Terkini
  • Terkini

    Selasa, 20 Januari 2009

    PESAN RASULULLAH SAW

    Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

    Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa ). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

    Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

    Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan, dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

    ..berpesan-pesan dengan kebenaran; berpesan-pesan dengan kesabaran.."
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PESAN RASULULLAH SAW Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top