Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 6 Februari 2009

    PERHUBUNGAN TERPUTUS DI LAWAS

    MIRI: Sistem perhubungan dan komunikasi di Lawas, daerah paling utara di Sarawak, lumpuh selepas banjir kilat, semalam.
    Penduduk, Idris Edrews, berkata beratus penduduk Lawas terperangkap apabila feri yang beroperasi di Sungai Trusan yang menghubungkan bandar itu dengan Brunei dan daerah lain di Sarawak dihentikan atas dasar keselamatan.

    Beliau berkata, sebahagian jalan Lawas-Merapok yang menyambungkan bandar itu dengan Sabah turut ditenggelami air.

    Lapangan terbang Lawas turut ditutup berikutan banjir, katanya ketika menghubungi menerusi telefon mudah alihnya, hari ini.

    Sementara itu, ahli parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong, berkata agensi kerajaan diarahkan untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Apabila dihubungi, Jurucakap Jabatan Kebajikan Sosial di Lawas, berkata 308 penduduk daripada enam penempatan di Lawas, Merapok dan Trusan dipindahkan ke dua pusat bantuan. - Bernama

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. banjir banjir banjir banyak kena lelong

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PERHUBUNGAN TERPUTUS DI LAWAS Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top