Terkini
  • Terkini

    Isnin, 16 Mac 2009

    Singgan tuhut siapa?

    Betul kata orang tua-tua kitani. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Kita tidak tahu apa rahsia Allah disebalik kejadian yang didatangkan dan kita pasti satu daripada sebabnya ialah sebagai ujian kepada umat yang dicinatiNya.

    Banjir besar di Lawas baru-baru ini banyak nikmat dan fadhilatnya kepada penduduk Lawas. Sehari selepas banjir peniaga-peniaga telah menjual barang-barang mereka dengan harga borong yang mana ianya lebih memberi kelebihan kepada yang kurang pendapatan.

    Bagi PBT (LDC) pula, dari paras dan frekuensi banjir di daerah kitani, mereka harus menadaptasikan rancangan masa depan yang lebit mantap bagi Bandar Lawas.

    Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah cepatnya perhubungan sesama kita disebabkan canggihnya gadget IT masa kini. Kita yang berada di perantauan menerima berita melalui sms bersama gambar seawal 6.30 pagi hari yang sama. Bagi kawan kita yang berada di KL waktu itu masih dalam waktu subuh. Begitu juga TV dan pihak akhbar nasional.

    Ketiga ialah tentang ukuran paras air. Rupa-rupanya orang kitani tidak menggunkan ukuran standard seperti inci, kaki atau meter tetapi rata-rata mengukur mengunakan paras yang ada pada badan manusia dan tangga rumah dengan mengunakan istilah local ‘singgan’ atau dengan kata lain ‘sehingga’ atau ‘separas’

    Cantiknya, paras-paras yang digunakan ialah Biji Asam, Tuhut (lutut), Pinggang, Dada, Bahu dan Kepala. Selain dari paras-paras anggota badan, tangga juga tidak terkecuali dari menjadi pengukur kenaikan air. Misalnya, Saudara Jenawi dari Tanjong Katong melaporkan, air naik singgan ‘dua anak tangga’.

    Dalam saya seronok mendapat lapuran kenaikan air, saya sedikit tersentak apabila dilapurkan paras air di Stesen Minyak Shell sehingga ‘pupus kepala’. Pupus kepala bermaksud paras air lebih tinggi dari kepala. Persoalannya, siapa yang berani pergi ke tempat tersebut jika airnya melebihi kepala. Nak lemas?!

    Dan persoalan yang susah hendak dijawab ialah paras dada siapa atau kepala siapa? Jika dilihat gambar ini, pasti ada perbezaan paras antara dada penulis dan dada Pehazet dari Rumania yang kita jumpa Februari lepas.

    Lawas Maju Jaya.


    Nazir, Pahezat dan Abdul Rani bergambar di Lapangan Terbang Singapura pada Februari 2009. Pahezat berasal dari Rumania lahir pada tahun 1963. Ketinggian beliau ialah 7 kaki. Beliau boleh dihubungi melalui email Pahezat63@hotmail.com
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    4 KOMEN:

    1. Salam..eh awu, tinggi banar tu urang atu. seingat ku, tinggi camatu nya bahasa kitani 'janggai'. Luruskah jua tu?

      BalasPadam
    2. salam semua,

      seingat dan maklumat yang selalu saya terima manusia yang tertinggi didunia ialah dari negara cina.walau bagaimana pun terima kasih kerana ada maklumat terbaru.

      Apakah punca kegagalan orang-orang kita atau anaK-anak kita dalam pendidikan atau kehidupan?
      satu dari sebahagian dari banyak sebab ialah laporan atau maklumat yang diterima adalah sala atau kurang tepat.contohnya artikel diatas.
      siapa yang patut disalahkan dalam masalah ini?Persekitaran,ibubapa atau budaya?Dimana dalam persekitaran kita masih ada sebahagian dari kita mengamalkan sukatan-sukatan lama sedangkan anak kita disekolah menggunakan pendekatan moden dan terkini.Ibubapa juga seharusnya memantau dan memberi penerangan yang munasabah kenapa dan mengapa mereka menggunakan sistem tuhut,dada dan sebagainya dalam hal kenaikkan air atau banjir.
      Kenapa peratus kegagalan anak-anak kita dalam subjek sain dan matematik amat tinggi?kerana persekitaran mereka tiada objek yang dapat dilihat dan dibuat panduan sebagai contoh untuk mereka berfikir dan mengkaji.
      Budaya yang lemah untuk maju juga mempengaruhi kehidupan pendidikan dan pembelajaran mereka.

      Kepada siapa patut mereka buat rujukan dan dapat jawapan?

      BalasPadam
    3. Salam..
      Bagi saya pengunaan bahasa lama bukan lah punca kegagalan generasi baru dalam bidang pelajaran, mereka tahu bahasa apa yang mereka gunakan di bangku sekolah, sepatutnya dari mereka lah kita ambil kesempatan untuk belajar bahasa moden.

      Kesimpulannya bukan bermakna kita dulu makan garam kita yang lebih tahu.

      Salah satu cara untuk melihat mereka berjaya dalam subjek ialah minat, belajar sampai pengsan pun kalau tak minat dengan subjek itu mereka tak akan pandai, kita sebagai guru peribadi untuk anak-anak mesti menanamkan minat pada mereka dengan pembelajaran.

      Persoalannya:
      1. Adakah kita mengikuti perkembangan pembelajaran mereka?
      -jika sekadar bertamnya mereka 'kerja rumah dah siap?' itu tidak mencukupi.
      2. Adakah kita tahu apa masalah mereka di sekolah?
      -jika mempunyai masalah mereka takut untuk memberitahu org tua.
      3. Adakah kita tahu dengan siapa mereka bergaul?
      -kawan-kawan mereka juga memainkan peranan untuk kejayaan.

      Maaf, mungkin saya hanya pandai berkata-kata, tetapi ini lah lumrah manusia, bila berjaya 1 dunia tahu, tapi bila gagal kita akan bagi 1 jua alasan menutup kegagalan.

      *Sayangilah keluarga anda.

      BalasPadam
    4. Salam

      Soal pelajaran itu, kalau kita minat, susah macamanapun memang senang jadi nya. Tapi kalau tak minat, hantar kenegeri china pun memang memsng bahasa lawas jua akan digunakan. Dan yang paling penting dalam menuntut ilmu apa saja (ilmu yang baik lah)bukan saja pandai dan minat tapi ialah 'PENTING NYA FAHAM' bak kata si Hariz. Pandai pun 'aljebra'(metamatik)-(kalau salah ejaan ini,tolong betulkan),kalau jalan penyelesaiaan nya tak tau, macamana nak jadi jurukira.

      Ini saja. Wasalam

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Singgan tuhut siapa? Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top