Terkini
  • Terkini

    Selasa, 20 Januari 2009

    Rehat Minda

    Pentingnya faham

    Pada suatu ketika, terdapat seorang lelaki tersesat dari negerinya kesebuah negara lain yang dikenali sebagai ‘Negara Orang Bodoh’. Di sana dia terlihat sejumlah orang lari ketakutan dari ladang sayur kobis. "Ada mahluk aneh di ladang itu!" kata mereka kepadanya.

    Dia melihat serumpun nenas di tepi belukar berhampirang ladang kobis dan menawarkan diri untuk ‘membunuh’ mahluk aneh tersebut. Ketika dia memotong nenas tersebut dari tangkainya kemudian mengambil sepotong lalu memakannya, orang-orang di ‘Negara Bodoh" itu terkejut dan bertambah takut.

    Lebih dahsyat ketakutannya dari mula-mula pertama kali melihat nenas tadi. Mereka lantas melontarnya dengan batu dan berteriak, "Halau dia, kalau tidak nanti kita pulak akan dimakannya!!"

    Di waktu yang lain , seorang lelaki yang tersesat di negara yang sama dan hal ‘mahluk aneh’ di khabarkan padanya. Ketika dibawa mengintip nenas yang dikatakan ‘mahluk aneh’ itu, lelaki tersebut buat-buat terkejut dan lari mendahului penduduk kampung.

    Maka dia memperolehi kepercayaan dari orang-orang bodoh itu. Dia tinggal selama beberapa bulan di rumah mereka sambil mengajar sedikit demi sedikit kenyataan yang memungkinkan mereka bukan saja hilang rasa takut terhadap buah nenas bahkan diajar beberapa jenis masakan enak seperti pajeri nenas, jem nenas, kuih tart nenas, jeruk nenas dan pelabagai lagi perihal nenas.

    Maka, fikirlah sendiri..!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    7 KOMEN:

    1. MORAL DARI CERITA ITU?
      Mengapa kita masih disajikan dengan benda yang sarkastika ini?Mengapa masih dihidangkan perkara yang memberat minda dan kehidupan setelah kita dibebani dengan masalah kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikkan harga barang.Mengapa tidak buat artikal yang mudah di fahami kerana disekeliling kita ada isan yang kemampuan berfikir dan bertindak lemah.Lain padang lain belalang,lain orang lain pendekatan tapi presepsi sesorang takkan sama dengan penulis artikal 'orang bodoh'ini.Apa sebenarnya mesej yang anda sampaikan kepda audiens ini?Nenas?mana ada tanah mau tanam nenas d punang,sudah habis dimilikkronikan oleh insan-insan yang mementingkan diri.mau buat kilang nenas?,sedangkan kilang keropok lagi hidup segan mati tak mahu?Mau memerangi 'negeri orang bodoh',?orang punang tidak ada yang bodoh,yang pintar2 bodoh adalah.
      wahai guru motivasi,seandainya anda marah dengan komen ini bererti anda adalah insan yang terbaik dan hebat tapi seandainya anda tak peduli bererti anda seorang yang individualistik.sebenarnya masih banyak perkara lagi yang hendak saya komen tapi biarlah ini saja dulu. wasallam

      BalasPadam
    2. Tuuhh...Nyangku...pintar-pintar bodoh pulang tu...(Pukat Jarang)

      BalasPadam
    3. Si tanpa nama..kau tau apa tajuk cerita diatas atu.REHAT MINDA. FAHAM KAU.? atu tah namanya rehat minda. banyak artikel dalam blog ani yang serius dan benar, jadi sekali sekala kana sajikan cerita macam ani, terhibur jua. Daripada kau mengutuk urang yang tantu dapat dosa, baik tah kau cuba buat komen yang bernas, atau tambah sedikit yang kurang dalam cerita si hariz diatas atu. Tapi kenyataan nya kau ani memang inda faham cerita lawak atu. PENTING NYA FAHAM! Habis cerita ugama dalam blog ani adakah kau baca kali atau kau tinggal kan macam atu saja? PENTING NYA FAHAM!!
      Moral cerita atu sebanar nya adalah macammana kan mendapat kepercayaan dari orang atau satu2 kumpulan.ADAKAH DENGAN BERCAKAP DAN BERSIKAP JUJUR ATAU MENABUR DUIT? Kalau kau inda faham jua, kau inda layak jadi ketua! CONTOH PALING SENANG DI FAHAMI..antara cikgu dengan ustaz, cara mengajar saja berlainan tapi tujuan nya sama iaitu menyuruh murid2 yang diajar nya atu pandai dan FAHAM! faham kau???

      BalasPadam
    4. Salam, hebat komen dorang ani eh! aku inda menyukung siapa2, tapi ku sukung tiya si hariz pasal cerita nya atu cali bahhhh! mesej yang di sampaikan atu bagus..atu pun bagi yang dapat faham. Yang inda faham atau lambat faham, maka faham2kan lah. Dan inda salah bergurau, yang penting inda melanggar syari'at ALLAH SWT. Sedangkan dalam ISLAM ada cara bergurau@baibun. Dan cerita si hariz atu memang merehatkan minda jua. Tapi yang heran nya si tanpa nama (paling atas), makin barat tiya pulang utak nya. Kau lahir tahun BABI kali eh! tapi yang ku tau dalam astro channel Animal Planet, ada jua anak babi pandai 'bergurau'. kali anak babi atu kan rehat kan minda nya kali, dan inda mau memikirkan/membarat-barat kan utak nya kali sebab BAPA-MAMA nya babi. Jadi caranya membuang malu dan rehat kan minda, baibun tiya sama adi beradi nya. FAHAM jua ya(anak babi atu)!

      BalasPadam
    5. assallammualaiikum,komen saya yang pertama diatas mendapat tentang hebat dari pengomen-pengomen seterusnya.Terimakasih kerana kalian berjiwa pahlawan.terimakasih juga kerana anda marah yang amat sangat,itu bererti komen saya mendapat tempat di hati kalian.saya terima teguran dengan hati yang terbuka kerana saya mahu jadi insan yang terbaik dan terhebat.
      adakah perasaan marah anda menguasai minda normal anda?
      komen yang saya paparkan sebenarnya bukan mengutuk tapi lebih kepada mencari pendekatan terbaru dan terbaik untuk blogger supaya mereka menulis lebih kepada amalmahruf nahi mungkar.atau melayan komen yg dipaparkan dengan jawapan yang matang dan berfikiran yang terbuka.jangan cepat melenting atau marah sekiranya artikel anda mendapat komen yang tidak baik,kerana tidak semestinya kesukaan anda itu akan menjadi kebaikkan bagi orang.sebenarnya saya tidak mengutuk sesiapa,saya cuma bertanya dan memberi pandangan.kalau saya nak mengutuk,banyak web saya boleh masuk dan kutuk.jangan khuatir ini adalah KUTUKAN saya yang terakhir,takan adalagi hati dan jiwa marah kamu.wasallam

      BalasPadam
    6. Aku tetap sokong c pengomen tampa nama yg pertama, bukan maksud aku nda menyokong c hariz, tapi cuba korang semua fikir dgn secara rasional perkara yg di tulis c pengomen tampa nama pertama atu, tapi sikap yang nda ku suka c pengomen lain atu keterlaluan, sama macam org kitani lumba perahu, bila kalah macam-macam alasan, kana impit le, garisan nda lurus le...sebenarnya memang pun pasukan nda kuat dan nadada taktik, tapi bila menang riak, mcm kemenangan atu di pegang sampai tua, mun kitani masih dgn berfikiran dan di pengaruhi mcm bedukang makan tahi..tani org Punang inda akan maju..aku bukan kan menganu org kitani, kalau terasa..bermakna org yg terasa atu mcm bedukang..maaf.

      BalasPadam
    7. Salam,
      Memerhati - berfikir,
      Merenung - bertafakur,

      Tak semestinya awan yang cerah itu 'putih'.
      Tak semestinya langit yang mendung itu 'hitam'.
      Tak semestinya gerimis yang datang itu ada 'hujan'.
      Tak semestinya taufan yang datang itu ada 'ribut'
      Tak semestinya laut yang gelora itu ada 'badai'.
      Tak semestinya panas yang terik itu ada 'kemarau'

      'Mengutuk' biar ber'hemah'.
      Berfikir sebelum bertindak,
      Jangan berfikir selepas bertindak..
      Berfikir gunakan 'OTAK, jangan gunakan 'HATI'.

      Yang kurik itu kendi
      Yang merah itu saga
      Yang 'tak baik' datang dari kita-kita ini.
      Yang terbaik datang dari ALLAH SWT.

      Maka renung2kanlah..dan faham2i lah. Kerana segala yang TERSURAT, didalam nya ada yang TERSIRAT. Kerana 'terciptanya' sesuatu itu beriring dengan makna sekali, yang hanya orang- yang ARIF saja yang mengetahui nya. ORANG seperti kita boleh, TAPI kena gunakan OTAK, bukan HATI.Maka itu penting nya FAHAM.!

      Wasalam
      Penulis.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Rehat Minda Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top