Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 10 Januari 2009

    PUNANG @ ATMA

    Lawas, Khamis – Sepanjang tahun lalu, daerah Lawas mencatatkan peningkatan jumlah pelawat sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun 2007 dengan lebih satu juta pelawat di rekodkan dari Pos Imigresen Trusan iaitu pintu masuk dari Brunei dan Pos Imigresen Merapok untuk kemasukan dari Sabah.
    Statistik kemasukan :
    Dari Merapok : 500,439 (2008)Pelawat Sabah
    Dari Trusan : 554,925 (2008)Pelawat Brunei
    Jumlah : 1,055,364 (juta wa ckp lu)
    Daerah Lawas merupakan Destinasi PERSINGGAHAN UTAMA bagi pelawat asing yang datang dari Brunei dan Sabah.
    Lokasi kegemaran bila berada di Lawas ialah Tamu Besar, Kolam Air Panas Merarap di Be’kelalan, Kampung Nelayan Awat-Awat, dan Kampung Punang yang memproses Ikan Tahai.

    Fakta ini saya perolehi dari akbar UTUSAN SARAWAK dalam tajuk ‘Pelawat ke Lawas meningkat’ dalam segmen Berita Perdana yang bertarikh 09 January 2009(Jumaat).
    Adakah anda nampak apa benda yang ada dlm petikan berita itu? Mungkin yang anda nampak banyak pelawat , wah best lawas meriah, tapi yang saya nampak DUIT, mmg semua pembaca faham apa yang saya maksudkan, tapi tidak kah kita nampak apa yang boleh kita buat seperti matlamat kita dalam Punang.com ini?

    Seperti kita mempuyai perniagaan sendiri, kita mesti ada misi dan visi untuk maju dan Berjaya, dan kita mesti ada strategy untuk mencapai matlamat kita, bagi saya kita sudah mempunyai misi dan visi serta strategy kita sendiri bila ujud nya Punang.com ini, sebab perkara ini sudah di bentangkan oleh Hj (nazir), dan sudah di bincangkan walaupun bukan secara face to face, dan semua pembaca dan penulis bersetuju akan cadangan itu untuk kebaikan penduduk Punang dari segi perniagaan dan sebagainya,
    Di dalam keratan akbar Utusan Sarawak itu saya turut berasa bangga bila nama Kampung Punang antara banyak kampung di Lawas yg tersenarai, tapi rasa sedih sedikit bila membaca di sebabkan Ikan tahai yang membuat nama Punang di dalam akbar, kita pun tahu kekurangan perolehan para nelayan Punang kebelakangan ini, dan bayangkan suatu hari nanti ikan tahai tidak dapat di komersial lg? tak kan wartawan masih nak menulis nama Punang dalam berita mereka? Dan bila mereka sengaja menulis pun, pembaca mungkin percaya, tapi bila pembaca akbar mengetahui kebenaran nya yg Punang tidak mempunyai ikan tahai lagi, bagaimana?
    Persoalan nya disini:
    Tak kan kerana Ikan Tahai saja yang membuat nama Punang terpapar?
    Mana benda lain yang kita terlepas pandang?
    KITA MESTI PROMOSIKAN TERLEBIH DAHULU.
    1. River Cruise (2 jam) –
    • Dari Long Jetty, Sungai Sibaha, Mulam, Kuala Siang-Siang dan balik menyusur pantai.
    • Termasuk sightseeing Bangkatan, Ular bangkita Tidur Siang, Kayu Bakau, Fish feeding (sangkar)
    • Naik & bertiti di Rimba Bakau.
    2. River Cruise (1 Jam)
    • Dari Long Jetty, ke Sungai Sualai.
    • Termasuk sightseeing Bangkatan, Ular bangkita Tidur Siang, Kayu Bakau, Fish feeding (sangkar)
    • Naik & bertiti di Rimba Bakau.
    3. Night River Cruise (1 Jam)
    • Sepanjang Sungai Punang menyaksikan keindahan kulimpapat
    4. Bay Cruise
    • Long Jetty to Labik- Labik and Return
    5. Takat (Coral)
    • Termasuk Scuba-Diving

    Seperti matlamat kita tentang pelancungan dari segi ATMA yang bermaksud :
    A = Alam
    T = Tamadun
    MA = Manusia
    Dalam Perkataan ATMA mempunyai erti yang menyeluruh dan semua berkaitan dengan rancangan kita dalam Punang.com untuk menjadikan PUNANG GEMILANG TETAP GEMILANG
    Tak payah lah saya terangkan apa yang saya maksudkan, saya tahu semua pembaca dan pengikut Punang.com mengetahui matlamat ini.

    Menurut kaji selidik saya mengenai sikap kita, kebanyakan rancangan bila di bawa di meja rundingan, suara bersemangat untuk mencapai matlamat memang menarik, tapi bila dah malam berlalu selama tiga malam, semua benda yg di bincangkan hanya ada nada di bibir, kita mesti mempunyai satu pasukan yang boleh membimbing mencapai matlamat ini, kita mesti mulakan dari apa yang kita mampu buat, dari segi kelengkapan dan pasarana saya rasa kita sudah memiliki nya, Cuma kita menambah baik saja lagi, kita mesti ujudkan satu jawatan kuasa yang mempunyai unit khas bertindak menjayakan matlamat ini, dan kita mesti memulakan selagi belum terlambat. Saya percaya kita boleh buat dengan ada org seperti anda yang masih menyayangi Punang.


    So bila kita nak mulakan perancangan kita?
    Kita belum terlambat…Fikir-fikirkan lah..
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PUNANG @ ATMA Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top