Terkini
  • Terkini

    Isnin, 19 Januari 2009

    Uniknya Orang Tuan Kitani

    Bak kata pepatah , tiada yang tua maka tiadalah yang muda. Apa yang ingin saya ceritakan disini adalah secebis senario yang telah menjadi rutin kebiasaan orang tua-tua kitani di sekitar Lawas. Perkara ini amat menarik bagi saya dan elok untuk kita kongsikan bersama.

    Telah menjadi kebiasaan sejak sekian lama orang tua-tua kitani turun ke pekan Lawas pada pagi hari Jumaat. Lokasi pertemuan tidak rasmi mereka adalah di Pasar Sayur/ikan. Yang menarik nya mereka ini datang dari berbagai kampung sekitar Lawas. Amat jelas mereka ini sangat akrab antara satu sama lain tidak kira lah samada Kedayan atau pun Berunai. Hal ini dapat kita lihat dan dengar jika kita ada dikawasan sekitar, yang mana kedengaran dari cara mereka berjumpa, ’baibun’ dan seterusnya di teruskan dengan acara minum kopi di gerai atas Pasar tersebut.

    Rupanya pada pertemuan yang tidak rasmi dan tidak di janjikan pada setiap pagi Jumaat ini adalah flatform untuk mereka bertukar-tukar fikiran, bertanya khabar,bercerita hal ehwal semasa, dan mengeratkan Silatul rahim dikalangan mereka. Rata rata dikalangan mereka ini adalah warga emas. Mereka ini tidak celik IT, namun mereka ini bijak dalam mencari dan menyampai maklumat… dengan adanya pertemuan tidak rasmi mereka pada pagi hari Jumaat.

    Pada pandangan saya senario ini adalah senario sihat, dan akan berterusan dari satu genarasi ke satu genarasi. Bagi kitani yang sekali sekala bercuti ‘mulih’ ke Lawas jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu dan bertanya khabar para beliau kitani pada pagi Jumaat di kawasan Pasar Lawas. ”Apa abar nya liau ? “Apa abar nya aji ?” “Apa abar nya tangah ?” Tentu kita akan di sambut ramah oleh orang tua tua kitani ani…soalan lazim yang mereka tanya kan adalah “Anak siapa kedikauu ani wang ?””Pabila kauu datang?”
    Budi Bahasa Budaya Kitani…
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Uniknya Orang Tuan Kitani Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top