Terkini
  • Terkini

    Rabu, 7 Januari 2009

    MUSIM BERALUN BABATIK MENARI-NARI

    Musim beralun..Babatik menari-nari’ kedengarannya seperti sebait bahasa puitis yang biasa dilontarkan oleh lidah para pujangga. Namun hakikat kenyataannya dibalik kata-kata ini, adalah suatu fakta yang tidak boleh disangkal akan kebenarannya.

    Percaya atau tidak,kata-kata ini adalah kata-kata yang merupakan sebuah fakta yang terpacul dari nelayan kitani yang kaya dengan pengalaman di samudera raya.Nelayan tegar yang tahu rahsia laut serta pergerakan arus dan angin,mahir membaca kedudukan bulan dan bintang,sebati dengan dingin embun dan terik panas mentari di tengah lautan.

    ‘Musim beralun’ adalah suatu keadaan dimana lautan berolak-olek,seperti ‘bum’ yang tersusun diatas daratan, cuma keadaannya ‘alun’ ini ada ketikanya tinggi membukit.’Alun’ ini amat berbeza dengan ombak,yang mana ombak akan memecah dan menghasilkan buih yang memutih saujana mata memandang.Bagi mereka yang tidak biasa dengan lautan keadaan beralun ini sangat menyeksakan,kebiasaannya boleh ‘mabuk free’ dibuat nya.

    ‘Babatik’ pula adalah sejenis species ikan yang dikategorikan ikan nombor satu bagi para nelayan mahu pun kaki pancing professional.Ianya merupakan species GT (Gian Travely) yang sangat cantik dan cukup perkasa.Calang-calang ‘memintal’ tali tangsi putus sudahnya.Dalam bahasa saintefik nya species ini digelar ‘Golden Trevally’ (Gnathanodon speciosus).Ikan ‘Gerpoh’ kata orang Semenanjung.

    Habitat ‘babatik’ ini kebiasannya akan muncul dan galak memakan umpan pancing dikala musim lautan ‘beralun’.Ia nya akan berkeliaran dikawasan perairan berbatu karang ( Coral ).Manakala umpan yang paling di gemari nya adalah udang hidup dan ikan tamban hidup.Species ini sangat bertenaga,daya juang nya amat tinggi dikala melarikan tali pancing.Purata berat species ikan ini yang biasa nelayan kitani perolehi adalah lima hingga lima belas kilogram.

    Para nelayan kitani di Kampung Punang dan Awat-Awat memang mahir dalam memancing ‘babatik’ ini.Mereka sangat arif tentang waktu yang sesuai untuk memburu ‘babatik’ ini.Jika tanya kepada mereka bila waktu yang sesuai memancing ikan ‘babatik’ tentu jawaban nya adalah diwaktu laut ‘beralun’. Nah..benar lah ‘Musim Beralun Babatik menari-nari’.

    Informasi @ Fakta :-
    The golden trevally (Gnathanodon speciosus) is a tropical marine fish in the jack family (
    Carangidae). Native to the eastern Pacific Ocean from southern California to Ecuador, it is associated with reefs and usually found within the upper ten m (30 ft) of the surface. Juveniles are usually bright yellow with vertical black bars, which alternate between broad and narrow. In adults this coloration fades to a silvery color with the bars faint or absent.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: MUSIM BERALUN BABATIK MENARI-NARI Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top