Terkini
  • Terkini

    Ahad, 11 Januari 2009

    YANG TERSIRAT 2 !!!

    KEKELIRUAN
    Seekor serigala yang sudah jemu dengan cara hidupnya yang ganas dan buas telah membawa bangkai seekor rusa hasil buruannya sendiri untuk dimakan bersama sekumpulan anjing.
    Tujuannya ialah supaya dapat memperbaiki sikapnya dengan mempelajari sesuatu dari anjing-anjing tersebut.

    Maka serigala tersebut disambut dan dimuliakan dalam kumpulan anjing. Makanlah mereka akan bangkai itu bersama-sama bagaikan satu keluarga. Sehinggalah pada satu ketika apabila bangkai tersebut tinggal sedikit, hanya tinggal beberapa kerat tulang pada musim kemarau, keluarga anjing mula bergaduh sesama sendiri hinggakan pada suatu ketika merampas keseluruhan sisa-sisa yang tinggal.

    Apabila Sang Serigala cuba menyatakan bahawa tulang tersebut adalah sisa dari hasil perburuannya, pantas anjing menjawap, "Ini semua hak Allah, tiada siapa boleh mengaku ini miliknya." Maka kembalilah serigala tersebut kedalam hutan dan berburu seperti biasa.

    Apabila ditanya masalah ini kepada seorang Syeikh, dia menjawap, "Serigala akan tetap menjadi serigala kerana dilahirkan sebagai serigala. Kebuasan dan keganasannya adalah kemuliaan apabila ia memburu sendiri makanannya. Manakala anjing akan tetap dengan kekeliruannya sehingga jika pencuri sekalipun yang melempar tulang, dia akan diam."

    Maka fikir-fikirkan lah!!!
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Hariz,memprovok atau menyindir adalah tidak sesuai utk blog kampung spt ini.Ingatlah ketika kita meluruskan jari telunjuk jgn lupa ada empat jari lagi menuding diri sendiri.(PDLws)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: YANG TERSIRAT 2 !!! Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top