahukan tentang wanita ahli syurga ? Para sahabat menjawab : Tentu Ya Rasulullahb! Rasulullah menjelaskan : Iaitu wanita yang menyayangi suami, banyak anak, jika membuat suami marah atau menyakiti hatinya atau tatkala suami marah , ia berkata : Inilah jiwa ragaku kuserahkan sepenuhnya ke pangkuanmu . Aku tak akan dapat tidur dan istirehat, sebelum engkau redha “ ( At-Thabarani)

    “ Semoga Allah merahmati seseorang yang bangun pada malam hari lalu menunaikan solat. Dia bangunkan isterinya dan jika isteri enggan, maka dia percikkan air kewajahnya.Dan semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam hari untuk menunaikan solat. Dia bangunkan suaminya dan apabila suaminya enggan, maka dia percikkan air kewajahnya “ ( Riwayat Abu Daud, an-Nasai , Ibnu Majah)

    Rasulullah SAW bersabda : Mahukah kukhabarkan kepada kamu tentang simpanan yang paling berharga ? Iaitu isteri solehah yang apabila dipandang mata, dia menyenangkan suaminya, apabila diperintah (suami) dia mentaatinya, dan apabila ditinggalkan suaminya dia akan menjaga kehormatan diri dan menjaga harta suaminya) Riwayat Abu Daud dan An-Nasai
    Penulis Asal : abuFateh
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: PEREMPUAN YANG BERAKHLAK MULIA Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top