Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 19 Disember 2008

    Ketibaan 'Mahluk Asing'

    Serangan Makluk Asing Di Punang (1980an)

    Mungin banyak orang Punang masih ingat peristiwa huru-hara sekitar tahun 80an “Makluk Asing Menyerang Kampung Punang”..

    Mungkin banyak org tak mempercayai kisah benar ini, tapi saya sarankan para pembaca membaca terlibih dahulu hingga habis untuk mengetahui kebenarannya, dan terpulang kepada anda untuk menilai kebenaran cerita makluk asing ini..bagi yang dah berhijrah dari kampung sebelum tahun 80an mungkin mereka tahu juga cerita ini.

    Makluk ini berbulu hitam berkilat dan bermata merah terang.. sungguh menakutkan, Makluk ini hanya akan membuat kekecohan pada waktu petang bermula pukul 5 petang, Makluk ini datang secara berkumpulan, setiap kumpulan mencecah 500, ia datang secara mengejut dan secara pantas, bila makluk ini datang mula-mula ia akan membuat bunyi yang bising di kawasan masjid Punang dan seterus nya makluk ini bergilir-gilir pergi dan datang untuk membuat bunyi bising di kawasan Masjid..sekitar kawasan masjid dan berdekatan akan merasa bahang suasana yang huru-hara ini.

    Kami sebagai remaja punang masa itu bertekad menghalang dan melawan makluk asing ini dari menghancurkan keharmonian dan keindahan Punang, kami akan berkumpul di kawasan Masjid sebelum pukul 5ptg, dan membuat persiapan secara terperinci dan kami akan membahagikan kawasan setiap seorang untuk membuat pertahanan dan serangan balik, tapi pada masa tu kami hanya berpelurukan batu tepi jln mcm yg kita tengok dalam TV kejadian di Palestine remaja berjuang mempertahankan tanah air dengan bersenjatakan batu untuk mengusir rejim zionis yahudi, diorang sangup mati demi Palestine Merdeka, Itu lah yang kami perjuangkan utk keharmonian Punang..akan tetapi org tua di punang tidak menghiraukan makluk ini, menjelang magrib org tua akan berjalan menuju ke Masjid tampa mengunakan perisai atau sebagainya dan berisiko di serang makluk asing ini, kerana kawasan perperangan adalah di kawasan masjid, org tua cakap ‘ kalau mati pun kena makluk asing dapat mati syahid’ semangat kami tetap utuh walaupun kami pada masa tu bukan golongan remaja masjid…tapi kamu bukan berjuangan melawan rejim yahudi, ia adalah makluk yg merbahaya, perangai seperti haiwan.

    Pabila saja kumpulan pertama makluk asing tiba kami akan menyerang dari semua kawasan masing-masing, dan setiap seorang akan memberi isyarat dgn pantas, kadang-kadang kami terpaksa berpindah tempat persembunyian secara cepat tampa dapat makluk asing mengesan, akan tetapi setiap hari perjuangan kami akan dapat di kesan walau di mana kami berada, bila perkara ini berlaku kami semua terpaksa menyerang balik secara serentak dan pantas tampa memberi ruang makluk ini untuk membalas serangan kami, pada masa itu kami dapat saksikan makluk asing akan berpecah tak menentu bila melihat makluk sejenis mereka jatuh tersungkur satu demi satu

    Biasanya setiap hari kami hanya mampu membunuh dalam 20 lebih dlm beribu-ribu makluk asing itu, kerana kami banyak bertahan daripada menyerang, makluk asing ini terlalu pantas bergerak tp dgn semangat yang kami ada setidak-tidak nya dapat mempertahankan tanah air dari penceroboh makluk asing, dan setiap makluk asing yang tewas dalam pertempuran itu kami akan kutip mayat nya dan terus membakarnya di tepi pantai bila mlm menjelma dan kami akan raikan atas perjuangan kami dapat menyelamatkan penduduk Punang daripada mangsa makluk asing itu.

    Alhamdulillah juga tak ada seorang pun punduduk kampung Punang mahupun kumpulan kami yang berjuang pada masa tu tak terkorban, berkat usaha kami mengusir makluk asing, sampai sekarang makluk asing itu tak datang lagi ke kampung Punang, tapi tak pulak saya mendengar makluk tu menyerang mana-mana kampung di Malaysia ini,

    Akan tetapi, menurut kajian saya..alangkah baik nya jika makluk asing itu kembali ke kampung kita lg pada zaman ini, kerana ia akan menjadikan kampung Punang lebih UNIK di Sarawak mahu pun Malaysia..tapi kita tak akan dapat mengambalikan makluk asing itu lagi ke Punang..
    Makluk asing itu kami gelar dengan nama BURUNG SELANGKIR…

    Ha..ha..ha..jgn mare…sila hantar kan komen anda tentang cerita ini dan keunikan punang jika burung selangkir masih ada dan menjadikan kelapa di tepi pantai kampung Punang tempat Tidur..
    Tentu ada pelancung akan datang setiap petang untuk melihat kejadian unik ini kan?

    Alihanz
    zlihanz18@gmail.com

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. ha ha ha ha....1juta kali

      BalasPadam
    2. Cerita selangkir atu memang menarik, cerita atu kalau di sambung lagi dengan cerita pada waktu malam ketika menyuluh pimping masa air surut malam dengan mengunakan "lampu picit ubat lima" dan "rambat"(jala).
      Kepupusan pimping juga begitu ketara seperti maklhuk asing(selangkir) akibat keracunan asap kawan-kawan mereka yang telah disalai.(Marajeh AD)

      BalasPadam
    3. Bukan sabab atu jua, tapi keadaan laut berubah ubah..dimana pun pimping atu inda tia lagi ada jua..biasanya arah pancang atu tu ya betinggir ampat lima ekong.kadikami daulu nya kalau malam ari menggam.lakat gam atas pancang atu, meng anam tujuh ekong tia tuya rakat.sambalih tarus jadi sapaki megi.di rumah bis si Tiyalah atu tu kami masak.nyaman jua eh.tanya kau bis si Said dan si Kasim atu.atau tanyakan kau si Lamut...

      BalasPadam
    4. Group kami daulu lagi tah sadis,mun masa aing tuhur atu kami cuma berbekalkan lampung picik sama andayang piasau..bahampas nganya pimping ah...belurih jua kami..hehhe

      BalasPadam
    5. asalpunang7/4/11 1:50 PG

      hahaha cali jua kisah biskita ani ah.walaupun nya orang aku ani kelambatan membaca ceta biskita ani tapi aku siok membacanya.tapi atu kisah orang laki-laki kali tu mun kami orang bini-bini ani lain lagi kisahnya tapi inda ku pandai kan menulis,lagi jua lupa ku udah

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Ketibaan 'Mahluk Asing' Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top