Terkini
  • Terkini

    Ahad, 1 Mac 2009

    Bab 1 - Jatuhnya Kota Limbang

    Mengikut cerita yang saya dengar dari orang tua-tua kitani, pemberontakan berlaku apabila sebilangan kecil penduduk kitani tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Sarawak bergabung dengan Sabah, Singapura dan Malaya bagi menubuhkan Malaysia. Pada masa itu Sarawak masih dalam jajahan British dan berbenderakan Union Jack dan pakej penubuhan negara Malaysia sudah dipersetujui oleh Kerajaan British.

    Penggunaan perkataan 'pemberontak' diambil dari kaca mata kerajaan masa itu dan mereka dianggap 'pejuang' dari kacamata yang berlainan. Sebilangan mengatakan, mereka ini pandai sepak-terajang politik.

    Ketua mereka ialah A.H. Azahari dari Brunei, dan ideology mereka condong kearah pergabungan dengan Brunei dan Indonesia. Lagipun mereka anggap Bahagian Limbang adalah sebahagian daripada negara Brunei. Tidak diketahui berapa ramai pengikut mereka, tetapi mereka berjaya menawan Limbang pada 9 Disember 1962. Tiga hari kemudian, Limbang ditawan semula dengan bantuan Komando British dari Kompeni 40.

    Tersebarnya berita kacaubilau ditambah dengan penangkapan rambang oleh askar kerajaan, penduduk kampung disekitar Lawas dan Limbang tekad meningalkan kampung masing-masing dan bersembunyi di tempat yang lebih terpencil.

    Ketua Polis Lawas, Bujang Bah dan Ketua Polis Limbang, Latip Basah adalah orang yang paling sibuk ketika itu. Keadaan tegang membuatkan mereka sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Berbeza dengan Pegawai Daerah Lawas, yang sekarang bergelar Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohamad Nor, beliau lebih banyak menjadi 'Mejistret' dan menjatuhkan hukuman kepada 'pemberontak'

    Dalam keadaan begini banyak kejahatan dan kesusahan dilalui oleh penduduk disekitar Limbang-Lawas. Seseorang boleh dipenjara hanya kerana tuduhan yang tidak berasas. Contohnya seseorang yang mempunyai senapang patah boleh difitnah sebagai pemberontak dan disumbat ke dalam penjara. Seseorang bapa yang tidak berdosa juga boleh dipenjara jika seorang daripada anaknya didapati ahli 'kumpulan Azahari'. Ini yang dinamakan perperangan. Perperangan tidak mengenal siapa dan tiada simpati.

    Setelah Bandar Limbang diambil semula, Komando British dengan bantuan askar tempatan, Field Force masih melakukan rondaan dari kampung ke kampung untuk mencari saki-baki yang mungkin kembali aktif.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. salam semua..........

      Kalaupun atau sebahagian dari kita ini tidak dilahirkan begitu sempurna atau hebat tapi sekurang-kurangnya kita harus memikir biarpun tak sempat melihat bagaimana situaSi dulu dan perbezaan kini.Walaupun ianya perkara biasa dalam sistem kehidupan kita tapi ia mungkin jadi pamangkin kepada tindakan-tindakan kita seterusnya.Kearah mana langkah tapak kita dan irama apa yang akan dicatit dari mata pena kita.
      Kekadang ada sebahagian dari kita tidak mahu berfikir dan memikirkan.
      Kekadang ada sebahagian dari kita terbawa-bawa dengan irama-irama yang mengasyikan lantas mencarukan.
      Kekadang kita tidak percaya dengan diri sendiri dalam membina atau mengatur harapan kerana sekeliling kita penuh dengan irama meruntuhkan cita-cita besar kita.
      Mengapa sejarah yang kita ada cuma memenuhi ruang perpustakaan kita.Berapa kerat saja diantara kita yang benar-benar khyusuk mengkaji sejarah?(selain sejarah peribadi)Mengapa kita tidak mahu mengkaji untuk mencipta sejarah yang hebat.Mengapa masih dibuai oleh sejarah yang tiada memberi apa-apa keuntungan.Sekarang adalah dunia yang pantas,hebat dan memerlukan daya saing yang kental,bukan dunia yang penuh angan-angan,bukan dunia yang di klik terus ada didepan mata.Kita masih memerlukan usaha.Kejayaan bukan hanya didapati hanya setitik peluh tapi beribu/juta peluh yang menitis dan berjuta kalori terbakar.
      Seandai kita tidak mahu bersusah payah untuk mencipta sejarah,kosongkan saja minda kita dari kita melalut tak tentu pasal,tak ada faedahnya.

      Sudah lama tak baca komen dari blogger yang lain.Adakah tiada bahan atau minda kalian kosong?Carilah berita atau cerita,mungkin ada pangajaran dan pembelajaran biarpun berita cuma satu perkataan.

      Adakah saya berilusi atau tak sedar diri.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bab 1 - Jatuhnya Kota Limbang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top