Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 30 Januari 2009

    YANG KALUT DI FIKIRAN


    YANG TERTIPU

    Kerana alat pendingin udara yang dipasang terlampau kuat, seorang doktor wanita yang bertugas di wad sakit jiwa tersebut menggigil kesejukan.Dia meniup-niup telapak tangannya dan mengusapkan kemuka untuk mengurangkan rasa sejuk. Seorang pesakit di wad berkenaan yang asyik memerhati semenjak tadi lantas bertanya tujuan dia berbuat begitu.

    "Untuk memanaskan tangan dan muka saya yang kesejukan,"jelas doktor wanita tersebut dengan mesra.

    "PENIPU !!.... Semua manusia penipu!!" Pekik si pesakit. "Mak aku cakap 'tiup' untuk hidupkan api di dapur, nenek aku cakap untuk padam pelita, abang aku cakap untuk bunyikan trompet, adik aku cakap untuk buang habuk dalam mata, jiran aku cakap untuk sejukkan air panas.....ini doktor cakap untuk panaskan tangan pulak. Tiup ni apa benda sebenarnya?!" Pekik si pesakit hingga ketengah malam.


    ...mana ada benda yang tidak mempunyai rahsia...!!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 KOMEN:

    1. Apa yang memisahkan kita?Adakah waktu,umur,ilmu atau iman?Mengapa kita masih bermimpi?Saban waktu kita sering dihidangkan dengan benda-benda yang khurafat dan syirik.Apakah iman kita terlalu nipis,ilmu kita terlalu cetek,umur kita terlalu pendek atau waktu tidak mengizinkan kita untuk bermuhasabah diri kerana kita terlalu sibok dengan benda-benda yang melalaikan.
      Wahai insan, mengapa masih bercerita tentang hari semalam dan memori silam?Kita mau mencipta sejarah untuk menjadikan hari-hari seterusnya yang terbaik dan terhebat.
      Wahai insan,biarlah saya bercerita tentang hidup dan kehidupan ini kerana ada sebahagian dari kita seringkali melupakan kematian.

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama1/2/09 1:27 PTG

      wow!!! hebat jua kau atu ah..bagusbagus..hidup ini penuh misteri dan tekateki..maka biarkan lah berlalu kata WINGS..apo nak di kato BLUES GANG..jadi jak yang terindah hanya sementara...

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama1/2/09 3:32 PTG

      "Selamat bercuti dihujung minggu".
      Dalam artikel "Pencinta kuda" tiada ruang untuk para blogger untuk membuat komen,kenapa ya?Jadi saya pergunakan ruang yang tak sepatutnya ini untuk mendamparkan sedikit kemusyikilan hati.Antara kuda dan tuannya,sesungguhnya darjat antara keduanya teramatlah berbeza.Manusia adalah sebaik-baik mahluk yang diciptakan dan kuda adalah binatang yang mana Tuhan menciptakan adalah untuk berabadi kepada manusia.Cinta yang dicurahankan oleh manusia kepada binatang memang tidak difahami oleh sang kuda.Mana mungkin sang kuda tahu dia disayangi?
      Moralnya ialah si penulis itu tidak tahu apa itu cinta?

      BalasPadam
    4. Kepada Pengomen Tanpa Nama di atas..Hehhehe..cerita Pencinta Kuda cuma dlm kategori SANTAI...LOL!!!Apa yg nak di ulas panjang sgt..Nak bicara tentang CINTA?? Carilah seorang Guru yg Mursyid dulu,baru faham apa yg di maksudkan Cinta Hakiki..baru faham apa yg maksudkan Penulis dgn(Maka itu, carilah cinta sejati pada malam-malam akhir yang masih tidak banyak berbaki ini.)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: YANG KALUT DI FIKIRAN Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top