Terkini
  • Terkini

    Isnin, 1 Disember 2008

    Punang Destinasi Pemancing


    Punang merupakan sebuah kampung yang terletak di persisiran pantai menghadap laut Cina Selatan.Kedudukkan nya lebih kurang 12 km dari Pekan Lawas.Kampung ini merupakan sebuah perkampungan nelayan,hampir 98% penduduknya adalah berbangsa Melayu Berunai.Rata-rata mereka ini ada pertalian darah antara satu sama lain.

    Oleh kerana kedudukan kampung ini menghadap laut dan mempunyai pantai landai yang amat luas,ia nya merupakan tempat perkelahan yang terkenal bagi penduduk sekitar Lawas sejak dahulu lagi.Hal ini dapat dilihat pada hujung minggu dan pada cuti umum dan di musim cuti persekolahan.

    Punang juga merupakan syurga pancing bagi kaki-kaki pancing.Kedudukan sungai nya yang menghadap laut merupakan satu kelebihan.Jenis air sungai nya adalah 'air masin payau' merupakan tempat ikan bersuka ria,terutama dari jenis 'Siakap' (Baramundi) dan lebih dikenali dengan 'Selungsung' bagi penduduk tempatan.Disamping ikan 'selungsung' banyak lagi ikan-ikan lain yang bermaharajalela di kawasan muara sungai tersebut.Diantara ikan yang biasa didapat di sungai tersebut ialah 'ikan merah',kerapu,ikan putih,gelama,pari,sembilang dan pelbagai jenis lagi.

    Namun perlu di ingat bagi kaki-kaki pancing,untuk mendapatkan hasil yang lumayan,para pemancing adalah dinasihatkan untuk mengetahui keadaan pasang surut serta musim-musim tertentu.Perkara ini boleh di rujuk kepada penduduk setempat.Bagi yang ingin memancing di kuala sungai tersebut boleh lah memancing diatas jambatan panjang yang menghala kelaut.Dan bagi yang ingin menyewa bot boleh lah bertanya kepada penduduk setempat untuk urusan sewa bot berserta dengan driver.

    Umpan yang sesuai bagi memancing di sungai Punang ini adalah udang hidup (target Selungsung) dan bagi ikan-ikan lain umpan yang paling effective adalah 'Perumpun' atau lebih dikenali dengan 'Pumpun' bagi penduduk setempat.'Pumpun' ini banyak terdapat di kawasan pantai Punang,tetapi kenalah mahir untuk mendapatkan nya.

    Kebiasaan nya para pemancing yang sudah biasa memancing di sungai Punang ini mereka sering mendapatkan khidmat umpan dari 'Pencari Pumpun' mahir di kampung Punang.Beliau lebih di kenali dengan nama 'Sulan' atau nama sebenarnya Roslan.Beliau tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan umpan selama ini.Beliau boleh dihubungi terus melalui talian 014-8765969.Para pemancing juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dari beliau tentang taktik dan teknik memancing di sungai Punang ini.

    Untuk pengetahuan kaki-kaki pancing,Rekod ikan selungsung terbesar yang pernah di dapat di sungai Punang ini adalah seberat 14 kg oleh 'Ngian Bakar'.Beliau merupakan 'Raja selungsung' bagi penduduk setempat.Bersesuaian dengan kemahiran beliau dalam memancing spesis ikan ini.

    SELAMAT MEMANCING.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Punang Destinasi Pemancing Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top