Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 20 Disember 2008

    PUNANG 2009

    Tahun 2008 semakin hampir di penghujung nya.Dalam beberapa hari saja lagi Tahun 2009 akan menjelma.Berbagai pahit manis kita lalui sepanjang tempoh tersebut .Khususnya bagi masyarakat kitani di Kampung Punang.
    Bagi warga Punang Tahun 2008 merupakan sebuah tempoh perjalanan masa yang penuh warna-warni,penuh sensasi,ada kontravesi dan ada kenangan pahit manis yang tak ter imaginasi pada tahun sebelum nya.

    Berbagai pencapaian serta pembangunan yang kita raih sepanjang tahun 2008 ,tidak kurang juga kegagalan dan pertelingkahan dalam tempoh itu.Namun Alhamdulillah segalanya kita tempohi dengan sabar dan bijaksana bersama-sama.Satu perkara yang amat jelas ialah masyarakat kampung kitani tetap mengutamakan perpaduan dan persepakatan,ikatan ukhwah dan silaturrahim adalah di utamakan dari segalanya.Sikap santun dan berani meminta maaf atas kesalahan adalah satu sikap yang amat terpuji di dalam Islam.Sikap bongkak dan tidak hormat-menghormati serta dendam yang tidak berkesudahan adalah satu sikap yang akan membawa kehancuran dan kemunduran.

    Sama-sama lah kitani mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku sepanjang Tahun 2008.’Buang yang keruh ambil yang jernih’ itulah sikap yang patut kita amalkan.Sama-sama lah kitani belajar melalui kesilapan.

    Tidak perlu lah rasa nya untuk diutarakan secara terperinci tentang hal-hal berlaku sepanjang tempoh tersebut.Kitani sama-sama tahu apa yang terjadi dan berlaku sepanjang tahun 2008.Yang penting bagi kitani adalah Tahun 2009 yang bakal menjelma tidak lama lagi.Bagaimana kitani akan mewarnai Tahun yang akan menjelma ini?Bagaimana strategi kitani agar ‘Punang tetap Gemilang’ dalam segala bidang?Apa usaha kitani agar masyarakat kitani lebih bersatu hati,tidak bertelingkah dan bercakaran sesama sendiri?Bagaimana kitani hendak mengubah paradigma minda orang-orang kitani agar tidak ketinggalan di zaman yang semakin canggih dan mencabar ini?

    Dengan terbentuk nya Ahli Jawatankuasa Kampung yang baru dimana di bawahnya ada Biro-biro tertentu , kitani yakin Punang akan lebih teratur dan tersusun.Semoga para Ketua Biro yang telah dilantik dapat memainkan peranan yang sepatutnya,jangan hanya sekadar memegang jawatan di atas kertas sahaja.Berpegang lah dengan falsafah ‘kalau tak tahu nak buat, jangan malu bertanya’.Kitani yakin dengan kecergasan serta kebijaksanaan Ketua-ketua Biro yang dilantik akan dapat mewarnai Punang pada Tahun 2009 dengan lebih bersinar.

    Satu lagi perkembangan positif bagi masyarakat kitani di Punang yang mana hasil kerja keras dan kepakaran seorang anak jati Punang ,telah lahir sebuah laman web yang khusus untuk kampung kitani.Hal ini sangat bersesuaian dengan peredaran zaman yang mana IT ini adalah sebuah Flatform yang sangat penting.Segala maklumat dapat di sampaikan dengan pantas,hampir-hampir menyamai ‘ilmu sakti’ orang lagidaulu.Gunakan lah kemudahan yang ada ini untuk kebaikan bersama.

    Akhir kalam,mari lah kita bersama menanam tekad dan azam untuk berusaha keras untuk memaju dan memakmur kan Punang kitani yang tercinta.Insya Allah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: PUNANG 2009 Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top