Terkini
  • Terkini

    Rabu, 11 Februari 2009

    Nostalgia dan relevannya Tahun 1963 kepada Punang

    Bila jeraya (jalan raya) Lawas-Punang siap, aku tidak pasti. Kitani boleh semak dengan Pejabat Daerah atau JKR jika berminat sebagai bahan sejarah Kampung Punang. Tetapi pada rujukan lisan, ada orang tua-tua mengatakan, jeraya itu siap tidak lama selepas pemberontakan di Limbang. Ini bererti jeraya ini ‘tambus’ ke Punang pada tahun 1963 kerana Pemberontakan Limbang berlaku pada Disember 1962.

    Jika sejarah Kampung Punang di bahagi kepada dua iaitu sebelum dan selepas Pemberontakan maka ianya sangat relevan kerana banyak perkara penting berlaku pada 1963.

    Pada Januari 1963, Bahagian ke lima termasuk Lawas mengalami Banjir Besar selama sepuluh hari. Pada keseluruhannya seramai 25,000 penduduk negeri ini kehilangan tempat tinggal. Pada bulan Julai, Sarawak mempunyai Ketua Menteri yang pertama sebelum tertubuhnya negara Malaysia dua bulan kemudian. Ketua Menteri pertama, Stephen Kalong Ningkan adalah diantara orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan MALAYSIA bersama kemasukan Sabah, Malaya dan Singapura. Sekaligus dengan tertubuhnya Malaysia, Sarawak juga melantik Gabnor yang pertama iaitu Tun Abang Haji Openg.

    Jika rentetan saya ini tepat, maka pembinaan jeraya Lawas-Punang bukanlah projek kerajaan Malaysia kerana negara Malaysia tertubuh sama dengan siapnya jeraya tersebut.

    Untuk memanjangkan sejarah, saya juga ingin menarik perhatian bahwa Pusat Orang-Orang Buta dibuka di Kuching pada Ogos 1963. Relevannya, orang kampung kitani, arwah Karim Husin pernah bermastautin di sana pada tahun akhir 70an. Arwah dikata paling rajin dan disenangi oleh masyarakat dan pentadbiran institusi ini.

    Jika disuruh komen tentang peristiwa tahun 1963 ramai orang-orang tua mengatakan yang keadaan ‘dunia’ pada masa itu tidak menantu dan sedikit kucar-kacir. Apa tidaknya, suasana pemberontakan membabitkan negara jiran yang tumpah ke Limbang dan Banjir Besar pada awal tahun. Dari segi politik, penubuhan Malaysia belum dapat menampakkan hasil dan kebaikan.

    Pemberontakan di Limbang pada Disember 1962 sangat besar impaknya kepada saikologi orang kitani kerana serangan Jepun pada tahun 1941 juga berlaku pada bulan Disember. Jarak 20 tahun antara 2 kacau bilau ini tidak lah begitu lama
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    11 KOMEN:

    1. Ah? 1963?
      Malaysia Merdeka 1975..
      Tapi siuk ku membaca artikel macam ani..
      Sejarah bah...
      Aku baru jua tau ne..cerita Hj ani.
      Terbit kan lagi untuk di baca oleh anak-anak baru kitani, sebab bila ia dah terpapar di Punang.com ani, ia nda kan hilang lagi, generasi akan datang senang dapat maklumat ani. Mana tau suatu hari ada orang kitani ini membukukan sejarah tampat kitani, dan boleh di jual pada pelancung yg datang ke Punang.
      Ok kah pandangan aku tu HJ?

      BalasPadam
    2. Salam..maaf para penbaca sekelian..aku salah taip lagi..
      Pembetulan: Malaysia Merdeka 1957.
      1975 aku lahir...

      *Adakah sapa-sapa tau sejarah asal nama Punang?

      BalasPadam
    3. Saya merasa bangga dan teruja kerana "Kampungku" tertera dalam dunia maya.Betapa dunia tanpa sempadan itu benar-benar membuat kita semakin kecil dan terdedah.Terdedah kepada sistem dan prinsip kehidupan yang longgar.Misalnya terdapat dalam internet skim cepat kaya yang membuat kita merana.
      Apakah dapat kita banggakan dari "kampongku"?
      Berapa peratus saja orang Punang dapat melayarinya.
      Kenapa kita tidak cari sesuatu kaedah yang terbaik agar segala artikel mengenai Punang dapat dibaca dan dikongsi maklumat orang Punang.
      Macamana kalau kita terbitkan buku,majalah atau .........?

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama14/2/09 7:45 PG

      Ambuyat atu memang inda tau sejarah. 1957 MALAYA merdeka dari British (Merdeka, Merdeka, Merdeka)Sarawak, Sabah dan Singapura balum masuk lagi. Tapi 1963 baru tah kitani masuk dan lahir nama MALAYSIA. Tikus nganya inda tau sejarah sendiri. Sama jua si haris atu

      BalasPadam
    5. Salam..
      Ya lah ku bagitau kamu, aku ani nda minat sejarah masa sekolah dulu, aku jurusan sains...
      Tapi masa ani aku banyak mengkaji Sejarah Baitulmuqadis (Sejarah Islam) banyak dah buku ku beli berkaitan..
      Mmg ku nda tau benda atu, tapi pengomen tampa nama ani inda matang, adakah tikus pun tau sejarah..ha..ha..mmg tikus tau sejarah org sombong/talur mcm kau.
      Tujuan kita berkongsi maklumat, bukan untuk membuli org.
      Maaf ye kalau silap cakap.
      *Aku mmg tau sejarah atu, saja utk mencuba segelintir masyarakat kita yg masih dgn sikap ego. 'bila kalah mcm2 alasannya, mcm lah ia atu pandai..
      *cili kan pedas.

      BalasPadam
    6. Assallammualaiikum......

      Ada ketika kesedihan membuat kita menyendiri dan meratapi bait-bait kekecewaan.Kekecewaan juga mengajak kita berfikir dan melihat diri.Kenapa aku,mengapa aku,siapa aku dan apa aku.
      Kegembiraan itu seringkali kita alpa dan lupa diri.
      Lama sudah saya tidak menekan keyboard untuk memapar ilmu yang ada didada.Sering kali saya membuka laman ini,ruang untuk ulasan tidak ada,terutamanya artikel "Mukah lawat Punang".Mengapa dan kenapa ya?
      Difahamkan ruang ulasan untuk artikel informasi ditiadakan,saya sebenarnya tidak setuju dengan sistem ini.Kenapa kita harus menyempitkan lagi minda fikir kita?Mengapa harus disekat perkembangan bakat dalam penulisan dan komen?Sampai bila kita akan berdaya maju dan berdaya hebat seandainya masih ada sekatan?Sampai bila kita akan dapat merubah dunia selagi virus yang merosak kita tidak dihapuskan?
      Apakah kita tidak ada cara atau formula supaya pengulas-pengulas lebih beretika dan bertanggongjawap.
      Wahai anda yang mencipta Punang.com,kalau kita menyekat bererti kita masih mengamalkan budaya kuno.Budaya menyekat,tidak demokratik.
      Seandainya ada sebahagian dari anda marah saya tak akan minta maaf kerana saya memperjuangkan yang hak dan kebebasan untuk membebasakan diri,minda dan kehidupan yang dikongkong oleh budaya salah.

      Untuk menjadi yang terbaik kita harus berkorban.

      BalasPadam
    7. Asalamualaikum Tanpa Nama @Jumaat, Mac06,2009.

      Terima kasih saya ucapkan kerana memberi pendapat yang bernas tentang ‘ruang ulasan’. Saya telah mempertimbangkan tentang perkara di atas dan saya dapati jika ianya berterusan BEBAS, ianya
      (1) lebih menyempitkan daripada membuka minda
      (2)lebih mencambahkan kearah keburukan daripada mengembangkan bakat dan
      (3) lebih membawa ketakuk lama daripada maju kehadapan.

      Contohnya, saya ambil komen yang terakhir yang berbunyi “Sakai jua org Mu…. Atu! Komen NEGATIF begini bukan saya mengundang dosa tetapi diantara ciri yang MEMBAWA kepada kemundurun dan menutup minda pembaca. (Sila baca “The Seven Habits of Highly Effective People). Jika beginilah jenis penulis kita maka bukan hanya kita tidak berdaya maju tetapi lebih mengembang kearah berpaling kebelakang.

      Saya tidak takut kepada kritikan, tetapi kurang selesa kepada kutukan sesama sendiri lebih-lebih lagi kutukan yang tanpa asas dan main-main. Saya tidak heran jika cara kita merobah dunia kearah ibadah bukan cara menghetam orang lain hingga rebah.

      Tujuan laman ini adalah murni walaupun ada sedikit santai. Dalam kami merobah minda bukan jalan negatif yang kami cari. Apa gunanya punya laman yang kesannya jauh dari objektif sebenar.

      Saya dapati juga Ambuyat banyak mengundang guruan dan aroma yang kurang serious yang mungkin menjejaskan nilai laman ini. Kalau berterusan, ambuyat mungkin akan di rehatkan dari menulis untuk meredakan suasana.

      Dengan ini saya bukan ruang ULASAN ini dan saya harap saudara akan teruskan membaca dan mengkritik kerana saudara punya idea yang bernas.

      Salam hormat

      BalasPadam
    8. pembetulan:
      yang merdeka tahun 1957 atu Tanah Melayu..
      macamana malaysia kan merdeka tahun 1957 sedangkan ia hanya terbentuk pada tahun 1963 apabila tanah melayu, sabah dan sarawak bersetuju membentuk malaysia?


      jadi; malaysia terbentuk pada 16 september 1963, dan yang merdeka pada 1957 atu tanah melayu.

      BalasPadam
    9. Salam Saudara,

      Malaya merdeka pada 1957. Dan Sarawak, Sabah & Spura JOIN Malaya pada 1963 dan sekaligus nama Malaya ditukar menjadi MALAYSIA. Jangan macam segelintir org, isu meraikan hari merdekapun jadi isu sebesar dunia. Tidak payah gaduh pasal Merdekalah. Remeh sangat. Yang penting kita MERDEKALAN MINDA kita dari dipengeruhi orang lain terutama sekali fitnah dari org yg anti-establishment.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Nostalgia dan relevannya Tahun 1963 kepada Punang Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top