Terkini
  • Terkini

    Sabtu, 14 Mac 2009

    Bab 4 - Kami menjadi Pelarian Perang

    Dis 1962: Saya tidak tahu berapa ramai yang bersembunyi di Sulap Labu, Pelait, Telugus dan Labik-Labik. Yang pasti kehidupan kami sebagai Perlarian Perang sudah bermula. Sungai Mulam (Kampung Sulap Labu), destinasi terakhir, menjadi sesak menerima kedatangan perahu-perahu yang beranika saiz.

    Kami menuju kesebuah rumah yang terletak 100 meter dari pengkalan. Keadaan yang mulanya sunyi-sepi dengan serta merta menjadi hingar-bingar mengalahkan bunyi Tangil Hutan dan anak-anak ayam Liau Asid.

    Sementara sebahagian pelarian mulai mendirikan khemah-khemah disekililing rumah Liau Asid, ada sebahagian yang menggali perigi, mengambil kayu api dan memasak. Pada hakikatnya konsep muhibbah dan gotong royong secara otomatis menjadi amalan. Bagi kanak-kanak seperti kami, kemeriahan seperti ini memang dinanti-nantikan. Kami berlari larian dari satu aktivi ke satu aktiviti dan paling kami minati ialah aktiviti menggali perigi. "Budak-budak jangan dekat' sergah orang tua dan menampakkan sedikit risau.

    Jika diimbas kembali 20 tahun dahulu, kesusahan begini bukanlah kali pertama mereka alami, malah lebih dahsyat. Ada yang diseksa terutama jika engkar mengikut arahan tentera Jepun.

    Kepayahan sebagai pelarian sudah bermula semasa menyusuri sungai kecil dengan bermacam dugaan. Ada yang nyaris karam, ada yang sakit demam. Ada yang tertinggal anak di kuyutan dan sebagainya. Dalam perjalanan selama dua jam, kami bukan hanya takut kepada likopta tetapi juga ular Bangkita.

    Pada malam pertama, boleh dikatakan tiada seorang dewasa yang mahu tidur atas sebab yang tersendiri. Saya juga tidak dapat melelapkan mata kerana terganggu oleh cerita-cerita menarik yang diceritakan sesama orang dewasa.

    Dalam saya pura-pura tidur, saya memasang telingga mengenai satu cerita di zaman Jepun yang melibatkan seorang daripada orang kitani. Ringkas ceritanya begini: Untuk menyara hidup, ramai orang kita bekerja dengan tentera Jepun seperti menjaga stor, polis bantuan atau transportasi barang. Dalam apa jua jenis kerja, pada tiap-tiap pagi sebelum memulakan kerja, mereka diarahkan berkawat dan melagukan lagu tentera Jepun sebagai tanda taat setia. Semasa perbarisan sedang rancak, seorang daripada orang kitani dengan tidak sengaja ‘terkeluar angin’ dengan bunyi yang boleh didengar. Pada kebiasaan perkara begini akan mendapat hukuman setimpal tetapi kali ini pembesar Jepun itu tidak boleh menahan ketawa beliau.

    “Hait... Koniciwa......”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 KOMEN:

    1. salam semua..........

      kita berada di era mana sebenarnya?
      1.zamzn Rasullullah
      2.zaman Khulafa"Ar Rasyiddin
      3.zaman fitnah
      4.zaman diktator atau
      5.zaman kekhalifahan islam.

      Kita sebenarnya berada di zaman pemerintahan diktator.
      Pemerintah memerintah berdasarkan ideologi-ideologi ciptaan manusia,komunis,sosialis,kapitalis,demokrasi,nasionalis,feudal dan lain-lain.Mereka menguasai dunia dengan perperangan ketenteraan,ekonomi dan subersif-subersif yang memasuki sebuah kerajaan yang lemah.Begitu juga dengan negara-negara Islam yang memiliki ekonomi dan politik yang lemah.Mereka dijajah dari sudut fizikal dan mental dan yang menggunapakai ideologi yang diciptakan oleh barat.
      Kita berada di zaman yang cukup unik dan bersejarah.Kita juga generasi yang akan menggembalikan sistem kekhalifahan seperti pemerintahan Rasullullah SAW dan khulefa.Saat dan waktu seperti dimulaikan dan digambarkan dalam hadith Rasullullah adalah era masakini.
      Mungkin siapalah kita yang bisa melakukan perubahan dunia,tapi ini adalah kesempatan yang terbaik dan bermakna yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk menyumbang apa yang terdaya demi kegemilangan dan kehebatab pemerintahan seperti zaman nubuwwah dan era khulafa.
      Akhirnya kita mengharapkan bersama-sama meningkatkan kualiti untuk memimpin dunia.Kita memerlukan latihan dan pengalaman yang panjang dan tinggi.Kita mahu menggantikan kuasa dunia yang menghancurkan kemanusiaan,keduniaan dan keakhiratan.Kita ingin jadi penyelamat manusia sejagat daripada kehancuran.kita ingin pastikan pentadbira dunia akan kembali kepada pemerintahan berlandaskan Al Quran dan As Sunah.

      Anda yang sedang menatap ini adalah salah seorang insan terpilih yang lahir zaman ini jadi pejuang kepada perubahan besar dunia.Semoga kita-kita ini menjadi harapan baru untuk dunia baru dan generasi baru nanti.

      wasallam

      BalasPadam
    2. salam saudari/a mareesta,

      harus atau patutkah saya merasa kesedihan atau kekecewaan kerana kita sering dihidangkan dengan benda-benda yang melalaikan jiwa dan perasaan?Mengapa langkah yang anda aturkan sumbang dan tidak di hayun mengikut irama kehidupan yang nyata?Mengapa masih berilusi.Kearah mana sebenarnya langkah yang diturutkan?
      Andai tidak pasti,lebih baik berdiam diri bermuhasabah diri dan ingati mati.

      Saudara/i mareesta,

      Saya tidak pasti dan motif apa anda membicarakan soal zaman dan ideologi?Apaka anda hendak menjadi hero atau anda sudah kecewa?Kalau hendak jadi hero,teruskan niat dan usaha anda.Kalau anda kecewa tentang hidup ini,anda harus terjun ke sungai bersama batu dipegang ditangan.Itu lebih baik dari anda menyusahkan sebahagian dari insan-insan yang inginkan ketenangan.Jangan rosakkan dunia dan isi di dalamnya dengan irama-irama yang berampak(berantakan).Cobalah fahami dan mengerti bahawa kita adalah insan yang terbaik yang diciptakan oleh Tuhan untuk jadi penghuni bumi ini.Kalau kita tidak menghargai penghargaan yang Tuhan berikan ini apa akan jadi bumi dan kita ini nanti.

      wasallam

      BalasPadam
    3. salam....salam.....salam......,

      apakhabar hariz,archun,ambuyat dan siapa-siapa yang terlibat secara langsung atau tak langsing dalam memeriahkan blog ini.mana kalian semua?mengapa membisu tanpa kata?mengapa diam tanpa bicara?kekadang tercari-cari juga kearah mana nak dituju gurausenda.apakah kalian tiada masa,sedangkan masa diperuntukan antara kita adalah sama.
      tiada berita,tiada artikel dan tiada cerita untuk dikongsi bersama?carilah,nescaya anda akan berjumpa.

      BREAKING NEWS.............
      "Permainan Katam masih sihat beroperasi di Kpg Punang".Tiada tanda-tanda akan berakhir atau berkurangan.Saya difahamkan waktu siang mereka bermain didalam dewan dan malam hari dekat mantan kilang keropok.
      Kamu,anda sebagai orang Punang ingin menyeru berusaha mencari pendekatan yang terbaik untuk mencegah,menghalang atau menghapuskan perbuatan-perbuatan yang mungkar dari terus menghantui,mengsetani dan mengiblisi generasi kita akan datang."lebih baik makan tahi dari makan hasil dari judi"

      "BREAKING NEWS KEDUA"
      "Lot di Punang Jaya".
      Difahamkan ada 83 lot yang kosong,tapi ORANG PUNANG yang hendak membuat rumah tidak dibenarkan.Penghulu dan Ketua Kampong menyuruh penduduk rujuk Landsurvei?Siapa yang berkuasa dan punya veto di Kampong?Gunakan tanggongjawap dan pakailah budi bicara!Untuk ORANG mana lot yang telah diperuntukkan?Orang Amerika,orang Russia atau orang-orang yang dekat dengan kroni?Nak disertakan RM setiap permohonan(rasuah)?

      Mohon pada yang terlibat dalam pemberian kebenaran lot untuk tapak rumah,bertanggongjawaplah.Janganlah anda dipersalahkan seandainya ada orang PUNANG jadi imigrasi di bumi sendiri.Jangan dihakis keistimewaan orang punang dengan benda-benda yang remeh-temeh.

      Kepada orang Punang yang berada di luar sana,mohon pendapat,idea atau apa-apa saja yang bersangkutpaut dengan masalah ini supaya dapat berganding bahu dan bersatu hati mencari penyelesaian.Buanglah prinsip kau kau,aku aku.ini untuk generasi kita akan datang juga.

      wasallam...

      BalasPadam
    4. Salam..
      Terima kasih kepada pengomen ke 3 dalam artikel ini, atas perhatian dan kerinduan anda pada tulisan kami walaupun tak berapa menarik, insyaallah kami akan sentiasa memberi maklumat/topik-topik semasa untuk membuka minda sesama kita.
      Buat masa ini kami masih memberi peluang untuk artikel-artikel sejarah (pengetahuan & Nostalgia), kerana kami pun ingin berkongsi pengetahuan mengenai sejarah di tempat kita.

      *Syabas kepada matlumat yang anda berikan (Breaking News)

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bab 4 - Kami menjadi Pelarian Perang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top