Terkini
  • Terkini

    Khamis, 15 Januari 2009

    HIZBULLAH

    Bila mana lahirnya seorang lelaki yang telah menepati pada dirinya kecintaan kepada Allah,ia bersikap lemah lembut kepada orang Mu’min, tegas kepada orang kafir, ia berjihad serta menyerahkan keta’atannya kepada Allah, RasülNya. dan orang Mu’min; maka di ketika itu wujudlah suatu individu dari Hizbullah.Dan sekiranya terdapat individu-individu seumpama ini tetapi mereka tidak mengenali di antara satu sama lain, dan justeru itu tidak berhubung di antara mereka dan tidak bekerjasama dalam rangka usaha mencapai suatu matlamat yang sama, maka tinggallah persoalan ini di dalam bentuknya yang asal tadi iaitu adanya individu- individu daripada HizbuLlah di sana sini. Tetapi apabila individu-individu ini bercantum menjadi satu saff dengan memenuhi syarat-syarat yang di atas, dan mereka melancarkan tindak — kerja melalui syura’ dalam usaha untuk mencapai matlamat bersama, maka ketika ini barulah wujudnya HizbuLlãh.


    Di waktu medan kerja bertambah luas dan golongan ini dapat memenuhi seruan-seruan kerja Islam serta segala keperluannya, lantas mereka menyalurkan suatu pandangan yang menyeluruh di dalam aspek ‘ilmu pengetahuan,tarbiyyah, penyusunan (tanzim) gerakan dan taktik (perencanaan), maka di saat inilah lahirnya hlizbuLlãh di dalam bentuk yang sempurna dan lengkap; kerana inilah suatu permulaan yang sihat untuk mencapai tuntutan-tuntutan yang selama ini menunggu tokohnya.

    Setelah kita menatapi penulisan di dalam kitab “Jundullah Thaqafatan wa akhalqan” dapatlah kita memahami apakah dia ’ilmu pengetahuan yang mesti dimiliki oleh HizbuLlah? Dan apakah asas akhlaknya pula? Apakah kehadhiran HizbuLlah ini suatu kemestian dan suatu keperluan yang tidak dapat tidak mesti ada untuk setiap negeri Islam dan untuk Ummah Islamiyyah keseluruhannya, malah untuk manusia sejagat di alam ini; masa ini dan masa hadapan? Tetapi suatu hal yang mesti diingati; bahawa kehadhiran HizbuLlah bukanlah sesuatu yang mudah, senang, ringkas dan biasa. Ianya juga tidak boleh disamakan dengan parti-parti dunia yang lain dan bukan pula ianya suatu perkumpulan yang menyerupai perkumpulan-perkumpulan yang lain. Oleh itu sistemnya tidak menyamai sistem-sistem yang lain, jalan kerjanya tidak sama dengan jalan-jalan kerja parti-parti yang lain, dan wasilahnya pula berlainan dengan wasilah yang lain.

    Sesungguhnya HizbuLlãh adalah suatu ‘hizb’ yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang teradun di dalam suatu ‘ilmu khusus, suatu tarbiyyah khusus, suatu kesedaran khusus, suatu praktik amali yang khusus dan suatu kombinasi yang khusus. Apabila terdapat faktor-faktor ini, di samping adanya kepimpinan, keahlian untuk syura dan tentera; di mana tentera mempunyaj ciri-ciri khusus mereka, pemimpin juga mempunyai ciri-ciri khusus kepimpinannya, maka melalu ciri-ciri khusus ini seorang individu akan meningkat dari taraf askar biasa kepada taraf pemerintah pasukan pada peringkat munaffiz (pekerja) kepada peringkat tokoh syura; di ketika ini ujudnya suatu HizbuLlãh.

    Bahan Rujukan : Beberapa Pelajaran Dalam ‘Amal Islami
    Sayyid Hawwa
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: HIZBULLAH Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top