Terkini
  • Terkini

    Isnin, 12 Januari 2009

    KEINDAHAN TANGAN IBU

    Seorang Ibu mengajak anak perempuannya untuk bersamanya membeli-belah kerana dia menginginkan sepasang kurung yang baru. SiAnak sebenarnya tidak suka pergi membeli-belah bersama orang lain kerana SiAnak bukanlah orang yang sabar. Walau bagaimana pun mereka pergi juga ke pusat membeli belah demi untuk menjaga hati SiIbu.

    Mereka mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita. Ibu terus mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semula. Seiring hari yang berlalu, Anak mulai penat dan kelihatan jelas riak-riak kecewa di wajah Ibu.

    Akhirnya pada butik terakhir yang mereka kunjungi, Ibu mencuba sepasang baju kurung yang cantik. Oleh kerana ketidaksabaran Anak, kali ini dia ikut masuk dan berdiri bersama Ibu di dalam ‘fitting room’. Anak melihat bagaimana Ibu mencuba pakaian tersebut dengan begitu susah kerana tangan-tangannya yang sudah mula dilumpuhkan penyakit radang sendi.

    Seketika ketidaksabaran Anak digantikan dengan rasa kasihan yang mendalam kepada Ibu, Anak berlalu pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa disedarinya. Setelah Anak mendapatkan ketenangan, dia kembali masuk ke ‘fitting room’untuk membantu Ibu mengenakan pakaiannya.

    Pakaian itu begitu indah, dan Ibu membelinya. Beli-belah mereka telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan Anak . Sepanjang sisa hari itu, fikiran Anak tetap saja kembali pada saat berada di dalam ‘fitting room’ dan terbayang tangan Ibu yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan, memakaikan baju, membelai dan memeluk, serta berdoa untuk Anak malah lebih dari segalanya, dan sekarang tangan itu telah menyentuh hati Anak dengan cara yang paling berbekas dalam hatinya.

    Kemudian pada malam harinya, Anak pergi ke kamar Ibu lalu mengambil tangannya,lantas menciumnya……..dan yang membuatnya terkejut, Anak memberitahunya bahawa kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini lantas bersyukur bahawa Tuhan telah membuatkan Anak dapat melihat dengan sejelas-jelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh dengan pengorbanan dari seorang ibu.

    Anak hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak tangan dan hatinya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
    (Catatan kisah benar seorang Anak)
    Nota: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
    Dan lakukanlah yang terbaik untuknya...........




    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: KEINDAHAN TANGAN IBU Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top