Terkini
  • Terkini

    Isnin, 22 Disember 2008

    Minda kunci kepada kejayaan

    Mungkin ada yang berkata “ahhh..cakap memang senang…” Sebenarnya ini adalah diantara kata-kata atau bisikan yang membunuh kemajuan orang kitani. Ianya membawa konotasi negatif dan menyerah kalah. Dari siulan begini, orang yang mendengar akan patah semangat dan yang mengeluarkan kata-kata secara otomatis menjadi manusia seolah-olah hidup tanpa roh.

    Benar … tetapi mana ada suatu kerja dianugerahkan oleh Allah terlalu senang Kalau adapun ianya ujian berbentuk istidraj atau sesuatu yang tidak baraqah. Ambil iktibar disekeliling kita – ikan yang tidak bernilai terlalu senang untuk dipancing tetapi ikan tengiri atau ikan merah yang berharga terlalu susah untuk didapati.

    Ambil satu contoh realiti yang saya tahu. Pak Ali ada sedikit simpanan untuk menunaikan ibadat haji. Kerana ingin menambah simpanan Pak Ali tertarik dengan Skim Simpanan Cepat Kaya, kerana dikatakan mendapat pulangan yang besar. Senang. Tiga bulan kemudian Pak Ali kehilangan semua simpanan seumur hidup.

    Cuba kita renung kehidupan mahluk Allah yang lain. Semua makanan cicak adalah mahluk yang terbang sedangkan cicak tidak pandai terbang. Makanan burung helang bersembunyi di dalam air atau dalam lobang sedangkan helang terbang tinggi. Persoalannya pernahkah cicak atau helang berhenti mencari mangsanya disebabkan oleh kesusahan ini?

    Seorang Ustaz pernah berkata, susah itu jalan ke syurga, manakala senang itu jalan ke Neraka jahanam. Saya tidak pandai untuk menghuraikan tapi marilah sama-sama kita merenung kata-kata alfadil ini.

    Kembali kepada masalah sosial dan maslah pelajaran anak-anak di kampung kitani, marilah kita ketepikan perkataan “susah”. Mesti ada bentuk perjuangan dikalangan kita. Kalau ianya lebih susah maka ianya satu ujian yang pasti membawa baraqah.

    Ramai yang berkata, masalah sosial berpunca daripada kemiskinan. Saya kata betul tapi tidak tepat. Faktor utama ialah Minda@Tabiat. Kalau minda kitani tertutup maka semua pembaharuan dan perubahan tidak akan diterima masuk. Andaikata semua informasi mengantul maka kitani tidak akan berubah mengikut perubahan masa. Kitani bukan hanya tertinggal malah lebih mundur kebelakang.

    Mari kitani renung dan ambil contoh tentang anak-anak Liau Anggas Kampung Batong yang punya 3 anak bekerja di Kuching. Juga, kitani renung mengenai anak TK Aman, Samihad yang sekarang terpilih mewakili kesebelasan utama pasukan Sarawak dalam Liga & Piala Malaysia walaupun Sualai tidak mempunyai padang bola.

    Saya dan ramai kawan yang sebaya pernah dihimpit kemiskinan semasa bersekolah tapi dengan pemikiran yang terbuka kami dapat meloloskan diri daripada dikongkong oleh pemikiran lama. Apa yang saya ingin sampaikan disini bahawa himpitan kemiskinan bukanlah punca sebenar kepada masalah hidup tetapi MINDA@TABIAT adalah kunci kepada kejayaan.

    Sekarang apa alasan kitani apabila belum pernah anak-anak Punang bermain bola diperingkat Liga Malaysia. Apa pula alasan kitani apabila anak si Julai Bas bekerja dengan sebuah Bank di KL walaupun hanya bersekolah sejauh Lawas. Apa lagi alasan kitani apabila seorang daripada anak buah Haji Rashid sanggup menetap di Jerman walaupun beliau bukan seorang duta. Apa alasan kitani apabila ramai saudara kita yang berbangsa Murut menjadi peguam, doktor dan pengurus besar di syarikat-syarikat besar. Baliau Anggas, TK Aman, Saudara Julai bas dan Murutpun pada awalnya tidak kaya lebih dari kitani.

    Nazir
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Kepada Penduduk Punang & Sualai.

      Amat betul kata penulis. Bukan kemiskinan punca segala kemunduran. Tapi minda yang tertutup dan tabiat yang negatif. Mana cikgu kelahiran Punang & Sualai, sila sahut seruan penulis. Atau kamu berdiam demi kemunduran.

      BalasPadam
    2. Tahniah kerana dikamu celik IT. Boleh muatkan mengenai business kecilan atau SME secara ringkas. Saya lebih suka pendapat & kritikan yang positef.

      Ahad - Limbang

      BalasPadam
    3. SUSAH?? Apalah jika dibandingkan menghadapi kesukaran hari-hari di dunia dengan hari-hari kebahagian di syurga. Inilah hal keadaan Adam dan Hawa, mereka berdua tetap terus berusaha, bekerja keras tidak ada sesiapa membantu atau menjadi penolong kerana hanya mereka berdua sahaja yang hidup di bumi luas.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Minda kunci kepada kejayaan Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top