Terkini
  • Terkini

    Isnin, 9 Mac 2009

    FORUM PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1430H

    "Salah Siapa?" Itulah tajuk Forum Perdana sempena menyambut Maulidur Rasul 1430H yang telah diadakan di Masjid Besar Lawas selepas Solat Isyak @ 8:00 malam 9 hb Mac, 2009 bersamaan 11 Rabiulawal 1430H anjuran bersama LAKHIL, JAKIM, JASA dan Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak.

    Ahli-ahli Panel yang diundang adalah Ustaz Sarip Bin Adul (Pensyarah UMS) dan Ustaz Hj. Mohd. Isselahuddin (JAIS Lawas), menggantikan Ustaz Hazarudin (JAWI W.P) yang tidak dapat hadir. Sementara Pengerusi majlis ialah Pegawai Penerangan Daerah Lawas, Encik Syahrulyzan.

    Tajuk yang mengupas isu perpaduan, kepimpinan dan kemajuan begitu mantap dihuraikan oleh para-para panel. Persoalan mengapa umat Islam gagal dalam ketiga-tiga aspek ini telah dibincangkan. Penyelesaian dan gagasan telah dilontarkan dengan begitu jelas oleh panel-panel ditambah lagi dengan penyampaian Ustaz Sarip yang telah menggunakan bahasa kampung begitu memikat hati para hadirin.

    Antara tetamu pada majlis itu ialah, Pegawai Daerah, Temenggong, Penghulu, Ketua-ketua Kampung, para-para Imam Masjid dan surau serta muslimin-muslimat yang dianggarkan melebihi 1000 orang.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Saudara AM/MD,

      Terima kasih atas laporan ini. Mantap dan dramatik. Ada nilai bacaan. Tahniah. Mana Achun lama hilang. Macam ikan rumahan dibulan terang.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: FORUM PERDANA SEMPENA MAULIDUR RASUL 1430H Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top