Terkini
  • Terkini

    Ahad, 15 Mac 2009

    Kemana selepas SPM?

    Minggu lepas baru sahaja diumumkan keputusan perperiksaan STPM dan SPM dan kita ucapkan tahniah kepada anak-anak penduduk Lawas yang cemerlang dalam perperiksaan. Kecemerlangan ini bukan datang sendiri tetapi atas usaha yang tidak mengenal penat. Saya merujuk kepada warga Lawas yang bertebaran di serata dunia baik di Malaysia maupun jauh di Kanada.

    Kita juga berharap, Education Fare yang dianjurkan di Kota Limbang baru-baru ini pasti memberi rujukan yang amat baik kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Kepada ibu-bapa semua janganlah lepaskan peluang seperti ini kerana di sinilah informasi yang amat berguna untuk anak-anak kitani.

    Pihak sekolah juga jangan lalai memberi penerangan tentang peluang melanjutkan pelajaran bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada ibu-bapa. Harus diingat bahwa masyarakat kitani masih belum begitu tahu tentang ada banyaknya institusi pengajian tinggi.

    Ada banyak institusi yang yang menawarkan pengajian lepasan SPM di Negara kita, daripada pengimpal hingga menjadi pilot. Contohnya GGIFA di Bintulu dan Yayasan Sarawak bersama Hornbill Skyways masing-masing menawarkan lesen memandu kapalterbang dan helicopter.

    Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan serendah 3 kredit menawarkan kursus Diploma sebelum melanjutkan pengajian keperingkat sarjana. Di Sarawak, UTM diwakili oleh TWINTECH College Sarawak. (layari: http://www.twintechsarawak.edu.my/)

    UiTM adalah sebuah university yang menawarkan pelbagai kursus bermula dari peringkat diploma hingga kedoktoran (falsafah). UiTM sepatutnya adalah pilihan kita bukan sahaja universiti ini mempunyai standard yang baik dan credible tetapi juga punya yuran yang murah. (http://www.uitm.edu.my/)

    Falsafah Pendidikan Negara:Pendidikan di Malaysia adalah satu proses yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan dari segi harmonis, intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

    Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    10 KOMEN:

    1. Syabas dan Alhamdulillah..saudara pengasas punang.com telah menghasilkan artikel yg berimformasi sebegini.Tulisan sebegini lah yg patut dicontohi.Ia nya lebih menjurus kpd maklumat yg sgt berguna.Inilah objektif awal yg kitani persetujui pada mula dahulu.Penulis yg lain patut mencontohi tulisan sebegini.
      ikhlas,Achun R.

      BalasPadam
    2. assallammualaiikum saudara/i Achun,

      syabas dan tahniah kepada saudara/i Achun kerana anda sebahagian dari pelopor Punang.com.tapi masalahnya saya tidak begitu rasa senang hati dan gembira kerana sebagai sebahagian dari pelopornya anda harus menjadi contoh yang terbaik kepada pelayar-pelayar laman ini.
      Kelemahannya ialah penggunaan perkataan-perkataan sms dan susunan ayat-ayat yang kurang betul dan teratur.
      Macamana nak mengajak orang mencontohinya kalau anda bukan contoh yang baik?
      Saya bukan mempertikaikan wibawa dan mentaliti atau semengat anda dalam paparan artikel yang akan anda luahkan tapi biarlah yang indah dan mengasyikan untuk tatapan pelayar Punang.com.
      Seandainya anda tersinggong dan kecil hati,saya tak akan minta maaf,kerana saya tak rasa bersalah cuma nak membetulkan yang tak sepatutnya,demi mengkualitikan Punang.com

      wabillahitaufikwalhidayah.

      BalasPadam
    3. Assalammualaikum Saudara Limau Purut,
      Terimakasih atas teguran..semoga anda diberkati..ikhlas Achun R.

      BalasPadam
    4. salam,..saya pun ada sikit komen untuk Achun. betul lah, jangan gunakan macam menulis msg saja. Mungkin saya faham akan perkataan yang digunakan si Achun, terbawa-bawa dengan pekerjaannya yang bergelumang dengan kabel-kabel dan data-data dalam sistem komunikasi CELCOM. Sebab nak cepat habis\siap kerja jadi dia pakai ringkas je lah. Dan terimakasih atas komen dari limaupurut yang penuh SEMENGAT\SEMANGAT(yang mana betul).
      Dan diharap si limaupurut tak TERSINGGONG\TERSINGGUNG(yang mana betul) dengan komen saya untuk Achun. Dan harap si limaupurut pun pemeriksaan keatas perkataan yang ingin di tulis\taip dalam blog ini. Pesanan untuk diri saya dan semua, lagi bagus kita gunakan kamus.
      Wasalam

      BalasPadam
    5. Salam Hormat,

      Kita akur dengan teguran begini, walaupun kita tahun MUNGKIN Sdr Achun menulis menggunakan talipon, bukan komputer. Sebagai Pentadbir laman ini saya akan membuat teguran demi teguran kepada penulis kitani.

      Nazir

      BalasPadam
    6. Alhamdulilah, dan tahniah diatas informasi sebegini bagi penduduk di daerah Lawas. Ingin dikongsikan bersama berdasarkan pengalaman,untuk anak-anak, jangan sampai mengabaikan matapelajaran Bahasa Inggeris. Saya tahu itu kelemahan kebanyakan anak-anak di sana. Bukan apa subjek itu tidak diambil berat. Gagal pun dapat juga lulus SPM, tapi bila nak mencari kerja atau masuk IPTA/IPTS subjek itu amat berguna. Sama-samalah kita buka minda agar dapat lebih maju lagi.Mudah-mudahan lebih ramai lagi cendikiawan dari kawasan kita.

      BalasPadam
    7. congratulations to those who setting up this blog and maintain it.
      it is a good effort taken to bring punang, or even lawas to the digital age. a good effort to close up the digital divide.

      but, so sad that internet connection in lawas still in a poor condition. very poor. why not some people who know the representative, such as YB Henry Sum, or Dato' Awang Tengah, suggest them to bring this matter to the higher authority?
      lawas people really need internet with high speed connection.

      TMnet do provide streamyx @ lawas..but the speed is sucks.
      even the dial up internet is much faster than streamyx. i lodge many complaints to tmnet, and yet still no action taken as they always said it is problem with the cable, or the worst thing they said it is problem with customer pc..indeed, the whole lawas suffering this problem.

      hope any people who are close with those YB, bring this matter to them.. our beloved YB not living here in lawas rite?

      BalasPadam
    8. Tanpa Nama7/6/09 2:33 PTG

      jika kami berjaya melanjutkan ke pelajaran yang lebih tinggi,knp kami tidak diberikan ganjaran atau bantuan semasa melanjutkan pelajaran kelak.kami bukan bertujuan untuk meminta bantuan,sekurang-kurangnya kejayaan kami turut di hargai.kami bukan sahaja mengharumkan nama kami atau keluarga kami.malah kami juga turut mengharumkan nama kampung..kejayan kami kelak adalah untuk kampung kita juga...sekurang-kurangnya dengan ganjaran yang kami dapat akan dapat meningkatkan lagi semangat kami untuk berjaya..kalau tidak dapat ganjaran melalui wang atau hadiah...sekurang-kurangnya kejayaan kami sebagai pelajar lepasan spm dan stpm diraikan dengan kenduri kesyukuran secara beramai-ramai.ini bukan sahaja untuk suka-suka,malah akan meningkatkan semangat adik-adik yang masih belajar untuk berjaya agar kejayaan mereka juga dapat diraikan kelak..

      BalasPadam
    9. Saudara 8,

      Terima kasih atas cadangan anda untuk mengadakan kesyukuran atau bantuan untuk pelajar kita yang berjaya. Kami suka pada semangat anda dan saya akan panjatkan cadangan ini kepada Pemimpin Punang Jaya dan Punang Proper, kemudian nanti. (Saudara Marajeh, sila catat cadangan ini untuk plan tindakan).

      Untuk pengetahuan anda, majlis ini belum pernah diadakan walaupun Cikgu Seruji dihantar ke Semananjung selepas D6 pada tahun 1972. Saya setuju, perkara ini mungkin kecil tapi besar ertinya kepada semangat pelajar dan keluarga itu sendiri.

      Salam
      Nazir

      BalasPadam
    10. Siapa kan tu no 8 atu,?? bagus cadangan nya tu. sebelum ani banar alum ada kana buat seperti apa yang di cadangkan atu. Jadi ani mungin yang pertama dan seterusnya untuk PUNANG-PUNANG. Bah usahakan tia lakas dih. walaupun setahun seorang nganya, tapi kesan karang untuk urang kampung ialah, semangat belajar atu akan lebih bertambah. Si Bakir dulu pun indada jua kana raikan. rancang tia betul2. SETUJU

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Kemana selepas SPM? Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top