Terkini
  • Terkini

    Isnin, 16 Mac 2009

    Bab 5 - Kehidupan di Khemah Pelarian Perang


    "Matikan api cepat!... Matikan api..!! Tiba-tiba seorang nenek yang baru saja selesai buang air besar bersuara dengan kuatnya. "Lari ke dalam semak!!" ada suara lain yang menyambung. "Kanak-kanak, lari ke dalam rumah..." suara ibu-ibu serentak terpancul sambil berlari-lari memegang kain tapih. Keadaan sama seperti tikus yang bertempiaran lari setelah kedatangan kucing.

    Semua senyap dan kaku sebaik Likopta melintas betul-betul di atas kawasan kami yang dipanggil Sulap Labu. Kelihatan segelintir yang terkumat-kamit berdoa agar tiada bom yang akan dijatuhkan. Ada yang berpeluh ketegangan. Beginilah rutin hidupan atau aktiviti kami sebagai pelarian di Kampung Sulap Labu.

    Terdahulu, Tua Dolah memberi penerangan tentang taktik dan strategi keselamatan yang diambil dari pengelaman menjadi pelarian semasa zaman pemerintahan Jepun 20 tahun lalu. Diantaranya, matikan api walaupun makanan belum masak, semua bersembunyi daripada dilihat dari atas dan padamkan lampu semasa tidur.

    Semua pelarian perlu pantas and tangkas dalam semua hal lebih-lebih lagi dalam soal menyelamatkan diri dan kumpulan. Kanak-kanak tidak kisah asalkan dapat berkumpul dengan kawan sepermainan dan perut tidak kosong. Ada baju atau tidak tidak penting, asal ada seluar.

    Berbeza dengan pelarian di Afghanistan, air minuman walaupun ‘air perigi merah’ tiada masalah, malah makanan harian seperti ikan dan sayur berlebihan. Untuk mendapatkan gula, ada sebilangan orang dewasa yang senyap-senyap balik ke Kampung untuk membeli sambil merisik tentang keadaan sebenar.

    Entah berapa lama kami hidup di khemah pelarian, saya tidak pasti.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 KOMEN:

    1. Tanpa Nama2/4/09 2:42 PTG

      salam semua..........

      Rasa sedih ada,rasa gembira pun ada.
      Sedih kerana kita pernah atau tak kempunan merasai zaman perperangan.Walaupun tak ada yang jadi almarhum tapi sekurang-kurangnya kita belajar atau jadi pengajaran yang berguna kepada kehidupan kita.Yang mahal ialah pengalaman.Sehingga kini tiada ada orang punang jadi pilot kerana pobia dengan likopta kerana benda ini perosak generasi nenekmoyang mereka dahulu.
      Yang membari cali ialah baru tah likopta melintas membawa risalah jepun menyerah kepada british,batampiaran orang kitani lari.mun ada bom digugurkannya,inda banyak yang tinggal,banyak yang mati.
      Mengapa kita tidak mencontohi negara Jepun?Mereka bangkit dari kemusnahan perperangan dengan menguasai ekonomi dunia.Apa kurangnya kita?Kita yang dulu pandai mengelecek bola dan membuat senapang andayang,apa dah jadi.Mana juara Asia,mana Piala Dunia,mana tentera kita ke Iraq jadi pengaman.
      Yang boleh kita buat ialah bergaduh pasal ideologi politik,pasal projek inda ampit,pasal kwamp inda kana beri,pasal sarahidup nelayan belum sampai dan macam-macam masalah yang remeh yang menghalang kemajuan dan kualiti minda fikir kita.
      Darah siapa mengalir ditubuh kita,Hang Tuah yang berkata Tak Melayu hilang didunia atau darah Hang Jebat yang derhaka kepada keegoan sultan.Sultan yang tak mahu mwendengar suara rakyat suara keramat.

      Tak Malaysia hilang didunia.

      BalasPadam

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Bab 5 - Kehidupan di Khemah Pelarian Perang Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top