Terkini
  • Terkini

    Khamis, 5 Mac 2009

    Mukah Visit Punang @ ATMA

    Asalamualaikum pada semua warga pembaca, pengomen, penulis dan yang sama waktu dengan nya, terlebih dulu kita ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Yusri Bin Jamil dan keluarga Allayarhamah Dyg Isut Binti Hj Randah, Marilah kita sama-sama berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan di tempat yang orang terpuji.
    AMIN.........

    Kita tinggalkan cerita sedih untuk sementara waktu, Kita yang masih di beri peluang melihat dunia ini mesti meneruskan hidup dengan matlamat dan kejayaan, saya ingin sekali lagi menghangatkan suasana blog ini dengan mengutarakan kembali satu bahan cerita yang saya rasa sudah tengelam di tukun tiruan laut Punang.

    Sebelum ini saya cukup tertarik dengan setiap artikel yang di tulis oleh para penulis yang hebat-hebat dalam Punang.com ini, tak lupa juga para pengomen-pengomen yang mempunyai adea yang hebat seperti pasukan bole sepak Punang yang di geruni di Lawas dari dulu hingga saat ini (Tahniah Pasukan Bola sepak Punang),tapi saya terasa matlamat kita sebelum ini makin lama makin pergi jauh seperti burung Selangkir yg tiada kembali lagi untuk memeriahkan waktu senja di Kampung Punang. Nak kita ne di gelar hangat-hangat tahi ayam saya rasa tak sesuai, sebab orang Punang boleh melakukan apa yang mereka inginkan.

    Saya pendekkan artikel saya ini dengan satu cerita orang Mukah mengunjungi Punang.


    Pada 30 Jan 2009 lepas, saya di temani kawan sepejabat saya yang bernama Abd Mutalib menghantar kereta Persona ke Punang yang di beli oleh si Wan (Dewan), saya ucapkan Tahniah pada si Wan kerana kini dia memiliki kemudahan untuk keluarga beliau.

    Tiba saja kami berdua di Punang pada pagi 31 Jan 2009(sabtu) beliau terus terpegun dan terdiam sejenak melihat pemandangan kampung Punang. Selepas saja saya menyerahkan kereta pada si Wan, saya bawa si Mutalib tadi untuk merasai sendiri berjalan di jeti (lagun) depan kampung yang menghala ke laut itu, dia cuma banyak mendiamkan diri dan memandang di sekeliling alam sambil melihat orang memancing di sepanjang jeti, bila saja tiba di penghujung jeti, saya pun secara tak langsung menjadi pemandu pelancung kepada dia, dia menghujani saya dengan bermacam-macam soalan mengenai Punang. Di sungguh teruja melihat keidahan kampung Punang dari segala aspek, salah satu nya ialah aktiviti nelayan, kebetulan pada pagi itu depan kampung kita ada beberapa perahu sedang berlabuh depan kampung untuk mencari Bubuk, di begitu tertarik dengan keunikan Punang kerana selama ini dia hanya mendengar nama Punang dari mulut saya.
    Sambil berehat di hujung lagun dan melihat panorama Punang, dengan tak disangka di bertanya kepada saya soalan yg rumit untuk di jawap ‘Bila g mau molah projek yang selalu ku baca dalam Punang.com?, kampung ta org tok ada potensi, ada rezeki mau ku embak(bawa) family kau g sitok!’ maksud beliau ialah potensi pelancungan! Saya hanya mampu menjawab dengan alasan bajet belum mencukupi.maaf untuk org Punang jika saya tersilap jawap**

    Kemudian dalam pukul 10 saya bawa dia ke bandar Lawas untuk beliau merasai sendiri apa yang di gelar TAMU BESAR, saya tak menduga bila dia membeli bermacam-macam barangan yang ada di Tamu Besar, saya tanya kenapa beli banyak sangat? Dengan selamba di menjawab ‘Murah barang di jual sitok, bukan selalu ku ke Lawas’ selepas saya letih berjalan saya tinggalkan beliau dan masuk ke kereta, dlm 15 minit menunggu dlam kereta si Mutalib datang dengan tangan yg penuh membawa barang yang di beli, saya hanya mampu tersenyum, saya tanya lagi bila berada dalam kereta, ‘kena meli banyak gilak?’ dengan mengelap peluh di dahi dia menjawab, ‘aku kol bini aku te, bila ku madah barang sitok murah nya terus sebut mcm barang untuk di beli, menyesal ku madah!’ sambil ketawa..

    Waktu malam pulak kami penuhi masa dengan berehat di depan rumah, sekali lagi dia memuji kampung Punang memang best! Banyak benda boleh buat jika org kampung punang pandai mengambil peluang dari segi pelancungan/perniagaan. Tak salah dulu saya ada menulis artikel dan mengatakan ‘Riadah itu Perniagaan’. Banyak lagi cerita si Mutalib memuji Punang, tapi cukup lah sekadar saya ceritakan sedikit, kerana mungkin anda akan menjadi bosan bila membaca artikel yang panjang.


    Saya minta maaf jika terkasar bahasa!
    Tak kan kita “hanya hangat-hangat tahi selangkir, hanya pandai menulis dan bertikam lidah melalui alam maya” saya bukan nak menuding jari kepada sesiapa, tapi semangat ini masih tebal untuk melihat orang dan kampung Punang Berjaya dalam segala bidang yang di jayakan, dan saya tahu bukan mudah nak memulakan sesuatu benda kalau kita tak ada apa yang di gelar PENGETAHUAN yang berkaitan dalam bidang yang akan kita ceburi, tapi kita mempunyai orang cerdik pandai, jika di himpunkan semua orang Punang yang cerdik pandai ini, tak mustahil kita boleh mengalahkan semua kampung di Malaysia ini.

    Apakah akan terjadi selepas ini?
    Bilakah kita akan menjayakannya?
    Cara apakah kita menyatukan semua?
    Dari manakah kita bermula?
    Elokah kita biar Punang kesunyian?

    Saya bukan lah pandai untuk membetulkan keadaan, tapi lihat dan dengar lah apa yang di cakap kawan saya tadi ‘ada potensi’..mungkin kah kita akan mulakan matlamat kita pada 2020?
    Saya mohon para jutawan Punang, para cerdik pandai Punang dan para penduduk Punang, mari lah kita mulakan dengan apa yang kita ada, terlalu banyak penganguran di kampung kita, kita binalah masa depan kita dan mereka untuk lebih sukses, kita kena berubah dari segala aspek kemanusian, tamadun dan alam (ATMA).




    Maaf saya pohon sekali lagi,mungkin saya hanya pandai berkata-kata, sedangkan saya sendiri masih di bawah tempurung.
    Wasalam..
    *Hidup ini penuh dengan cabaran, kita tak boleh lari, just face it, life is great.



    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    7 KOMEN:

    1. Tanpa Nama5/3/09 4:42 PTG

      Salam untuk anda.

      Kekadang lucu jugakan hidup ini?Kekadang boring jugakan kalau terlalu serius!
      Kekadang kalau kita bicara berjela-jela dan panjang lebar tanpa ada selitan bicara lelucon audien akan rasa mengantok dan boring.Kekadang kalau kita bicara sependek dan sesimple mungkin dengan fakta yang kukuh audien akan bangkit dari lamunan.
      Memang banyak manusia yang bersikap memberontak dan prejudice,kenapa,kerana kita tidak pernah menghormati orang,menghargai orang dan tidak pernah sesekali-kali memeduli orang.
      Begitu juga dengan artikel yang dipapar diatas,Mengapa selalu kita mengharap?Setiap kali saya melayar,cerita yang seakan sama terpapar.Dimana kehebatan kita,supaya audiens temanggu dan teruja?
      Apakah kita masih menggunakan gurindam atau syair untuk menidurkan anak kecil kita?
      Apakah kita masih menggunakan janji-janji palsu kita untuk memenangi pilihanraya?
      Apakah kita masih menggunakan tanda soal(?)untuk sesuatu perkara yang mampu dibuat tapi liat untuk dilaksanakan.
      Apakah moral terbaik untuk dikongsi bersama dalam cerita hikayat moden anda ini?Apakah peluang pelancongan?Adakah peluang perniagaan?Atau peluang menatap hikayat seribu satu malam?Kita sering mewar-warkan akan kehebatan dan potensi-potensi yang terdapat di Kpg Punang,tapi yang sedihnya sehingga kini tidak ada satu pun tindakan-tindakan yang proaktif di ambil?Kenapa?Kerana kita masih bercakaran sesama sendiri,menyalahkan sesama seniri,mencari peluang untuk menjatuhkan sesama sendiri dan mencari ruang untuk kepentingan diri?
      Masyarakat kita tidak akan berubah selagi kita masih berfikiran individualistik?Masyarakat gotong royong adalah masyarakat nenek moyang kita.
      Masyarakat atau individu yang akan berjaya nanti ialah yang bersikap selfish.......

      I try my best to do the best,

      wasallam.

      PIRATE OF THE RIVER.

      BalasPadam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      BalasPadam
    3. Sakai jua org Mukah atu !!
      dulu aku membawa 8 orang jipun ke punang, inda jua mcmatu..paling abis pun beria nganya dorang di ujung jambatan..hihi

      p/s - pandai si buyat atu berkurapak sarawak. sitok sinun segek mogek molah eii...cala bunyinya

      BalasPadam
    4. Tanpa Nama9/3/09 8:20 PTG

      Salam untuk semua, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada kesetiaan bisdikita melayari serta mengomen laman ini. Komen yang membina dari anda semua adalah dialu-alukan demi untuk kemeriahan, namun sekiranya terlalu lebih komen-komen itu nanti akan tiada nilailah laman ini. Para pengunjung yang dulunya menyanjung dan meminati melayari kini akan menganggap laman ini sebagai laman murahan seperti 'Chatting room'. Sama-samalah kita jaga disiplin dalam komen-komen kita.
      Maaf ku pohon atas luahan ini.

      BalasPadam
    5. banai tu kata kita tu ambuyat eh...aku sebagai rakyat punang pun turut berbangga..masa aku ikuti program khidmat negara,ramai kwnku malah jurulatihku terpegun dengan keindahan kpg punang,padahal mereka hanya melihatnya melalui lukisan yang saya lukis dan mendegar cerita dari saya.malah mereka sanggup dtg ke kpg punang untuk melihat sendiri keindahan unang yang saya ceritakan...

      BalasPadam
    6. ops...bukan unang...punang lah....heee..jgan marah..

      BalasPadam
    7. inda kira la orang mukah atau apa, janji orang luar. orang luar lebih menghargai dari orang dalam. penilaian dorang lebih dalam walaupun masih baru mengenali. btw, punang is ur asset, wahai rakyat punang. mcm2 ada kat punang tu, tinggal kamu sja mcorak.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Mukah Visit Punang @ ATMA Rating: 5 Reviewed By: AMBUYAT
    Scroll to Top