Terkini
  • Terkini

    Ahad, 11 Januari 2009

    PELAJAR CEMERLANG DALAM PMR

    Mordiana binti Ahmad adalah anak kedua daripada lima adik beradik. Ayahndanya, Ahmad Kahar adalah seorang pesara setelah 30 tahun bekerja sebagai Drebar Bot Kastam. Dengan pencapaian 6A dalam UPSR di SK Agama Lawas, Mordiana telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran di SBPI, Gombak tajaan Yayasan Sarawak.

    Oleh kerana kerinduan yang mendalam terhadap keluarga, beliau balik dan berpindah ke SMK Agama Limbang pada semester 2, 2007. Pembelajaran Mordiana sedikit pun tidak tergugat walaupun telah berpindah sekolah, malah dia adalah antara pelajar terbaik dalam Tingkatan 3 dan akhirnya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR.

    Nursyazwani Binti Awang Marajeh adalah anak kedua daripada 4 orang adik beradik dan telah bersekolah bersama Mordiana di SK Agama, Lawas. Bapanya, Awang Marajeh atau dengan pangilan ‘Si Kaling’ bekerja sebagai Juruteknik di Syarikat SESCO Bhd. Dengan mendapat keputusan 1A, 4B dan 1C, dalam ujian UPSR, dia telah melanjutkan pelajaran di SMK Agama, Limbang.

    Berkat dorongan dari sepupu-sepunya dan usaha gigihnya dia telah muncul antara pelajar cemerlang dengan mendapat keputusan 8A, 1B dalam ujian PMR lepas

    Semua warga Punang merasa bangga dengan pencapaian adik-adik berdua. Semoga kejayaan mereka berdua berterusan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    3 KOMEN:

    1. Syabas saya ucapkan kpd kedua-dua pelajar terbabit.Semoga ada lagi anak2 kitani di Punang akan menyusul kejayaan spt mereka ini di tahun2 akan datang.(Minahsenget)

      BalasPadam
    2. bulih tahan jua anak si Kaling atu... baru ya anak Punang !!
      syabas tah ku ucapkan, moga maju jaya dan jadi insan cemerlang.

      --> salam utk saudara Marajeh..
      dan kirim salam jua sama si arsat sesco.

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama8/5/09 2:47 PTG

      syukur alhamdulilah..adeq wani and adeq mordiah mdpt keputusan kcemerlang dlm pmr 2008..kaka raby hope kamu dapat mningkat kn pretasi kamu gi..n plz jaga kesihatan!! if tak sihat,mcmana nak "UP" he3x..em..soe adeq wani,kaka raby dpt call ja tym 2 at plkn,kota belut..oke..bye2..slm semua warga smkalimbang..


      >>>Rbytawiyah.504@hotmail.com<<<

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PELAJAR CEMERLANG DALAM PMR Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top