Terkini
  • Terkini

    Rabu, 11 Mac 2009

    Udang Lipan

    Udang lipan merupakan spesies udang laut. Ianya juga lebih dikenali dengan gelaran ‘Udang mentadak’ atau ‘Udang ronggeng’ bagi masyarakat di Semenanjung.Di Indonesia pula ianya lebih dikenali dengan gelaran ‘Udang belalang’.

    Bagi masyarakat kitani ianya lebih sinonim dengan gelaran ‘Satak’. Kebiasaannya ‘Satak’ ini diperolehi oleh para nelayan kitani dengan cara pukat. Memang selayaknya ‘satak’ ini dikategorikan dalam golongan udang kerana ianya sering ‘kedapatan’ apabila kitani memukat udang.Perkara ini kekadang menyesakkan fikiran para pemukat udang, ini kerana ianya akan menyebabkan pukat menjadi koyak dikala proses meleraikan nya dari pukat. Apatah lagi bila saiznya yang agak kecil,alang-alang untuk di jual, cara yang paling cepat untuk meleraikan nya dari kusutan pukat adalah dengan memukulnya sehingga hancur berkecai.

    Dimeja-meja pasar ikan jarang kita dapati ‘satak’ ini dijual.Sekali pun ada jarang kitani dapati yang masih segar, harganya pun agak tinggi.Tetapi bagi masyarakat kitani dikampung, ‘satak’ ini amat mudah untuk didapati namun bilangan nya agak sedikit.Para ‘pemukat udang’ kitani sudah tidak hairan lagi dengan satak ini kerana hampir setiap kali mereka memukat mereka akan mendapat ‘satak’ ini.

    Kelebihan ‘satak’ ini adalah rasa isi nya yang sedap lagi manis.Malah ada yang mengatakan isi nya lebih enak dari ‘lobster’ (udang kara). Cara memasaknya pun amat mudah, kebiasaan nya adalah di rebus atau pun di ‘stim’ (kukus) sahaja.Lebih enak lagi jika disajikan bersama ‘cicah’ limau,kicap dan cili padi. Tips paling berkesan untuk mendapatkan isi nya agar lebih padat dan manis adalah dengan menggulung serta di ikat dengan tali atau pun benang dikala merebus atau mengukus nya.
    Berikut adalah sedikit informasi saintefik tentang ‘satak’ ini :-

    Crustaceans (subphylum Crustacea) comprise the group of arthropods (phylum Arthropoda) that includes the familiar crabs, lobsters, shrimps, barnacles, copepods, krill, water fleas, and crayfish. Crustaceans are characterized by having branched (biramous) appendages, an exoskeleton made up of chitin and calcium, two pairs of antennae extending in front of the mouth, and paired appendages that act like jaws, with three pairs of biting mouthparts. They share with other arthropods the characteristic segmented body, a pair of jointed appendages on each segment, and a hard exoskeleton that must be periodically shed for growth.

    Nota:- Gambar ihsan dari saudara Isa b. Tinggal @Sisa


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments
    Item Reviewed: Udang Lipan Rating: 5 Reviewed By: Achun R
    Scroll to Top