Terkini
  • Terkini

    Khamis, 12 Mac 2009

    Bab 3 - Tertinggal anak di kuyutan

    Kepada sesetengah orang tua kitani, bunyi likopta sungguh mengerunkan kerana bunyi itu mengingatkan kepada perperang dan pemerintahan Jepun pada 1941 - 1945. Stigma kepayahan perang masih menebal walaupun 20 tahun telah berlalu.
    Pada mulanya penduduk kampung menerima khabar pemberontakan di negara jiran sebagai perkara kecil berbanding apa yang telah dialami. Mereka meneruskan hidup harian sebagai nelayan. Setelah ramai soldadu datang ke kampung untuk mencari pemberontak 'Azahari', keadaan sedikit tegang. Sebagai kanak-kanak kami tidak mengerti apa ini semua dan menganggap kedatangan ‘sibaju hijau’ sebagai satu yang baru dan mengembirakan.

    Seminggu kemudian penduduk kampung mulai panik setelah mendapat berita seorang penduduk kampung ditangkap dan dipenjara kerana didapati membawa senapang patah. Dikhabarkan oleh tua Dollah, beliau ditangkap tatkala sedang berehat di kebunnya di Pangi. Memikirkan keadaan mungkin runcing, maka Penduduk Punang terus panik dan tekad untuk meninggalkan kampong. Dalam mesyuarat tergempar penduduk diarahkan bersembunyi samada Kampung Mulam atau Pelait. Kerana Pelait sangat jauh dan terpaksa menyusuri pantai, Mulam adalah pilihan ramai.

    Secara otomatik orang lelaki membuat persediaan transportasi dan para isteri sibok dengan barang barang penting di rumah. Ada yang terjun sehelai sepinggang semacam rumah kebakaran. Bagi kami kanak-kanak, suasana kesibukan begini adalah seperti pesta yang jarang-jarang berlaku.

    Sebaik sampai sungai Sibaha tiba-tiba kedengeran suara panik: "Mana si alai?!!. Semua panik dan berhenti mendayung. "Pusing babalik!" teriak tua Dollah.

    Setiba di rumah, saudara Zaini, yang pada ketika itu berumur belum sampai setahun masih nyenyak tidur didalam kuyutan. Walaubagaimanpun, perjalanan bersembunyi ke Mulam harus diteruskan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 KOMEN:

    1. salam semua............

      saya turut merasa bangga kerana ingatan anda masih kuat walaupun kejadian konfontrasi antara malaysia dan indonesia sudah menjadi lipatan sejarah untuk sebahagian dari penduduk Punang.Konfrantasi 45 tahun berlalu,perang dunia kedua dah 65 tahun berlalu.
      Syukuralhamdulillah kerana tiada yang jadi almarhum disebabkan oleh bunyi bising besi terbang ketika itu.KEKEJUTAN!
      Sedih dan kecewa juga kerana tidak ada seorang pun penduduk kampong Punang menjadikan iktibar atau menganjakan semengat dari besi terbang itu untuk menjadi pemandu(pilot)
      Sambutan maulidurrasul diadakan pagi tadi yang bermula di padang kecil bandaran.Walaupun penyertaan peserta dan sepanduk kurang tahun ini disebabkan penundaan hampir seminggu tapi itu tidak menghalang para peserta dan kontinjen memeriahkannya.Ada sebahagian dari ketua kontinjen memberi pandangan supaya tidak perlu diadakan pertandingan sepanduk untuk tahun depan,alasannya ada yang akan sagai dan gabut mun menang dan ada yang akan tidak berpuas hati mun kalah.
      saya minta pandangan dari blogger sekian untuk memberi pandangan,ulasan dan seterusnya cadangan-cadangan untuk dipraktikan tahun depan,haruskah ada pertandingan sepanduk sempena maulidurrasul?


      LIMAUPURUT

      BalasPadam
    2. salam saudara penulis,
      Tulisan anda begitu nostalgia dan kaya dgn sejarah.Ianya begitu bermakna dan berharga bagi genarasi kini sekiranya kitani dpt mengambil ikhtibar.Sesungguhnya terlalu sengsara apabila dijajah..ikhlas,Achun R.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bab 3 - Tertinggal anak di kuyutan Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top