Terkini
  • Terkini

    Isnin, 30 Mac 2009

    KITANI BERBEZA

    Andai kata ada 10 orang kitani melihat sebuah kapal tanker berlabuh di perairan Labuan, apakah yang bermain di benak fikiran masing-masing? Saya pasti ilusi seseorang berbeza diantara satu sama lain tertakluk kepada jentina, latarbelakang, taraf pelajaran, umor, taraf pendedahan dan sebagainya.

    Contohnya, seseorang yang suka memancing segera memikirkan kesempatan memancing berdekatan tanker tersebut kerana dikatakan terdapat banyak ikan di bawahnya. Seseorang yang senantiasa berulang alik di perairan berdekatan akan memikirkan Tanker itu tempat berlindung semasa ribut atau ombak kuat. 

    Pirate atau perompak akan memikirkan macamana cara naik ke atas tanker dan merompak harta benda yang ada di dalamnya.

    Segelintir akan memikirkan kesempatan berbisnis yang berhubungkait dengan tanker tersebut, misalnya bisines mencuci, penghantaran makanan dan alat-alat. Ada juaga yang akan memikirkan dan berangan-angan, seandainya ia bekerja dengan tanker tersebut ia boleh ikut mengelilingi dunia dan melawat banyak tempat.

    Saya ucapkan syabas jika anda berada diantara kategori di atas kerana anda telah menggunakan minda untuk berfikir dan memajukan diri walaupun setakat angan-angan. Saya ulangi- sekurang-kurangnya anda telah berfikir!

    TETAPI jika anda hanya melihat dan berkata: “ Eh… kapal atu… bukan-bukan basarnya…”, maka anda adalah tergolong diantara orang yang hanya melihat kejayaan orang lain dan membiarkan diri sendiri terus ketinggalan atau tergolong dalam orang yang gagal dalam memajukan diri dan keluarga.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. salam semua.......

      memang susah untuk dimengertikan mengapa minda,naluri dan jiwa berbeza.Presepsi juga berbeza tapi andai sama senanglah mengatur dunia.
      Ada insan menggunakan malam untuk tidur dan berehat dan ada juga yang main katam.
      Begitu juga tanggapan dan penilaian kita terhadap seseorang,selalunya negative.Mengapa dan kenapa,kerana kita tidak pernah menghargai orang.Kita sering menganggap kita lah yang terbaik didunia ini.Apa yang dibuat Penghulu dan Ketua kampong semuanya tidak betul dan di anggap ada kepentingan tapi apabila disuruh buat,macam-macam alasan.
      Begitu juga dalam mesyuarat kampong,seandai pendapat tidak digunapakai maka macam-macamlah keburukan pengerusi dikeluarkan.Mengapa dan kenapa,kerana kita tidak pernah menghormati orang.
      Walaupun kita dijadikan adalah dari tanah yang sama(Nabi Adam A.S),dan dilahirkan dari rahim ibu yang sama tapi ajal,rezeki,jodoh dan qada dan qadar adalah berbeza.Mengapa dan kenapa kita tidak pernah mau mengkaji dan mencari rahmat Tuhan disebalikan perbezaan ini?kerana kita tidak pernah mahu memuji orang,menghulur bantuan terkadang terpaksa(tak iklas lah tu)
      Mengapa minda fikir manusia tidak sama?Kerana ia ada hubungkait dengan budaya,bangsa,persekitaran dan genetik.Ada juga mindafikir kita di"setting" oleh sekelompok manusia untuk kepentingan dan servival kesinambungan politik mereka.

      walau macamana pun,kalau kita sudah ditakdirkan begini-begini dan kita mengubah takan berubah,tak payah dan janganlah bersusah-susah untuk memikir.Buang masa dan buang karan saja.
      Sekiranya anda diberi peluang kedua,jangan fikir lagi,rebutlah,kerana itu lebih baik dari membuang airmata tak tentu pasal.

      kah...kah....kah.....

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: KITANI BERBEZA Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top