Terkini
  • Terkini

    Ahad, 8 Mac 2009

    PROGRAM KHAS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009

    Warga Lawas yang berada di sekitar Kuching dijemput hadir ke Masjid Taman SUKMA demi untuk menambah dan meningkatkan amalan kita.
    Aturcara Program

    8 Mac 2009@ Ahad Malam Isnin
    • Kuliah Magrib- Isyak :"KELAHIRAN RASUL MULIA" oleh Ustaz Haji Yahya Bin Bakeri dari UNIMAS. Solat Isyak akan bermula pada pukul 8.30 malam.
    9 Mac 2009 @ Subuh Isnin
    • Kuliah Subuh KHAS : RASUL MULIA PERJUANGAN KAUM WANITA" oleh Ustaz Azmi Bin Haji Azahari (Penceramah Bebas)
    • Petang Isnin : "KEJAYAAN NABI MUHAMAD DI MADINA" oleh Ustaz Azman Bin Zen dari HIKMAH. Selepas Solat Asar hingga 5.45 petang.
    • Masjid Taman SUKMA
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    13 KOMEN:

    1. Tanpa Nama9/3/09 10:08 PG

      assallammualaiikum....

      Semalam di Masjid Besar Lawas diadakan Forum Ehwal Islam yang membincangkan tajuk "salah siapa"
      Terimakasih pada ahli penal iaitu,Ustaz Shariff Dol dari Merapok dan Ustaz Hj Islahuddin dari JAIS.
      Saya sangat tertarik dengan hujah,ulasan,komen dan bicara yang diketengahkan terutama Ustaz Shariff,ditambah dengan selitan lelucon.Jemaah yang hadir tak kering gusi dibuatnya.
      Beliau banyak menyentuh tentang kepimpinan dan pengurusan terutama ketua-ketua masyarakat yang mau dilantik tapi tidak mahu menjalankan tugas yang diamanahkan.
      Soal kelemahan dan kemunduran orang islam juga disentuh,tak pandai mengurus masa,tidak mahu bersusahpayah untuk mencari kehebatan,(sistem alibaba)dalam projek,dilalaikan oleh subsidi.
      Menjadi kemusyikalan saya ialah setiap kali ada program keagamaan,tiada banyak orang Lawas menguasai pentas.kenapa dan mengapa saya tidak pasti,Kita kena buat kajian.
      Isu yang sangat panas di Lawas ketika ini ialah tentang sambutan perayaan Maulidurrasul yang di tunda ke hari ahad ini.Rata-rata umat Islam di Lawas tidak bersetuju dengan penundaan ini.Semengat maulidur sudah pudar,agama sudah dipolitikan dan ada juga yang bernada keras harijadi Datok Amar.
      Daerah Sundar merayakan sambutan dan perarakan hari ini.
      Modal insan sudah tidak mencapai sasarannya kalau masyarakat harus ikut telunjuk pemimpin yang mempolitikan agama.Kita tidak menyalahkan sesiapa tapi kalau kita tidak mendengar dan melihat akar umbi,saya khuatir kita tidak akan dapat melahirkan pemimpin yang hebat dan berdaya tahan ujian.
      Dari itu kita harus peka,dengar dan lihat yang dibawah,jangan sekali-kali kuasa veto untuk benda yang tak sepatutnya.

      wasallam

      limaupurut

      BalasPadam
    2. Tanpa Nama9/3/09 3:28 PTG

      salam semua,

      saya sangat tertarik dengan berita dan komen yang dipaparkan oleh si limaupurut.
      saya sebenarnya tidak begitu berminat dengan laman yang kurang dikunjungi tapi atas dasar pelayar bebas saya luangkan sedikit masa.
      saya juga merasa terkilan dan tidak berapa setuju dengan apa yang terjadi di Daerah Lawas dimana sambutan perayaan dan perarakan Maulidurrasul begitu jauh ditunda(6hari).Kalau sehari-dua adalah perkara biasa.Tak pernah terjadi di Malaysia!
      Apa dah jadi dengan Jawatankuasa sambutan perayaan Islam di Lawas.
      Kepentingan dan keuntungan apa yang mereka perjuangkan?
      Mengapa mereka tidak peka terhadap kemahuan umat Islam di Lawas?
      Adakah mereka memperjuangkan kepentingan kelompok atau individu tertentu?Selama ini ada sebahagian dari mereka yang selalu memperkatakan akan memperjuangkan umat islam di Lawas tapi mereka sendiri yang memesongkannya.
      Dalam hal agama kita tidak harus berkrompomi,jangan dipolitikkan.Kita harus tegas dan berani supaya umat Islam dipandang tinggi dan berkualiti.

      Maaf andai saya terlalu emosional,barangkali....kah...kah...kah

      BalasPadam
    3. Salam Buat Semua

      Betul kata si LimauPurut itu..Tentang ditundanya hari sambutan maulidurrasul yang tak sepatutnya berlaku.kalau tiada ke'afdalan' hukumnya pun tak kisah, tapi semangat penduduk Lawas sudah pudar dan ditakuti pula 'roh' sambutan untuk masa akan datang sudah tiada. Andainya ini pun nak di politikan, maka amat malang sekali penduduk Lawas dan kampung2 disekitarnya tidak mustahil akan mengubah haluan politik mereka. ANDAI INI DIPOLITIKKAN.

      Tapi harapan saya 'TIDAKLAh' terjadi begitu. Dan kalau hanya untuk kepentingan individu tertentu, tapi yang jadi 'kambing hitam'nya adalah orang lain, maka tunggulah balasan dari ALLAH SWT. "DAN ANDAINYA" ini adalah kehendak Datuk Amar sendiri, maka jangan terkejut buat Datuk Amar,bahawa akan ada satu boikot atau 'penghijrahan kepercayaan' dari BN ke PR. Ini hanya lah andaian saya saja. TETAPI perkara ini tidak akan mustahil, kerana doa orang yang teraniyaya itu 'terlalu dekat' (tiada hijab) dengan ALLAH SWT. Sebab apa saya katakan teraniyaya ialah, kita sudah bersusah payah membuat persediaan(mungkin sebulan atau 2 bulan yang lalu)tapi tiba2 di tunda. Dan jangan nanti Datuk Amar tersinggung bila ada desas desus atau gurauan pedas bakkata si limaupurut iaitu HARIJADI Datuk Amar pula.

      Dan mungkin saya boleh ber'ceramah' sedikit mengenai dengan tundaan sambutan Maulidurrasul ini. Iaitu mungkin tak apa dan tak salah. Dan saya ambil dari contoh lain iaitu mengenai Hari Korban. Tak salah kita buat selepas hari kedua atau ketiga, tapi hari pertama itu lebih baik kerana AFDAL nya. Kerana kita manusia ini memang semuanya inginkan yang lebih baik, jadi pahalanya lebih! Melainkan ada kesulitan2 yang menyebabkan kita melakukan korban pada hari berikutnya. Itu dalam bab korban,

      Tapi dalam bab sambutan Maulidurrasul ini,betul kata si limaupurut itu, sudah terlalu jauh jarak masa nya.

      Harapan saya dan mungkin juga , tapi memang pasti harapan dari penduduk daerah Lawas ini. Bahawa perkara ini di harap bukan bermotif politik. Bukan maknanya saya menyebelahi mana-mana, tapi bagi diri saya ini ialah biarlah kita bersifat positif dahulu, kerana belum PASTI benar, apakah sebabnya perkara 'tundaan sambutan' ini berlaku. Tapi kalau untuk kepentingan individu tertentu, itu sudah malang teramat malang. Apa kata saya tadi, TUNGGULAH HUKUMAN dari ALLAH SWT.

      Wasalam
      KAMBING HITAM
      LAWAS.

      BalasPadam
    4. Nah...nampak tah sedikit apa yang dikatakan 'Pemerintahan Sekular'.Ianya jauh sekali berbeza dengan 'Pemerintahan Cara Islam'.

      BalasPadam
    5. Hai Kambing Hitam,

      Pertama anda membuat andaian yang hanya betul pada anda sendiri tapi tidak kepada orang lain. Andaian ini bahaya kerana adik kpd fitnah.

      Kedua, apalah kena mengena dengan dosa dan balasan tentang Maulud Nabi. Maulud hanyalah untuk mengingati Rasul dan keagungnya dan kita ambil masa kelahiran sebagai cuti umum. Sepatutnya kita mengingat Rsaul dari Jan hingga Dis. Tidak ada hari lebih afdal dari hari lain. Sama juga macam makan ruah. Bila-bila boleh anjurkan. Yang penting kita zikirullah.

      Ketiga, Orang Lawas tidaklah semudah itu luntur semangat. Orang Lawas bertenaga dan bersemangat. Jgn hina roh org lawas.

      Keempat, pemikiran org lawas tidak secetik yang diandaikan - akan mengubah haluan politik disebabkan menunda aktiviti. Itu kalut namanya. Saya pasti org lawas dan ajk tidak mempolotikkan isu begini. Jgn pandang rendah kemampuan berfikir org lawas. Org lawas masih sayangkan Dtk Amar.

      Kelima, benar doa org teraniya dimakbulkan Allah, tapi adakah menunda aktiviti yang mungkin lebih kpd pembaziran juga dianggap zalim?

      Keenam, jika Kambing Hitam merasa teraniya – obatnya ialah banyak banyak berbakti kepada kami org lawas.

      Kasim

      BalasPadam
    6. Wah, pandai pula cakap pasal pemerintahan Islam dan sekular. Islamkan diri dgn betul dulu. Kamu tunggu BANGSA lain perintah negeri kita nanti baru tau mana Islam mana sikular. Masa itu air mata darahpun tidak dpt selamatkan kita. Lihat PPinang, spura. Na'uzubillah

      Kasim

      BalasPadam
    7. Saudara sekalian,

      Minta tolong hindarkan laman ini dari dicerobohi oleh diskusi politik. Bukan itu tujuan kami kerana tajuk politik amat luas. Paling kesihan ramai diantara kita yang cakap saja tapi tidak tahu apa itu politik. Saya sendiri tidak faham tentang politik.

      Teruskan

      Nazir

      BalasPadam
    8. Assalamualaikum Buat KASSIM

      Komen ini untuk encik Kasim.
      Dan sama-samalah kita cari ilmu dalam setiap komen-komen dalam laman ini. Bukan saja komen dari si Kambing Hitam ini,tapi dari silimaupurut pun ada dan dari kasim pun ada.

      Nak ucap salam pun susah, main hai-hai saja. Cakap tadi nak adakan sambutan maulidurrasul dengan sebaik-baiknya demi untuk mengingati hari lahir Rasulullah SAW. Tapi tak ikut apa yang di ajar oleh Nabi kita ini. Contoh nya dalam bab memberi salam. Yang aku ingat dan PASTI-nya dalam satu hadis shahih Bukhari Rasulullah SAW mengatakan "...sebarkan lah salam diantara sesama umat islam.." Tapi encik kassim ini main hai-hai pulak.Saya bukan nak hentam encik kasim dalam bab salam ini, tapi mengingatkan sesama kita umat islam. Kalau dah ucap salam pun susah,,,payah lah nak sejahtera.faham-fahamlah erti salam itu ya.

      Jawapan kedua:
      Tak salah membuat ANDAIAN, sebab itu bukan tuduhan. Lagipun itu belum pasti, sebab saya ada kata begini kan:, ..Tapi harapan saya 'TIDAKLAh' terjadi begitu"
      Dan mengingati Rasulullah SAW bukan hanya dari JAN-DIS, tapi sepanjang masa. Pendapat anda SALAH. Dan nak Islamik sikit, kita guna bulan2 Islam. Dalam soal kenduri arwah saya setuju. Saya nak tanya encik Kasim. Macam mana dengan sembahyang 3 malam berturut-turut dirumah orang yang ada kematian??? Pertanyaan ini juga untuk si limaupurut, sitanpa nama dan pada sesiapa yang melayari blog/web ini. Supaya dapat kita jadikan panduan dan bertambah ilmu. Dan dapat lah juga kita jadikan blog\web ini sebagai tempat mencari ilmu.

      Saya ucapkan syabas kepada orang daerah Lawas(serta kampung2 dalam jajahannya). Itu yang kita mau sebenarnya. Terimakasih encik kasim atas semangat ini. Dan tahniah buat Datuk Amar kita kerana kita orang Daerah Lawas tetap kuat berdiri dibelakang Datuk Amar. Ini yang di beritahu oleh encik Kasim.(asal jangan jadi pengampu!)
      'JANGAN HINA ROH ORANG LAWAS', dah meninggalkah semua orang Lawas ni?? Heheheee..gurau pok.

      PEMIKIRAN ORANG LAWAS TAK SECETEK. Ini lah yang saya mahukan juga. Tapi, kerana pemikiran orang lawas yang tak secetek itulah sebenarnya yang akan merubah lanskap politik daerah itu, ANDAI! pemimpin kita di Lawas ini 'CUAI' dalam menjaga AMANAH yang diberikan.Saya tak tuduh dan kata INDIVIDU tertentu, TAPI sesiapa yang memimpin nanti BERSIFAT BEGITU, maka tak mustahil perkara itu akan berlaku. ANDAI ENCIK KASIM JADI PEMIMPIN YANG KORUP,TAK AMANAH, saya sendiri akan berkata secara berhadapan bahawa SAYA TAK AKAN SOKONG ENCIK KASIM LAGI..ANDAINYA!

      Dan memang, saya pun sayangkan Datuk Amar, tapi sayang saya kepadanya sebab saya dan Datuk Amar sama2 beragama islam. ITULAH perlunya ucapkan salam dulu sebelum berkata. JANGAN main HAI.
      Kalau encik Kasim masih pakai hai bila jumpa orang, jadi masih lah tertutup minda orang Lawas ini.

      Dalam soal pembaziran itu betul. Memang pun masa sudah terbazir begitu banyak untuk sambutan ini,disebabkan tundaan ini.

      Apa bakti encik Kasim selama ini untuk orang Lawas jua?

      Dalam soal 'pemerintahan sekular' ini saya kurang arif. Tapi faham sikit2 dengan ilmu saya yang ada ini. Apa yang saya ketahui ialah Pemerintah sekular ini (dalam ruang lingkup politik global), ialah, Perlembagaan diangkat tinggi , tapi HUKUM2 Al-Qur'an di tingkat yang bawah sekali. Pemerintahan sekular ini hanya dibuat oleh Orang ISLAM yang jadi pemerintah. Contoh di TURKI (baca kisah Kamal Attartuk) Dan Malaysia..bla bla bla (sensor-bukan takut nak menyatakan, tapi blog\web ini bukan untuk membicarakan soal politik yang 'DALAM2'maknanya). Dalam soal SINGAPURA pula, bukan sekular, tapi SOSIALIS, encik kasim.

      Dan tentang politik bangsa yang disebut encik kasim itu saya fahami, bahawa encik kasim ini terlalu kuat semangat kebangsaan-nya. Dan kalau macam di Pulau Pinang itu bukan lagi sekular, sebab ketua nya bukan orang islam.Tapi, (sensor lagi). Tapi bagi saya, kalau pun pemerintah disesuatu tempat itu bukan orang ISLAM yang pegang, tapi dia ADIL dalam menjalankan AMANAH-nya, mengapa mesti takut nak BER'KETUA'KAN-nya.! Dan memang 'tebal'sangat semangat kebangsaan encik kasim ni. Sedangkan Rasulullah SAW menyarankan supaya berbaik-baik untuk semua bangsa.Kerana CHINA pun ada ISLAM. Mengikut sejarah, Di NEGERI CHINA lah Islam bertapak dulu dibandingkan MALAYSIA(sejarah-sejarah encik Kasim!.)
      Jadi ingatlah hadis Rasulullah SAW yang mengatakan "..tuntutlah ilmu sehingga kenegeri china..",kurang lebih macamtu lah.KALAU saya tersilap sila betulkan.

      Betul kata encik PGABSEC.jangan jadikan web\blog ini untuk diskusi soal politik. Dan saya si kambing hitam dengan ikhlas,bahawa komen saya ini bukan menjurus soal politik, tapi kerana nak membetulkan persepsi encik kasim tentang komen saya yang lalu. Apa yang saya harapkan ialah komen saya ini adalah sebagai satu WACANA dalam mencari ilmu. Dan dengan ilmu saya yang terbatas ini dapatlah kita sama-sama berkongsi apa yang baik dan berguna:

      Pertama, untuk punang.com
      Kedua, untuk pembaca punang.com
      Ketiga, untuk semua manusia.
      Dan harapan si kambing hitam ini buat Encik pgabsec@nazir, tidak akan meng'hitam'kan tulisan sikambing ini.

      Wasalam.
      '..embeeekkk...'

      BalasPadam
    9. Saya rasa sebab Datuk Amar menundakan adalah dia ingin bersama rakyat Lawas meraikan Maulud bersama, Datuk Amar kan berjiwa rakyat..
      Maksud saya ialah pada hari Sambutan Maulud Datuk Amar berada di Bintulu untuk mengantikan Pehin Taib mengiringi TYT untuk sambutan maulud. Tahun ini Bintulu di pilih menjadi tuan rumah peringkat negeri Sarawak. so dia teringin sekali nak sambut dgn org Lawas, sebab itu lah dia tangguhkan dulu.
      *Kita jangan menuduh tampa bukti
      *Please jangan masukkan unsur Politik dlm Punang.com, kerana ia akan menjadikan kita berpuak-puak.

      BalasPadam
    10. Hai Kambing Hitam,

      Maaf saya suka bagi salam pada org Islam saja sbb "...sebarkan lah salam diantara sesama umat islam.." Pantang saya bagi salam pada mahluk lain, lebih-lebih lagi yang mengembeeeee. Dan sebelum ini saya tidak pasti samada kambing ini islam ke bukan. Begitu juga ‘Tanpa Nama’ yg lain. Saya tidak boleh buat andaian bahwa semua yang buat komen disini beragama Islam. Tidak berdosa jika tidak bagi salam, tapi besar dosanya menghebahkan kelemahan ajk Maulud.

      Perkataan ‘harapan’ tidak boleh menutup andaian sdr yang berbau fitnah. Siapa kata tidak salah buat andaian. Bahaya pendirian kamu ini. Sdr perlu minta maaf dgn ajk dan pemimpin kita? Macamana kalau saya buat andaian begini: “Saudara Kambing Hitam sebenarnya kurang waras fikiran, ada sewel sikit”

      Dari jan hingga Dis itu kan 360 hari- maksudnya sepanjang masa lah tu. Cuba tanya cikgu kamu. Jangan tanya cikgu yang sudah mati.

      Tiada masalah sembahyang dirumah 3 hari berturut. Lagi bagus dgn syarat NAWAITU tidak menjurus kearah syirik dan kufur. Segalanya terletak kepada NAWAITU. Sembahyang di masjid pun kalau niat/tujuan untuk meriakkan diri, apa gunanya.

      Saya tidak untung kalau mengampu sbb org besar tidak tahu saya. Kalau diaorg kenal saya, saya akan mengampu depan-depan. Dan perkataan ‘roh’ bukan merujuk kpd org mati saja. Tolong rujuk dgn cikgu yg masih hidup.

      Sdr memang suka buat andaian. Sdr tidak akan sempat menuduh saya pemimpin korup sbb saya bukan pemimpin. Sekarang saya tuduh: Sdr kambing hitam adalah pemimpin yang korup. Korup pemikiran. Di KORUP oleh andaian sendiri.

      Saya memang tidak ada bakti pada lawas sbb itulah sya tidak berani komen apa apa. Nak bagi duit saya sekadar cukup makan. Jadi bakti saya untuk lawas ialh tolong betulkan mental org spt sdr.

      Betul difinasi sdr tentang sikular. Saya kaitkan Spura & PP bukan pasal jenis pemerintahan tetapi setelah Spura diperintah oleh bangsa lain menjadikan Melayu terpinggir dibumi sendiri. Maaf, pemerintahan Spura bukan sosialis tapi sudah kapitalis.

      Sekali lagi sdr mengANDAIkan saya tebal semangat ‘kebangsaan’ sedangkan sdr tebal semangat ‘anti sesama Islam’. Buktinya, andaian-andaian sdr yg mengkritik penundaan. Menuduh sesame Islam korup tanpa bukti, mengatakan semangat penduduk lawas sudah pudar dan difitnah akan mengubah haluan politek. Dan perkataan sdr spt berikut: kepentingan individu, balasan dari Allah, dan ugutan sdr :” …maka jangan terkejut buat Datuk Amar,bahawa akan ada satu boikot atau 'penghijrahan kepercayaan' dari BN ke PR.”

      Oleh itu kami pohon dan merayu sdr jgn lagi membuat andaian-andaian yang tidak berasas, yang ikut selera sdr sendiri. Kami lihat andaian sdr banyak berpunca dari halusinasi, rasa rendah diri, mimpi disiang hari dan angan-angan birahi.

      Kasim

      BalasPadam
    11. Salam,
      Nampaknya pertembungan Kambing Hitam & Kassim sudah kepringkat peribadi. Walaupun kedua-dua argumentasi mereka ada betul dan asasnya tapi saya tidak membiarkan serangan peribadi terus berlaku. Kepada ke duanya, jangan teruskan jika tidak mahu tulisan anda disingkirkan. Sekali lagi kami mahu komen yang ada nilai umum, nilai bacaan dan lebih penting, komen yang sivil.

      p/s: Secara peribadi saya tertarik dgn point-point dan cara penulisan kedua-dua pengomen ini. Mungkin pada satu masa nanti saya akan ambil idea dan cara ini untuk artikel-artikel saya akan datang.

      @Nazir

      BalasPadam
    12. Tanpa Nama12/3/09 9:50 PG

      oi...
      Kala mau tau kitani an di jajah cara sikular...
      Maksudnya semua mau bayar, bekamih bayar, membali naindah secara automatik bayar cukai..
      peribahasa org tua-tua lawas, berasin pu mau bayar..sepatutnya rakyat di bagi keselesaan hidup, Sarawak banyak hasil bumi, maksud nya banyak usin..tapi nda tau kemana usin atu..urang basar2 saja kan makan usin atu idup sanang, rakyat masih tungang langan cari usin..
      Urang basar2 ani tani pilih bermakna urang basar2 ani ada tangungjawap utk rakyat..buka, tapi tani ani bila urang basar2 merasmikan projek digalar bejasa, atu bukan jasa namanya..

      BalasPadam
    13. Assalamualaikum kepada Penulis, Pengomen, Pembaca dan Pelayar blog ani. Batah sudah inda menulis dalam ani. membari tekajut jua membaca komen dorang ani. Berapi-rapi.

      Terimakasih kepada si limaupurut pasal info ceramah di Masjid Basar Lawas atu. Benar tu limaupurut, sebatah ku lakat lagi di punang, baru ani ku dengar 'anak' asal Lawas yang bergelar ustaz mambagi ceramah. Biasanya daulu ustaz dari luar Lawas. Contoh ustaz Abdul Latip asal IndiaMuslim.Memang banar tu, mana anak jati Lawas(dan kampung2 jajahannya)? Apakah inda menepati ciri yang layak mengikut standard JAIS( mulah bapaku Matjais ah.Inda sama tu hehe.)ATAu paling2 pun berceramah mengikut kampung saja.Maksud ku, kalau kedia atu orang Punang, biar tia ber'cerita' untuk jemaah masjid di Punang saja. inda payah minta kebenaran JAIS lawas. ber'cerita' ikut bukulah. ikut ilmu nya yang ada. ani cadangan\pandangan ku saja sepintas lalu.

      Dalam bab sambutan maulidurrasul di Lawas yang ditunda atu,aku inda berani komen.Bukan ku tau apa masalah nya. tapi harap2 biarlah ia berlaku atu dalam keadaan fikiran kita semua kearah yang positif. Indada yang membuat sepikulasi yang menggugat keharmonian masyarakat Islam dilawas ani. Mungkin banar nya si ambuyat atu, datuk amar mau sambutan atu biarlah kedia bersama-sama ada di sana.Pendapat ku ani, kalau Datuk Amar atu inda masa ari 12 rabiulawal atu, lain lagi komen orang.Mungkin orang komen contohnya-Datuk amar lebih pentingkan orang di bintulu dari orang kawasannya. ANI ocntoh saja ni.Harap semua FAHAM.PENTINGNYA FAHAM.

      DAN tentang komen si kasim dan si kambing hitam pula, banyak ilmu dan pengajaran yang anda sampaikan yang kadang2 orang macam say ani inda tau. teruskan. TAPI anda berdua telah melakukan serangan yang bersifat PERIBADI sesama anda. Dan orang lain yang membaca nya akan 'ketawa' nanti nya. (APALA diorang dua ani, pasal sambutan maulidurasul atu pun kan di kelayi kan).Mungkin contoh ucapan ani ada. Tapi bagi pandangan positif saya; banyak ilmu saya dapat dari perdebatan anda yang tak dirancang itu.TK.

      WASALAM
      HARIZ

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: PROGRAM KHAS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009 Rating: 5 Reviewed By: @pgabsec
    Scroll to Top