Terkini
  • Terkini

    Jumaat, 27 Mac 2009

    TAZKIRAH BERSAMA PENGURUS YADIM

    Tazkirah yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zamri, Pengurus Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Sarawak telah pun diadakan di Surau Nurul Syakirin, Kampung Punang Jaya pada malam Selasa lepas.

    Ustaz Zamri seperti yang kita kenali adalah penulis ruangan motivasi dalam pautan blog kita dan juga adalah anak angkat kepada Encik Osman Adinin sewaktu beliau menuntut di Universiti Malaya dalam program anak angkat Mahasiswa/Mahasiswi Universiti sekitar Tahun 1994.

    Dalam tazkirah tersebut, beliau sempat menayangkan klip video tentang penindasan kejam rejim Zionis, dan ketokohon Rasullullah yang telah disanjungi oleh orang-orang barat.Secara tidak langsung mengambarkan betapa umat Islam sekarang ini harus mempersiapkan diri dan terus berusaha menegakkan serta mempertahankan agama kita yang murni ini. Begitulah antara kandungan penyampaian ceramah beliau sehingga masuk waktu solat Isyak.

    Insyaallah, beliau mungkin akan bersama-sama penduduk Kampung Punang Jaya sekali lagi pada bulan April depan. Oleh yang demikian, sama-samalah kita meluangkan masa untuk program tazkirah akan datang.


    Para jemaah begitu khusyuk mendengar ceramah Ustaz Zamri.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: TAZKIRAH BERSAMA PENGURUS YADIM Rating: 5 Reviewed By: AM/AD
    Scroll to Top