Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 27 Februari 2009

    Arwah Mohd Yusuf Jamal

    ALLAHYARHAM MOHD YUSUF BIN JAMAL


    Pusara Allahyarham Mohamad Yusuf Jamal.
    ( Gambar ini diambil pada 5 April 2009 iaitu 37 hari selepas dikebumikan)

    Innalillah wainnalillahi rajiuun. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah.

    Dalam kita bersedih atas pemergian saudara Mohd Yusuf, kita juga berbangga kerana allahyarham kembali kerahmatullah dengan cara yang terhormat, suci dan senang sekali. Allahyarham bukan sahaja pergi pada hari Jumaat tetapi beliau rebah semasa beriktikaf di Masjid sementara menunggu solat jumaat. Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas yang terakhir semasa azan solat Jumaat sedang berkumandang.

    Kita juga cemburu cara allahyarham pergi. Tidak menggangu malah hormat dengan kawan-kawan dan semasa saya menetap wajah Allahyarham di Hospital Umum Sarawak, wajah allahyarham begitu tenang dan manis sekali.

    Mengikut kawan-kawan, sejak dua hari kebelakangan, Allahyarham sering bersendirian tetapi senario begitu tidak menghairankan rakan-rakan sekuliah atau rakan serumah kerana Allahyarham memang seorang pendiam.

    Allahyarham, Mohamad Yusuf Jamal lahir pada tahun 1989 dan memulakan persekolah di SRK Kampung Punang. Kerana cemerlang dalam pelajaran, Allahyarhan terpilih ke sekolah Agama Limbang hingga tingkatan 5. Kerana mempunyai cita-cita yang murni, Allahyarham menyambung pelajaran ke Sekolah Politeknik Kuching dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan dalam semester akhir.

    Pada enam bulan terakhir 2008, Allahyarham telah menjalani kursus amali dengan SESCo Lawas dan sepatutnya tamat pelajaran pada May 2009.

    Jenazah Allahyarham dijangka diterbangkan pada pukul 9.00 pagi @28 Februari 2008 melalui Kota Kinabalu dan dijangka sampai Kampung Punang sekitar 3.00 petang hari yang sama.

    Untuk pengetahuan, semua urusan dan ongkos ditanggung oleh kerajaan kerana Allahyarham adalah pelajar di bawah jagaan kerajaan.Penghantaran jenazah juga ditemani oleh pihak Politeknik.


    AHLI KELUARGA DAN SEMUA PENDUDUK KAMPUNG PUNANG MENGUCAPKAN
    TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK-PIHAK YANG MENGHULURKAN SUMBANGAN SERTA TERLIBAT DALAM MENGURUSKAN JENAZAH ALLAHYARHAM MOHAMAD YUSRI JAMAL TERUTAMA
    SEKALI
    :
    DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH ALI HASSAN
    LEMBAGA AMANAH KHAIRAT ISLAM LAWAS
    PEGAWAI & KAKITANGAN POLITEKNIK MATANG
    PIHAK POLIS GITA, PETRA JAYA
    KLINIK DESA TELAGA AIR KUCHING
    HOSPITAL UMUM SARAWAK
    PIHAK LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN NEGERI SARAWAK
    KAWAN SERUMAH SERTA SEKULIAH
    SAUDARA ARIS HAJI NARUDIN
    SAUDARA ABDUL RANI DATUK AWANG DAUD
    SAUDARA MOHAMAD LOKMAN MUSTAFFA



    Laporan: Nazir@Kuching

    Gambar ini kurang memuaskan kerana dirakamkan melalui kamera talipon bimbit.

    Menyambut ketibaan jenazah di Hospital Umum Sarawak

    Saudara Mohamad Lokman, Abdul Rani, Awang Aris dan wakil dari Politeknik di perkarangan Rumah Mayat.

    Diantara rakan sekuliah dan sebilik yang kelihatan bersedih

    Van Politeknik yang membawa jenazah dari Klinik Telaga Air. Awang Aris (baju Putih) kelihatan berada di belakang van ini.

    KLIK UNTUK MELIHAT GAMBAR
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. Salam..
      Saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
      Semoga roh nya di cucuri rahmat..
      Al-fatihah..

      BalasPadam
    2. Salam Saudara Jamal serta keluarga,
      Takziah dari kami sekeluarga..Semoga Roh beliau ditempatkan bersama sama org org yg soleh..amin.

      BalasPadam
    3. Assallammualaiikum,
      Inalillahi wainalillahi rajiun,

      Saya merasa sedih kerana kehilangan seorang insan dan warga Punang yang semasa hayatnya bercita-cita untuk melihat generasi akan datang mengikuti jejaklangkahnya supaya keluar dari kepompong buta pendidikan dan kemahiran untuk mengubah budaya dan ekonomi keluarga.
      Walaupun ayah dan ibu cuma nelayan tradisional dan persisir tapi itu tidak menghalang beliau untuk bercita-cita besar.Difahamkan beliau akan melanjutkan pelajaran ke universiti.
      Kita panjatkan kesyukuran dan kerahmatan Allah jua kerana beliau akan menghadap Tuhannya dengan senyuman.Semoga beliau ditempatkan bersama roh anbiya.
      Memang itulah putaran kehidupan yang dijanjikan,seketika kita diatas dan sesaat kita dibawah.Apakah kita terus-terusan alpa dan masih melupakan akan kematian?Memang hidup dan kehidupan ini indah dan teramat mengasyikan seandai impian yang didambakan tercapai.Harus di ingat harta yang banyak takakan membawa kita kebahagiaan dunia dan akhirat.
      Beringat-ingatlah kita dan berjimatlak sebelum kehabisan.

      Takziah untuk keluarga beliau.
      airmata yang mengalir ini takan mengembalikan beliau ke alam maya ini.Ya Allah Ya Tuhanku berilah aku kekuatan dan keimanan yang tinggi dalam menghadapi lipatterajang kehidupan ini.Amin....


      pawas

      BalasPadam
    4. Bismillahirahmannirahim.

      al-fatihah..!


      Semoga ALLAH SWT menempatkan rohnya bersama orang-orang yang solih..amin.

      HARIZ.

      BalasPadam
    5. Kita bangga Allahyarham meninggalkan kita semasa berjuang. Berjuang menuntut ilmu untuk menaiktaraf ekonomi keluarga.

      Allahyarham meninggalkan kita semasa Allahyarham beriktikaf sementara menunggu solat Jumaat. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir serentak dengan azan Jumaat.

      Pemergian Allahyarham begitu senang sekali. Tidak menyusahkan orang lain, jauh sekali keluarganya. Pengendelian jenazah juga begitu mudah sekali.

      Dan Allahyarham tersenyum tatkali keluarga bersedih.

      Sungguh beruntung Allahyarham.

      Adakah kita akan beruntung seperti Allahyarham. Pastinya sebahagian kita belum sampai ketaraf ini.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Arwah Mohd Yusuf Jamal Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top