Terkini
  • Terkini

    Khamis, 8 Januari 2009

    YANG TERSIRAT 1

    Seekor tikus tanah yang merantau sejak sekian lama, telah kembali kekampung halamannya. Dia disambut dan dimuliakan oleh masyarakat tikus tanah apabila mendakwa boleh melihat tiap sesuatu dengan jelas.

    Maka berduyun-duyunlah tikus mengunjunginya saban hari untuk bertanyakan soalan dan kemusykilan atau mempelajari sesuatu darinya.

    "Kapas sebenarnya berwarna hijau, beras berwarna hitam dan diri kita ini jika kamu boleh melihat dengan jelas sebenarnya berwarna biru." Katanya pada suatu hari dengan bersungguh-sungguh membuat setiap yang mendengar ternganga takjub.

    Sedang rancak bercerita, dia dihampiri oleh seekor tikus tua memaklumi hakikat bahawa setiap tikus tanah tidak mempunyai penglihatan yang sempurna kerana habitatnya tinggal di lubang-lubang gelap bawah tanah.Tikus yang tua itu meletakkan seketul belacan dihadapannya dan bertanya,"apa ini?"

    Kerana menyangka tikus tua itu sama sahaja seperti tikus-tikus yang lain maka dengan pantas tikus muda itu menjwab,"batu""Anakku. Kau bukan sahaja buta...."kata tikus tua itu, "....malah telah kehilangan deria bau."
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    6 KOMEN:

    1. Tikus tua sepatutnya tidak perlu bertanya kpd tikus muda.Kerana niat tikus tua itu tidak ikhlas.Sepatutnya sebagai yg tua dia perlu menerangkan @ mendidik dgn jelas dan terus terang kpd tikus2 yg lain.Yang tersirat perlu 'mulia'.(Yang Tersurat)

      BalasPadam
    2. yang sabanarnya tidak semua tikus tanah itu ada masalah penglihatan.Cuma sudah menjadi tabiat tikus tanah merendah diri.Malah ada dikalangan tikus tanah itu hebat sabanarnya...Kenal diri sekenal-kenalnya hingga kenal akan Tuhan nya.Tikus tua dan tikus muda mungkin hanya tinggi ilmu dunia nya!Lumrah ilmu dunia,tuding menuding,sirat menyirat dan siat menyiat.Sedarlah tikus!

      BalasPadam
    3. Wahai tikus tua,lubang galap bawah tanah adalah tampat yg sesuai utk zikrullah.Masyarakat tikus tanah rukun damai,sayang menyayang dan hormat menghormati.

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama9/1/09 7:30 PTG

      Salam Saudara Hariz,syabas kerana menyumbang kepada laman ini. Apa yang kita inginkan dan kongsikan dalam laman yang baru berusia jagung ini adalah artikel-artikel yang berbentuk motivasi,pemaju minda,pengajaran, kenangan-kenangan mencuit hati serta perkhabaran terkini tentang kampung halaman bagi mereka-mereka yang berada di perantauan yang tegar dengan jati diri terhadap tempat tumpah darah sendiri dan bukannya artikel yang
      boleh menghentam sesama sendiri.Fikir-fikirlah sendiri.(Cili padi)

      BalasPadam
    5. Kalau anda ingi tahu kesimpulan cerita ini:
      CERMIN LAH DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

      BalasPadam
    6. tulisan saudara hariz langsung tidak menampakkan qualiti dari segi isi.Jgn bazirkan ruang utk blog spt ini.(PDLws)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: YANG TERSIRAT 1 Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top