Terkini
  • Terkini

    Khamis, 19 Mac 2009

    PANTUN

    Dimana Boleh Cari Melayu ???


    Di mana boleh cari ramai Melayu
    Pastinya di Kelantan dan Terengganu
    Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
    Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
    Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
    Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
    Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
    Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
    Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
    Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
    Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
    Apa hobi orang Melayu
    Terkenal dengan budaya malas dan lesu
    Berlepak buang masa tak jemu-jemu
    Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
    Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
    Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
    Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
    Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
    Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
    Mana tak gendut berpenyakit selalu
    Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
    Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
    Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
    Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
    Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
    Ada tapi kurang sangat mereka di situ
    Kenapa melayu jadi begitu
    Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
    Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
    Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
    Nak harap Kerajaan saja membantu
    Terutama sekali kontraktor kelas satu
    Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
    pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
    Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
    Sampai bila kita nak tunggu
    Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
    BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
    Pertama dengan banyak menguasai ilmu
    Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
    Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
    tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu


    ..berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran..
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. salam semua...........

      Saya bangga jadi rakyat Malaysia dan bangsa Melayu.
      Kenapa kita sering mempertikaikan kelemahan dan kekurangan bangsa sendiri?Apakah kalian benar-benar menyintai diri kamu dan bangsa kamu?
      Bangsa Melayu salah satu bangsa yang terbaik didunia,lihatlah sheikh Muzaffar,dan banyak lagi nama-nama besar yang mewarnai dunia.
      Mengapa kita sering mewar-warkan kelemahan bangsa Melayu itu?
      Mengapa sering membuka pekong didada?
      Mengapa tidak pernah menghargai dan memberi sanjungan kepada kehebatan bangsa itu?
      Sampai bila bangsa sendiri hebat dan berjaya seandai sebahagian dari kita tidak pernah menghargai,menyokong dan mendokong bangsa itu?
      Dimana kesilapan kita sebenarnya maka elemen-elemen diatas menjiwa naluri minda negatif kita sehingga kini atau munkin seratus tahun lagi seandai kita tidak berubah dan mengubahnya.

      Saya bangga dari rakyat malaysia kerana.............
      1.kita ada rasuah dan sprmnya.
      2.kita ada BN dan PRnya.
      3.kita ada ISA dan PENJARAnya.
      4.kita ada RM dan POLITIK WANGnya.

      Jangan kita kecewa kerana kita ada segala-galanya yang tidak terdapat dunia sebelah sana.

      wasallam

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PANTUN Rating: 5 Reviewed By: hariz
    Scroll to Top