Terkini
  • Terkini

    Ahad, 29 Mac 2009

    Bab 7 - Showcase Likopta pertama

    “Apakan tuuu !!!” Tanya Saban sambil mendonggak ke langit ke arah bunyi injin. Bunyi itu berbeza dari injin Seagull yang biasa kami dengar. “Mana ada injin sigal di langit” sambungku naïf.

    “Najay... Saban!! Likopta Jipon datang… masuk kamu ke rumah… mati kamu karang kana bom..!” teriak mullah nenek Esah dalam loghat local. Masih segar difikiran Nenek kepayahan 20 tahun yang lalu semasa pemerintahan tentera Jepun.

    Kami tinggalkan duit kulit timung dan terus berlari ke dalam rumah masing-masing menunggu di mana bom akan digugurkan. Dalam benakku berfikir, seandainya Jepon melihat aku dan Saban berlari tadi, maka pasti Jepon akan mengebom kami dulu. Kalau aku mati kena bom, sayang usin kulit timongku atu!

    Kampung yang selalunya sunyi sepi tiba-tiba menjadi gegak gempita disebabkan kedatangan sebuah helicopter kira-kira pukul 10.00 pagi. Semua kaum ibu berteriakan memanggil anak masing-masing seolah-olah perang akan bermula.

    Sebaik injin helikopta dimatikan, keadan kampong kembali senyap malah hening sekali. Kami tidak disuruh keluar malah pintu rumah ditutup rapat sementara menunggu kedatangan kaum lelaki kembali dari mengambor di lawa-lawa.

    Pada pukul 2 petang kami menerima berita dari mulut ke mulut bahwa sebuah likopta kerajaan runduk di padang sekolah untuk meneruskan pembaikan. Dan sesiapa yang berminat boleh pergi melihat dengan dekat.

    Mendengar berita baik itu aku dan Saban terus berlari menghala ke padang Sekolah. “Saban!! tukar seluar... pakai baju daulu..!!” madam berlari dengan seluar yang bau hapak tanpa mengindahkan saranan mulah mamanya. Berbeza dengan budak sekarang, walaupun kami masih berumor lingkungan 5 tahun, kami cekap, berani dan berdikari, lebih-lebih lagi ingin melihat ‘garuda’ besi.
    Sebaik sampai di perkarangan sekolah, seperti puluhan yang lain kamipun menghampiri Likopta yang berwarna hijau tua dan kami lihat dinding besinya dimuncungnya terbuka dan menampakkan wayar.

    Tahun 1963 inilah pertama kali kami melihat dengan dekat dan menyentuh ‘besi yang terabang’ bernama Helicopter, walaupun kami pernah tengok mesin ini berterbangan dan menggugurkan risalah semasa pemberontakan pada tahun 1962.

    Sebelum ini Likopta tersebut telah melakukan pendaratan kecemasan di satu tapak samaian padi di Sungai Bangat akibat mengalami sedikit kerosakan. Di sebabkan oleh tunggul liau Wahab, muncung hadapan mengalami sedikit kerosakan.

    Dan disebabkan iannya sesuatu happening yang unik, maka cerita menghampiri dan menyentuh likopta menjadi pengalaman yang paling manis bagi kami sekampung dan cerita ini berpanjangan berbulan-bulan. Malah ada yang lebih pandai menceritakan tentang wayar ini dan wayar itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 KOMEN:

    1. Tanpa Nama7/3/09 2:53 PTG

      Assallammualaiikum.......

      Permulaan dalam pelayaran dalam dunia maya sangat-sangat mengasyikan dan membuat saya teruja.
      Selepas saya membuat teguran dan menciptakan provokasi,maka pencipta Punang.com mula membuat sekatan-sekatan yang saya rasakan terlalu membebankan.Penyederhaan,pengesahaan perkataan dan kata laluan.
      Mengapa kita harus tunduk kepada sistem yang melemahkan naluri ingin tahu kita.Kalau kita masih bersikap jumud dan ada kekangan untuk ulasan yang akan masuk,saya fikir Punang.com tak akan popular dan hebat.
      Saya mewakili pawas,pirates of the river dan kekadang tanpa nama ingin mohon maaf pada anda semua kerana selepas ini takan ada kagi ulasan-ulasan dari mereka-mereka ini.
      Yang hebat dan terbaik itu datangnya dari ALLAH untuk dikaji dan direnung dan untuk ndipraktikan untuk hambanya dan yang banyak kesilapan dan kesalahan itu juga datangnya dari kita-kita ini, cuma kita tidak pernah atau tidak mahu mengkaji dan meneliti mengapa kita selalu membuat silap dan salah


      salam untuk semua,selamat tinggal
      selamat merayakan Maulidurrasul.

      BalasPadam
    2. limaupurut7/3/09 5:02 PTG

      salam semua,
      Ahad,malam isnin akan diadakan Forum ehwal islam,topik yang akan dibicarakan ialah "salah siapa".Diadakan di Masjid Besar Lawas.Ahli penal 2 orang.
      Isnin Maulidurrasul tapi perayaan atau sambutan diadakan 15.mei,hari ahad.Perayaan ditunda begitu jauh sebabnya saya kurang pasti tapi difahamkan ini arahan Datuk Amar.
      Angkat sumpah konselar Daerah Lawas diadakan kemaren di Majlis Daerah Lawas,tapi yang menjadi kemusyikalan saya ialah konselar yang dilantik tidak memenuhi citarasa penduduk yang terlibat.Bukannya mereka-mereka ini tidak baik,bagus dan pemedulian tapi kalau mau cari pemimpin biarlah yang berpendidikan dan ekonominya baik dan kukuh.
      Artikel yang anda paparkan tidak begitu mengasyikan,tidak memberi anjakan paradigma kepada pelakun yang terkencing dalam seluar.Dia masih dikampong,dia tidak belajar dan merubah hidup dari bunyi bising besi terbang.
      Tapi syabas,anda telah menggembalikan sebahagian dari memori silam anda walaupun tiada sangkut paut dengan kehidupan kami.Takpa-takpa,selagi kami bernafas dan jejari-jemari masih berfungsi,kami sentiasa memantau dan meninggalkan apa yang ada didada untuk kebaikkan bersama untuk laman ini.
      Kami tidak mahu menjadi sipengomen diatas,cepat dan mudah berputus asa.Kejayaan dan kebahagiaan yang diperolehi dengan bersusah payah adalah perjuangan yang paling manis dan berkat.
      Subahanaallah.........
      Alhamdullilah.........
      Allahhuakhbar.........


      wasallam

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama8/3/09 12:22 PG

      kan membuat komen pun mau pengesahan lagi baru diluluskan.
      inda lain si ambuyat punya keraja ni..baiktah pakai kamu saja punang.com ani..kamu sendiri buat entri/artikel kamu sendiri jua mengomen !!

      BalasPadam
    4. Salam sejahtera pada semua, di sini saya rasa sedih atas tuduhan c pengomen tampa nama yang menyatakan kerana saya beliau tidak dapat mengomen secara bebas dan demokrasi, jika betul atas sebab saya, saya ingin buktinya yang berasas, dan jika betul tindakan saya menjadikan semua nya serba salah, saya rela menarik diri daripada menjadi penulis, pengomen dan sebagainya dgn erti kata lain tidak mau ambil tahu lagi mengenai Punang.com..
      Dan jika atas dasar kehebatan saya anda masih menyalahkan saya, saya mohon jutaan kemaafan.
      *Untuk menegakkan kebenaran kita kena berjuang dengan cara yang dihormati tapi bukan berjuang untuk di hormati.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bab 7 - Showcase Likopta pertama Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top