Terkini
  • Terkini

    Khamis, 29 Januari 2009

    Mangancau Mahan Siang

    ‘ Mahan Siang’ adalah bahasa tempatan kitani. Jika kita terjemahkan ke dalam bahasa baku adalah ‘Ikan kembung di siang hari’ . Apa yang ingin di rungkaikan di artikel kali ini adalah tentang penangkapan ikan kembung nelayan kitani.


    Ikan kembung ( Rumahan ) merupakan jenis ikan yang digemari serta mempunyai nilai harga yang tinggi dipasaran Brunei. Yang menariknya peraih ( Taukei ) dari Brunei yang membeli ikan kembung ini mempunyai cara tersendiri dalam urusan timbang menimbang. Urusan jual beli ini berlaku di tengah laut ketika ikan kembung masih segar lagi, peraih dari Brunei ini tidak menggunakan alat timbang seperti lazim nya sebalik nya menggunakan bakul. Harga ikan kembung ini pada suatu ketika dahulu pernah mencecah BD30.00 sebakul.

    Penangkapan rumahan ini kebiasaan nya di lakukan pada waktu malam dikala bulan kelam. Kerana diwaktu begini ‘kawan rumahan’ ( Kelompok ikan kembung ) amat mudah untuk di lihat berdasarkan pada ‘ inu’ ( percikan serta tindak balas plankton yang bercahaya di dalam laut ).

    Pada musim musim tertentu ‘rumahan’ ini tidak muncul di malam hari. Sebaliknya ia akan banyak kelihatan timbul pada siang hari. Oleh kerana hal ini maka terbitlah perkataan ‘mahan siang’ dan ‘mahan malam’.

    Pukat yang digunakan untuk menangkap ikan kembung ini adalah adalah pukat lengkong atau lebih di kenali dengan panggilan ‘pukat ancau’ bagi masyarakat tempatan kitani. Jadi aktiviti penangkapan ikan kembung ini di bahasa kan oleh masyarakat tempatan sebagai ‘Mengancau rumahan’ atau ‘Ngancau Mahan’.

    ‘Mengancau Rumahan’ ini sememang nya menyeronokkan biarpun amat memenatkan. Kebiasaan nya didalam sesebuah ‘perahu ancau’ terdiri daripada lima hingga ke tujuh orang. Masing-masing dengan tugas masing-masing, dan orang yang paling penting didalam sesebuah perahu tersebut adalah ‘Pencaruk’ ( Orang yang dihadapan sekali / tukang lihat / tukang tinjau kawanan ikan kembung ). Untuk menjadi ‘Pencaruk’ ini seseorang itu hendak lah mempunyai pandangan mata yang tangkas dan tajam serta tahan berdiri lama. ‘Pencaruk’ mempunyai isyarat yang tersendiri apabila terlihat kawanan ikan kembung ini, biasanya beliau akan menggoyangkan perahu dengan kedua belah kaki nya. Dengan isyarat tersebut ‘pengemudi’ serta awak-awak yang lain akan faham bahawasa nya kawanan ikan kembung telah di jumpai. Masing masing akan memerhati isyarat tangan dari ‘pencaruk’ tentang kedudukan kawanan ikan tersebut.

    ‘Mengancau Rumahan’ ini merupakan sumber pendapatan yang sangat lumayan bagi para nelayan kitani pada suatu waktu dahulu. Namun semenjak kebelakangan ini aktiviti ini berkurangan di sebabkan berkurang nya kemunculan kawanan ikan kembung ini. Dimana silap nya hanya Allah sahaja yang tahu.

    Nota :- Gambar – Ihsan dari saudara Elias Matair ( Kuching )
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Mangancau Mahan Siang Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top