Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Februari 2009

    Keluarga Liaw Soon Ping

    Kedatangan Keluarga Soon Ping ke Punang bukanlah dirancang apatah lagi mereka menatap di daerah Muara Brunei yang jauh lebih selesa dari kehidupan di kampung yang segalanya daif.

    Mereka mengembara disebabkan demi untuk keselamatan keluarga lebih-lebih lagi untuk menyelamatkan mu-qin (mu-cin) mereka. Soldadu Jepun telah diberitakan sebagai ganas dan sentiasa mencari dara sunti sebagai hamba seks mereka. Untuk menyelamatkan emak bisSoon Ping yang pada ketika itu masih anak dara dari kebuasan soldadu Jepun, nenek-nenek mereka telah mengambil tindakan yang nekad.

    Sebaik Pearl Harbour berjaya dibom oleh Jepun pada 7 Disember 1941, nenek mereka tidak berfikir dua kali dan terus meninggalkan Muara Brunei dalam keheningan malam dengan harapan untuk sampai ke perkampungan yang lebih selamat. Selama 3 hari mereka menyusuri pantai dan rimba bakau sambil dipukul ombak, akhirnya mereka sampai ke kampung yang aman damai lagi cantik.

    Walaupun mereka nampak asing dan berlainan bangsa, masyarakat Punang menyambut mereka sebagai orang kampung sendiri. Mereka dilayan dengan tertib dan ramah, lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan basah kuyup dan keletihan.

    Kehadiran mereka ini juga menandakan masyarakat cina mulai bertapak di Kampung Punang pada tahun 1941 dan walaupun Jepun talah menyerah kalah empat tahun kemudian, mereka tidak mahu kembali ke Brunei kerana telah serasi dan selesa dangan masyarakat Melayu Kampung Punang. Walaupun pada mulanya mereka hanya datang untuk ‘bertapok’ sementara waktu.

    Pada ketika ini adik Soon Ping, Datu Liaw Soon Eng adalah pegawai kerajaan yang tertinggi dari kaum cina di Sarawak. Beliau dianugerahkan gelaran “Datu” pada tahun 2008.

    Sebagai rakan sekampung kitani merasa bangga atas kejayaan beliau. (Ka Bing, adik kepada Saban tidak kena mengena dgn cerita kedatangan kaum cina ke kampung ini)

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    12 KOMEN:

    1. Setelah kita memberi peluang dan ruang untuk mereka bertapak di kpg Punang,apa yang kita dapat?Apa sumbangan yang mereka berikan pada kemajuan kampong?Orang kita memang bangsa baik,lembut,berbudibahasa.
      Mengapa kita terlalu BAIK kepada imigran?Setelah mereka berjaya dalam kehidupan,apa mereka tinggalkan untuk kpg?
      Saya tidak bersetuju keluarga INI DIHIGHLIGHTKAN!
      Mengapa tidak selongkar kejayaan bangsa atau sebahagian dari keluarga melayu kita?Seperti keluarga Awang Damit,keluarga Hj Timbang dan mungkin ada lagi....?
      Dalam keadaan apasekalipun kita harus menghargai dan menghormati dirikita,keluarga kita kaum/bangsakita.Kekadang bangsa lain itu sering mengambil kesempatan diatas kekurangaqn dan kebaikkan kita.
      HIDUP MELAYU,MAJU BANGSAKU.

      Pengomel;Pirate of the river

      BalasPadam
    2. Saya setuju dengan pengomel diatas,apa yang kita dapat?Adakah sehingga kini kita masih menyalahkan diri kita tentang ketidakcekapan merebut peluang dihadapan?Ini negara kita,tempat nenekmoyang kita.Kenapa kita harus akur kepda ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara?Kenapa kaum minoriti ini sering diutamakan dalam sektor pembinaan,perladangan dan sebagainya.Apakah kita sebagai pewaris bumi Malaysia ini tidak mampu?
      sebenarnya kita mampu tapi oleh kerana ada birokrasi jadi kita sering dilihat lemah!
      Saya tidak menyalahkan anda tapi kenapa tidak ada satu formula pun yang ditemui agar bangsa melayu itu dapat menguasai ekonomi dan tercapailah DEB.
      Atau sistem politik kita tidak betul?

      pawas

      BalasPadam
    3. mana saja !! soon ping...sonping lah !!! cerita si boon nai nada kah ??

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama15/2/09 1:17 PG

      Salam, bukan nya birokrasi, kita sendiri yang tak nak membangunkan kaum dan bangsa kita. Semua nya nak disuap saja. Bukalah minda, bukalah hati, jangan dok nak salahkan orang, muhasabah diri, fikir-fikirlah demi kemajuan bangsa kita.

      BalasPadam
    5. Salam, si tanpa nama -- Setelah membaca komen mu dua tiga kali ani, tautah ku yang kau ani masih berfikiran semangat nasiolisme{semangat kebangsaan-macam UMNO jua). Apa yang kutahu, web ani di buat untuk mempromosi PUNANG sambil sambil atu ada jua berkongsi ilmu apa saja yang baik. Tapi 'kadikau ani tanpa nama' meluahkan 'rasamu'politikmu(DEB) atu.Udah atu membangkitkan pasal bangsa china soon ping atu.Apa yang di tulis PGBAS atu adalah sejarah lama daulu.bukan makna nya pgbas atu melupakan bangsa sendiri, tapi satu-satu lah sejarah atu akan di bongkar.(nantikan sejarah urang kitani). Yang kau ani tarus menuduh 'mengagungkan bangsa china'. Kan komen mu atu menjurus kepada politik perkauman.KALAU mau bicara soal POLITIK, 'INI BUKAN RUANGNYA'(meminjam kata2 Anwar Ibrahim dalam DEBAT.. Kalau kau 'sedar'; tinggal kan politik perkauman atu.Bangsa lain maju bukan sebab diorang atu menekan bangsa melayu, tapi melayu ani yang inda banyak berusaha kearah atu.'apa nya cakap yang selalu kudangar ialah'syukur tah tu, jangan tah luan tamak ani'bukan kan dibawa mati'. Seaba kata ani lah kitani jadi mundur..karang nyambung lagi(nambah)..

      BalasPadam
    6. Salam semua,

      Ulasan dan komen Pengomel dan Pawas ada asasnya. Saya setuju mengapa tidak diberi ruang untuk tokoh tokoh orang kita seperti Penghulu. Ingin saya nyatakan bahwa ini adalah catatan sejarah seperti yang hariz katakan, bukan menyanjung sesuatu kaum dan membelakangi kaum sendiri. Jauh sekali ada motif yang tersendiri. Saya berbangga kerana setiap tulisan saya mengundang contraversi dan kritikan. Ini menunjukan artikel itu bukan saja ada nilai bacaan dan diskusi malah penuh retorik dan isu kontra.

      Saya ingin membetulkan sedikit pandangan mengapa kaum lain yang maju dari kaum kitani.
      1. Kaum lain tidak pernah melarang kitani daripada maju dan berjaya dan mereka tidak pernah merampas tanah dan harta kitani. Yang dalang kepada kemajuan kitani ialah SIKAP KITANI sendiri. Mengapa harus kita sesali mereka hanya kerana mereka kaya atas titik peluh sendiri.

      2. Pada tahun selepas Perang Jepun, kedudukan ekonomi Orang kitani dan Orang cina adalah sama rata dan seimbang. Mengapa selepas 50 tahun orang kitani masih menderita sedangkan anak anak kaum lain sudah berada di Amerika, Kanada dan Australia. Mereka tidak menghalang kitani belajar di Amerika atau Australia.

      3. Soalnya, tatkala kaum lain sibuk memajukan ekonomi masing-masing, orang Melayu lebih suka mengintai dan menceritakan perihal dan perilaku orang lain. Banyak masa, tenaga dan fokus ditumpukan mencari dan menceritakan kelemahan orang lain. Tatkala kaum lain sudah melangkah jauh, kitani masih berfikiran ditakuk lama, menuding jari dan dengki mendengki.

      4. Saya teringat firman Allah dalam AlQuran surah al-Ra’adu 11: Allah s.w.t. hanya akan merobah nasib sesuatu kaum sekiranya kaum itu merobah apa yang ada pada mereka. Tanpa usaha kita untuk merobah kelemahan diri kita yang mengekang segala bentuk kejayaan yang seharusnya kita capai, sampai bila-bila pun kita akan terus berada di tampuk lama yang telah menjadikan kita terlalu selesa berada di bawah diinjak-injak oleh bangsa asing.
      5. Cuba cermin diri kitani sendiri dan bandingkan dengan kaum Murut. Siapa yang lebih maju dari segi kekayaan dan pelajaran. Ramai kaum Murut telah memegang jawatan penting di seluruh negara. Di mana posisi kita, kalau setakat Pengurus Bank, inda jua berapa dibanding dengan Doktor dan loyar.

      6. Melayu juga mempunyai ego yang besar yang boleh membenamkan bangsa sendiri. Kitani tidak mahu belajar dari kejayaan orang lain, malah kita menuduh dengan tuduhan tidak berasas tentang kejayaan mereka.

      7. Di India kaum India Muslim lebih berjaya darpada India Hindu. Ini membuktikan Islam itu agama maju. Di negara Cina, kaum Cina Muslim juga maju dari segi ekonomi walaupun ada tindasan.

      8. Saya tidak mempersoalkan semangat patriotisma seseorang tapi biarlah di landasan yang betul bukan sembrono. Contohnya mengapa mempersoalkan Si Bunai tapi mendiamkan diri tentang Cikgu Tahir atau Ustaz Latiff. Sedangkan semua mereka ini berasal dari benua yang lain.

      9. Walau sejauhmanapun percanggahan pendapat kita, saya amat bangga kerana lamanweb ini mencambahkan ide-idea dan orang kitani. TERUSKAN MENGKRITIK.

      salam Hormat

      BalasPadam
    7. bos minta maaf, dpt biskita bincang kan isu tanah d sakai.

      BalasPadam
    8. Pasal Tanah Sakai?
      Aku awl bagitau dan awal minta maaf..
      Tanah bapaku kalau kan bejual aku sama sekali inda setuju..
      Kalau kan berbincang kan bejual tolong jangan bincang dengan aku..cari tah org lain..
      Diulangi...aku nda kan bejual..
      Maaf..

      BalasPadam
    9. Untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah kita kembali ke asas masalah itu.
      Kalau mau menyelesai masalah sakai,kita kembali kepada sejarahnya,siapa yang mula-mula menerokai dan bertapak disana.Mengapa jadi pertikaian pewaris-pewaris dan bukan pewaris?Setelah geran dikeluarkan(dimana jadi pertikaian dahulu)kini timbul pula masalah lain.Ada beberapa syarikat yang berasaskan pembangunan tanah hendak menerokainya untuk tanaman kelapa sawit.Ada sebahagian pemilik hendak menjual dan ada sebahagian yang mahu menyewakan.
      Jika anda berada diposisi yang empunya,mana anda pilih
      a.sewakan,
      b,jual.
      Seandainya anda memilih a,(anda warga yang bijak)jika anda memilih b,anda adalah perosak generasi akan datang,anda menyempitkan ruang rezeki,dayaniaga dan daya fikir dalam alam niaga mereka.Jangan tutup dan sempitkan mereka dengan mendedahkan mereka dengan sistem keuntungan yang cepat.Biar kita bagi mereka peluang dan ruang untuk mengurus sistem kehidupan yang praktikal dan bersesuaian dengan zamannya.Biarlah kita jadi pemerhati dan menumpang kegembiraan dan kejayaan ituMensyukuri nikmat tuhan itu lebih baik dari mengeluh.

      pawas

      BalasPadam
    10. Tanpa Nama28/2/09 7:47 PG

      Berpesan pesan dgn Kebenaran...Berhati hati dgn si Pirate Of the River dan si Pawas.Silap2 huru hara kampung..Ingatan pada Ambuyat..jgn mudah terpancing utk membicarakan sesuatu isu.Jgn rosakkan Web ini.

      BalasPadam
    11. ,..berpesan-pesan dengan kebenaran,,,! terimakasih tentang peringatan yang diberi walaupun untuk ambuyat, tapi secara umumnya untuk semua!

      Pesan dari peramba pula..
      kita nampak kristal itu indah, tapi bila pecah berderai dia boleh melukakan kita; kita nampak kaktus itu indah, tapi duri nya tajam menikam; kita nampak pelangi itu indah, tapi gerimis mengundang.. ala !!! kita ni manusia bah. Kelebihan dan kekurangan; kesalahan dan kesilapan itu tetap ada. Jadi, dalam segala hal, kita kena hati-hati lah..Dalam apa saja perkara pun kita kena hati-hati. Buat perkara baik pun kena hati-hati juga, takut jadi tak ikhlas, kan 'rugi akhirat'!. Namun terimakasih lagi untuk peringatan mu itu nonama.Wasalam.

      BalasPadam
    12. ,..berpesan-pesan dengan kebenaran,,,! terimakasih tentang peringatan yang diberi walaupun untuk ambuyat, tapi secara umumnya untuk semua!

      Pesan dari peramba pula..
      kita nampak kristal itu indah, tapi bila pecah berderai dia boleh melukakan kita; kita nampak kaktus itu indah, tapi duri nya tajam menikam; kita nampak pelangi itu indah, tapi gerimis mengundang.. ala !!! kita ni manusia bah. Kelebihan dan kekurangan; kesalahan dan kesilapan itu tetap ada. Jadi, dalam segala hal, kita kena hati-hati lah..Dalam apa saja perkara pun kita kena hati-hati. Buat perkara baik pun kena hati-hati juga, takut jadi tak ikhlas, kan 'rugi akhirat'!. Namun terimakasih lagi untuk peringatan mu itu nonama.Wasalam.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Keluarga Liaw Soon Ping Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top