Terkini
  • Terkini

    Selasa, 10 Mac 2009

    CONTOHI AKHLAK RASULULLAH

    Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya,

    Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat di perkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu.

    Cerita perempuan tua itu: "Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah. Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah,” sambung orang tua itu lagi.

    “Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya,” tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasulullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.

    Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja.
    Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang di perlu bayar untuk kerja membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja.

    Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu di bertanya: “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh makcik tahu siapakah nama kamu?”.

    “Nama saya Muhammad, saya lah orangnya yang makcik ceritakan tadi”.
    Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad yang ternyata orang yang sangat baik hati.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 KOMEN:

    1. assallammualaiikum......

      Kemaren cuti,tak ada aktiviti di Lawas jadi saya turun ke Kpg Punang.Terus ke lagun,jumpa belia yang lepak sambil mengambor.
      Banyaklah cerita yang diperolehi,terutama aktiviti main judi(main katam).Makin sihat,makin tumbuh dan makin mendapat sambutan.
      Penghulu dan ketua kampong selalu menegur,tapi tak diendahkan.Kemudian buat laporan polis,polis yang datang cuma merampas alat judi dan tak ada tangkapan.Datang pegawai agama dari sibu bahagian pencegahan,ceritanya sama,bersurai sekejap dan bertaut kembali.Ketuanya si Bunai dan Ak.Ismail.
      Sehingga kini tiada pihak-pihak tertentu yang dapat membasmi atau menghalang mereka,tiada peruntukan undang-undang kpg Punang yang membolehkan mereka disumbat kedalam penjara.Difahamkan Pegawai Polis yang baru ditukar kesini tidak begitu keras dan komitted.
      Kemudian berbincang mengenai penjanaan ekonomi orang kampong,semengat untuk membuat gerai malam(seafood corner)berkobar-kobar,tapi perlaksanaan tidak tahu lagi bila?Akan dibuat didepan pejabat/rumah kastam beroperasi selepas sembahyang isyak.Buat permulaan berkongsai empat orang dan kosnya Rm 500 seorang,gerai yang fleksible,bakar ikan,satay,chicken wing,air kelapa,jus buah-buahan.Ada music tapi irama sederhana,malam jumaat irama padang pasir.
      Buar kertaskerja dan kajian dulu,terma dan syarat.Minta jumpa penghulu atau ketua kampong,mohon kebenaran.Jangan fikir kejayaan atau kegagalan dulu yang pentingt buat,yang penting kita anjak minda dan kuasatenaga tubuh badan mereka.Jangan harap bantuan kerajaan atau ngo-ngo.Kita mau jadi contoh yang terbaik kepada generasi seterusnya.Bagus jua idea mereka tapi kita tengok nanti mudah-mudahan mereka suksess.kalau sudah berdiri apa yang mereka rancang,insyaallah saya yang pertama dan jadi pelanggan yang pertama.
      Mereka minta saya menghebahkannya kalau ada sesiapa yang berminat untuk ikut serta memberi bantuan atau kepakaran dari sudut memotivasikan mereka.

      no.untuk di kontek
      1.0198563511-Hamdan Matjais
      2.0138131999-Matzine Lair

      BalasPadam
    2. kepada pengomen di atas :
      boleh beri info lagi tentang judi katam !?
      1-di mana lokasi dorang berjudi ?
      2-pukul berapa biasanya waktu main?

      bukannya apa...mun cukup bukti dan maklumat senang kami buat serbuan.

      BalasPadam
    3. Tanpa Nama11/3/09 9:53 PG

      Assalamualaikum

      serbu lah segera.boring sudah meliyat dorang atu. mencemarkan islam saja.dah selalau di tegur oleh penghulu, lakat jua lagi.

      katam kaluk.

      BalasPadam
    4. Sorry,dont ask me any guestion.

      Kemudian saya ke lagun di ulu,ceritanya tambah menarik.Sara hidup nelayan mau ditambah,minta persatuan buat memerondum.Najib dapat komosen juta-juta beli kapal selam kita cuma dapat 200?Mau gelak jua dbuatnya.Di Perak,Dr Zambry tak sedar diri,rampas kuasa dan gila kuasa.Kesian Ir.Mohd Nizar kalau undang-undang sudak dirogol beginilah jadinya.
      Ada juga yang tak berpuas hati mengenai perlantikan konselar.Kenapa?Tidak mesra rakyatlah,tidak berpendidikan lah,ekonominya tidak kukuhlah dan macam-macam lagi.Saya syorkan mereka buat surat bantahan tapi mereka diam.
      Nak cari pemimipin yang terbaik di Lawas bukan senang.Mereka-mereka yang hebat-hebat semuanya perkhidmat diluar,lainlah kalau di Miri,Kuching konselarnya terdiri dari Doktor,Engineer dan pakar-pakar bidang tertentu.Kita disini tiada rotan akar terpaksalah digunakan biarpun akar keladi?Lagipun projek dan program yang dirancang oleh majlis tahun lepas belum terlaksana kerana majlis tak berduit(sumber diperolehi dari risikan).
      Masalah jatuhnya harga udang juga jadi berbincangan,kerana kesan dari ketidak tentuan ekonomi global.
      Saya juga turut bersimpati,kemana mereka nak mengadu?Perdana Menteri Malaysia atau Presiden Amerika Syarikat?Pening jua kan memberi jawapan kesan dari dunia tanpa sempadan dan celik internet ini.
      Petang singgah di Kampong Sualai,disurau.Bangga sikit kerana suraunya sudah ada pejabat dan komputer.Surau mereka terkedepan dalam menerokai dan memberikan generasi muda mereka celik komputer.Difahamkan mereka ada susunatur program untuk budak dibawah 6 tahun dalam pembelajaran pengenalan komputer.Syabas kepada ajknya.Teruskan usaha murni kalian.

      insyaallah,ada tempat lagi yang akan dilawati

      limaupurut

      BalasPadam
    5. mun kan tau time dorang main katam atu masanya lapas sembahyang isyak sebelah kilang keropok tu dorang main.. congnya selalu betukar-tukar tu siapa dulu sampai tampat atu iatah cong tu karang.. mambagi garam ati wah dorang ani...polis pun satu jua mun ada orang basarnya dari tampat lain baru tah kan ambush banar2...tuyu bah dorang ni mun aku dapat menangkap dorang atu wah awal udah ku sumbat ke lokap...usin judi atu karang di bagi makan arah anak bini apa inda generasi seterusnya tuyu melutak..makan usin haram

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: CONTOHI AKHLAK RASULULLAH Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top