Terkini
  • Terkini

    Rabu, 22 April 2009

    Kempen mencari foto nostalgia


    SEJAK kamera mula dicipta, manusia tidak pernah berhenti beraksi di depannya. Melangkah ke era digital sekarang, keseronokan merakam detik manis bersama keluarga dan teman boleh dilihat di mana saja. Fungsi mudah kamera digital dalam merakamkan aksi pegun mahupun video, menjadikan aktiviti ini cukup digemari biar si tua 'bagak' atau muda 'karing'. 

    Lebih menyeronokkan, gambar yang dilihat spontan boleh dimuat turun ke medium lain seperti dihantar melalui khidmat pesanan multimedia (MMS), e-mel atau dimuatkan dalam Facebook untuk ditonton lebih ramai kenalan.
    Begitulah kesan evolusi terhadap gajet ini yang bermula daripada sebongkah kotak kayu hinggalah kamera digital canggih yang dipasang pada telefon bimbit. 

    Biar apapun era mendatang, elemen sentimental pada sekeping gambar tidak pernah hilang. Sedar atau tidak, setiap keping gambar yang dirakamkan sarat elemen nostalgia atau kenangan tersendiri. Dalam setiap rumah, pasti ada gambar istimewa yang menyimpan sejarah tersendiri sebuah keluarga. 

    Foto semasa masih hinggusan, tahun pertama persekolahan atau berlari di acara sukan sekolah mengundang nostagia dan makna tersendiri.

    Atas kesedaran ini, kita adakan “Kempen Mencari Foto Nostalgia” dengan tujuan gambar-gambar tersebut akan dialbumkan secara digital untuk tatapan generasi akan datang.
    Marilah kita sama-sama menyumbang untuk menjayakan tujuan murni ini


    Koleksi gambar dan kisah peribadi yang dihantar akan diabadikan untuk generasi masa depan serta diakses melalui arkib maya yang disediakan penganjur untuk tatapan ramai. 

    Bersempana kempen ini kita juga menganjurkan 2 pertandingan
    1. Penyertaan sebarang jenis foto (sama ada foto yang dirakamkan 80 tahun lalu atau mungkin lapan bulan lalu) yang mempunyai cerita di sebaliknya.
    2. Foto yang terawal sekali dirakam yang melibatkan orang kitani tidak kira samada dirakam di Kampung atau ditempat lain.
    Hadiah untuk seorang pemenAng untuk setiap kategori ialah RM100. Semua gambar dipinjamankan kepada Saudara Marajeh Awang Damit dan akan dikembalikan setelah di ‘scanning’kan. Atau email ke punang.com@gmail.com

    Kami harap foto-foto ini menunjukkan ‘wajah’ sebenar Kampung kitani yang boleh dinikmati generasi hadapan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 KOMEN:

    Catat Ulasan

    Komen bisdikita di sini tapi usai-usai pulang

    Item Reviewed: Kempen mencari foto nostalgia Rating: 5 Reviewed By: Omarali Matjais
    Scroll to Top