Terkini
  • Terkini

    Selasa, 20 Januari 2009

    ANAK LAUT PULANG KE LAUT

    Telah ditakdirkan lahir dari seorang pelaut ( nelayan ) . Pelaut tegar yang kekar lagi kental dari segi fizikal dan mental. Tidak pernah kenal dengan erti takut terhadap ribut dan badai. Meniti alun dan gelombang demi sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak yang ramai. Begitulah asal usul orang tua kitani pada suatu ketika dahulu.


    Kini... kitani lah yang mewarisi darah pelaut yang tegar lagi kental itu. Sikap rajin dan fizikal serta mental yang cukup kuat rupanya telah membawa kitani ke persada lautan untuk mencari rezeki dan nafkah hidup demi membalas budi ‘perindungan’ kitani yang mengagumkan itu. Jika mereka dahulunya bergelumang dengan bau hanyir ikan di atas perahu kecil, kitani kini diatas kapal dan ‘pelantar minyak’ yang amat besar lagi moden. Namun padang permainan nya tetap sama..Laut..samudera raya.

    Begitulah yang dapat saya rungkaikan tentang belia-belia kitani khususnya para belia Kampung Punang. Mereka ini kebanyakkan nya menceburi bidang kerja di ‘Offshore’ di perairan Miri, Bintulu dan Labuan. Yang menariknya adalah mereka ini tetap ‘ke laut’ walau sewaktu mereka tidak bertugas di pelantar ( musim cuti di kampung ) . Mereka tidak mahu membuang masa dan tetap merebut peluang menambah pendapatan dikala musim udang dan ikan di perairan kitani. Benar sungguh kata pepatah ‘anak laut tetap pulang ke laut’. Sikap rajin sebegini memang patut di puji dan amat membanggakan !

    Nota :- Gambar – Ihsan daripada Saudara Jalidi Matserudin dan Sablee Narudin
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: ANAK LAUT PULANG KE LAUT Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top