Selain dari Tahai,Cacap,ikan masin,udang kering dan pusu kering Punang kini juga telah menghasilkan produk Keropok yang di perbuat dari ikan tahai. Produk ini lebih di kenali dengan gelaran ‘Keropok Tahai’.
Perusahaan keropok tahai ini telah dimajukan oleh salah seorang anak jati Kampung Punang iaitu Puan Norhayati bt Bakar atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Si Ati’ oleh penduduk setempat.Berkat usaha keras beliau bersama suami selama ini produk yang beliau hasilkan ini telah melangkah jauh yang mana produk Keropok Tahai beliau ini telah dikenali di sekitar Lawas,Limb
ang,Miri,Kuching,Brunei dan Semenanjung.
Beliau telah berjaya mengusahakan produk ini dengan lebih moden atas bantuan Jabatan Perikanan berupa sebuah kilang kecil berserta sedikit mesin moden di perkarangan rumah beliau.Dengan ‘Packaging’ yang lebih moden,keropok tahai beliau ini dapat diterima di Mini Market dan Pusat-Pusat Membeli Belah.

Kejayaan beliau bersama suami ini sedikit sebanyak dapat mempromosikan Kampung Punang secara tidak langsung.Disamping dapat menambah pendapatan keluarga,kejayaan beliau ini dapat memacu industri IKS dan menjadi inspirasi para penduduk kitani agar lebih rajin,kreatif dan bijak dalam mencari

Menurut temuramah Penulis dengan beliau suami isteri,beliau masih ingin memperbesarkan perusahaan ini.Mereka suami isteri amat mengalu-alukan bantuan berupa mesin dan bimbingan dalam perusahaan ini dari pihak Kerajaan.