Terkini
  • Terkini

    Selasa, 27 Januari 2009

    Musim Landas Bubok merana

    MUSIM LANDAS TIBA, PASTI BUBUK MERANA

    Musim bubuk sudah tiba. Kampung kitani mula dicemari bau belacan dan bubuk kering. Itulah resam musim bubuk. Kalau dah nak hampir Tahun Baru Cina serta landas, mulalah nelayan kitani mengusai "sadak" dan "ancau", alat-alat yang biasanya digunakan untuk menangkap bubuk.

    Spesis bubuk adalah bahan utama dalam pembuatan belacan. Di samping belacan, bubuk juga dipelbagaikan memprosesnya supaya tahan lama , misalnya cincalok dan bubuk kering. Ada juga yang membuat cucur dan umai.

    Biasanya lubuk bubuk ini adalah di sepanjang Kuala Lumut, kira-kira sepuluh minit menggunakan perahu dengan injin sangkut. Para nelayan akan mula turun ke laut seawal pukul 2 pagi dan akan terus mula mencari kawanan bubuk apabila sampai di kawasan lubuk. Air surut penuh juga masa yang sesuai untuk menangkap bubuk kerana 'sadak' alat untuk mengambil bubuk memerlukan dua orang untuk mengendalikan di dalam air.

    Berikut adalah antara bunyi keriuhan apabila kita di kawasan lubuk bubuk:
    "Di mana bubuk atu?"
    "Disepanjang batin Lumut atu"
    "Pajal jua kah?"
    "Au eh, macam ujan lompatnya, kasap di batis"
    "Bubuk kawankah?"
    "Becampur-campur, bubuk buyah sama bubuk karuh, kalau bubuk kawan selalunya kalau sudah berangkat mega sampai siang baru ia ada"


    Alhamdulillah, dengan adanya musim bubuk begini, para nelayan kita akan dapat menambah pendapatan, apa tidaknya kalau dah harga belacan sekarang ini sudah mencecah RM 30.00 sekilo. Harga bubuk pula RM 30.00 sebakul yang beratnya sekitar 12 kilogram.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. Syabas AM/AD !! Sebuah article yg menarik.Para penulis lain patut mencontohi tulsan AM/AD ini.

      BalasPadam
    2. batah sudah inda meliat musim bubuk..
      batah sudah inda mulih k kpg

      BalasPadam
    3. Salam semua,,satu artikel yang kutunggu-tunggu. teruskan dan bahan lain jua ,mesti ada. mempromosi Punang bukan nganya melalui'ambuk merah,. Tapi 'ureng' ani(nya urang bintulu), jua bahan untuk promosi kampung kitani atu. Ertinya, inda urang bintulu eksen pasal bubuk@belacan nya, tapi tampat lain jua terdapat belacan, cuma inda senyaman dan setahan made in bintulu lah. Tapi yang penting apa yang di tampat lain ada, arah kitani pun adaaa..!! Dan satu yang tak terduga pasal web ani ialah liyat tah kamu, sejauh 'mata memandang' aizura pun tau betapa kampung kitani 'dakat di hatinya'. Kalau indada web ani mungkin aizura inda tau musim ani musim bubuk juntrah, jadi rindu tia kan mulih.!

      BalasPadam
    4. Kekadang saya merasa bangga jadi sebahagian dari orang kita.Dengan pantai yang memutih,masjid yamg indah,pokok nyiur yang tinggi,jeti yang panjang membelah laut.Kebanggaanku bertambah seandainya kampongku dilawati dan ditanyaie oleh orang luar atau pelancong.Dimana punang,apa ada disana.Ada tahaikah?Ada bubukkah?Musim tamban memang ada tahai dan musim bubuk memang ada belacan dan cencalok.Mengapa kita tidak membuat satu "bena"untuk memberitahu orang ramai bahawa musim bubuk bermula d punang agar berduyun-duyunlah orang datang kepunang.Maka macam-macamlah boleh di buat,mendirikan gerai,menjual cenderahati,menyewakan perahu untuk melihat pesta menangkap bubuk.
      HEBATKAN!Tapi setakat mana kehebatan itu berpanjangan dan berlarutan kerana tamban dan bubuk bermusim datangnya.Jadi bagaimana untuk mengisi ruang yang kosong yang ditinggalkan oleh bubuk dan tamban ini?Apa program atau aktiviti yang dapat memberi faedah kepada penduduk dan pelancong?Melihat pimping ungat-ungat,belukang makan tahi,kulimpapat kalip-kalip.mengurit,mengunauw?Main gasing,kikik,kuit?Mengapa tidak kita aktfkan agar dilawati pelancong?Kita buat penjadualan.
      Alangkah indah dan hebatnya dan rasa kesyukuran itu,seandainya si kassim oku kena sewa botnya rm 300 sehari untuk pelawat melihat belukang makan tahi.Kikik si Tamam dibeli rm75.00 sebuting?Gurit si Joss disewa rm60.00 sejam.Bila agaknya mereka-mereka ini akan merasai membelanjakan duit pelancong?Bila agak kelas tuisyen untuk mengajar bahasa inggeris atau bahasa pelancong untuk penduduk kpg dapat direalisasikan?Bila ya?ENTAHLAH??

      BalasPadam
    5. Tanpa Nama1/2/09 1:10 PTG

      Saya amat tertarik dengan komen dan rintihan Tanpa Nama@Januari 28. Nampaknya beliau telah nampak apa yang dikatakan mengenai 'promosi Kampung Punang'

      Salam Nazir

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Musim Landas Bubok merana Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top